Sabtu, 26 Januari 2013

di sana

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Si Cantik Si Kacak..


hari ni aku akan membebel pasal diri aku.
to make people know who i am.

aku sangat tak pandai bawak diri di tengah-tengah kemeriahan orang ramai.
yep. memalukan. communication skill : zero

sebab tu aku tak berapa gemar membawa diri ke tempat yang penuh dengan orang kat sekeliling.
tak sanggup aku berlama-lama mencari muka untuk berkomunikasi dengan orang.
terseksa jiwa raga untuk aku cari keyakinan diri.
aku rasa orang kat sekeliling terlalu hebat.

aku pernah cakap macam ni dekat emak masa kitorg jalan pegi teluk batik.
'lagi rela pegi hutan dari dok tengah2 ramai ni. macam ape je'

haha. mungkin aku pelik.
aku kagum tengok orang yang boleh berdiri dan bercakap walau di tengah lautan manusia.
yang mampu bersembang kencang dengan sapa saja walau itu tempat baru.

sedangkan aku cuma mampu bercakap sepatah dua lepas tu rasa muka mengembang bersedia untuk meletup.
bomm!!

serius. aku lagi rela ke hutan dari menapak menjadi insan kerdil di sisi manusia hebat.
dah la tu. korang tak rasa ke. aman damai tenteramnya bila menjengah hutan ni.
indah ciptaan Allah.
macam-macam rasa ada.
insaf. muhasabah. menghargai nikmat.
memang aku rasa kerdil. tapi rasa kerdil aku di hadapan pencipta.
itu lagi bagus.

dari aku merasa hebat. hebat di depan orang. pung pang pung pang depan orang ramai.
sampai lupa hakikat siapa lebih hebat.

walau apa pun tafsiran aku. sinisnya kata aku.

aku tetap kagum.
dengan mereka yang punya keyakinan.
berhadapan dengan orang.
berbanding aku. hanya mampu berdiri megah di hadapan pokok dan haiwan.
hanya dapat berbual ria dengan ombak.


tapi ini aku.



Sabtu, 19 Januari 2013

tak tahu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Si Cantik Si Kacak..

 lama gila tak ber belog.
ada cerita menarik tapi tak menarik untuk dikongsikan.
ada cerita tak menarik tapi menarik untuk dikongsikan.
oke. pening.


SELAMAT TAHUN BARU 2013

belum terlambat kan untuk itu. haha

cerita 2012. kita biarlah jadi kenangan, pengajaran, pedoman.
cerita 2013. yang dinanti. sebab tak tahu apa bakal jadi.
tahun lepas, ada yang dirancang tak jadi.
tahun ni masih boleh merancang lagi.


pengalaman semalam menarik. tapi taknak kongsi. haha

memang entry ni ditulis untuk merepek.
sila maafkan.

homesick.
sick.

akhirnya, dapat telefon emak.
macam biasa. kalau tak mintak duit. mesti mengadu sakit. -_-
apa macamla. kesian mak ada anak macam aku.

pesan emak melibatkan benda-benda ini.
1. koyok.
2. nescafe
3. air gas (berkarbonat)
4. epal

kekadang rasa sakit macam dah biasa.
kekadang datang rasa luarbiasanya.
tapi dengan bajet kool dan hebat.
rasa luarbiasa tu akan hilang searus dengan ke'kool'an yang ditunjukkan.


okelah.
akhir kalam. an apple a day, keep u healthy everyday. in sya Allah..

TTC JOURNEY~1ST APPOINTMENT LPPKN KL + HSG KPJ Klang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Si Cantik Si Kacak.. Ok. Lama nak share sebenarnya pasal appointment LPPKN tapi asyik lupa. 😂😂 Sa...