Khamis, 15 Januari 2015

bahagia perlu kongsi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Si Cantik Si Kacak..

Malam ini ku sendiri
tak ada yang menemani
seperti malam malam
yang sudah sudah - munajat cinta

suatu masa dulu, aku pernah bersetuju untuk satu arrange marriage yang dicadangkan oleh emak.
atas alasan lelaki itu nampaknya baik dan emak rasa terhutang budi pada emak lelaki itu.
dan atas rasa baru-putus-cinta-sedih-kecewa aku pun setuju.
hah, why not kan. hati pun tengah keciwa. dan serik untuk bercinta. gitu sekali getus hati kecil aku. haha
betapa aku pasrah dengan hidup masa depan aku.

after few months, dapat whatsapp berupa begini lebih kurang

'mak tak jadi nak jodohkan ko dengan ****** tu.'

'sebab mak kata blaaaa blaa blaaa nanti ko blaaa blaaa blaaa'

sender : hakak aku (nampak tak betapa concern nya dorang kat aku huahuaa)

atas alasan yang aku rasa munasabah, logik dan rasional, aku pun oke je. haha tak jadi, dah la. lagipun bukan aku yang sukakan lelaki itu, cuma nak dikenen-kenenkan aje.

............................................................................

and few months lepas tu, lepas aku habis belajar dan aku ditanya bila nak bertunangla, kahwin la. aku cuma cakap tolongla carikan yang begini begini. haa kali ni ada kriteria. haha dah mula demand.

dan someone told me this,

'jangan suruh orang carikan, nanti yang kahwinnya ko, yang nak hidup sama sama ko, bukan orang yang carikan tu.'

untuk aku, buat masa ini (yela manatau lepas ni jadi rebel mempertahankan cintaa hahha) aku rasa tak salah kot. lagi-lagi kalau yang memilih itu parents kita, family kita. takkan diorang nak bagi kita pasangan yang tak baik. ye tak.

dan bagi aku, aku ni tak banyak sumbangan pada keluarga nak bandingkan pengorbanan mereka semua kat aku selama 23 tahun 9 bulan ni.

mungkin kita akan rasa bahgia bila kita dapat bersama dengan orang yang kita cinta, tapi bahagia ke kalau orang yang sepatutnya memberi restu tak bahagia.

as conclusion, hati kalau belum ada cinta, boleh putikkan dan pupuk, tapi hati kalau dah ada sayang dan cinta, ingat semudah abc ke nak hilangkan.

aku tau, post aku kali ni weird dan mengelirukan.

sebab ini entri emosi. haha

akhir kata, pilihlah yang terbaik dan doa yang terbaik.

seorang ustazah masa d ipg pernah pesan, berdoalah,

Ya Allah, sekiranya dia jodoh aku, maka dekatkan dan permudahkan, jika dia bukan jodoh aku maka jauhkan dan redhakan aku untuk melepaskan. aminn

assalamualaikum dunia.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TTC JOURNEY~1ST APPOINTMENT LPPKN KL + HSG KPJ Klang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Si Cantik Si Kacak.. Ok. Lama nak share sebenarnya pasal appointment LPPKN tapi asyik lupa. 😂😂 Sa...