Rabu, 17 Julai 2019

TTC JOURNEY~1ST APPOINTMENT LPPKN KL + HSG KPJ Klang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Si Cantik Si Kacak..

Ok.
Lama nak share sebenarnya pasal appointment LPPKN tapi asyik lupa. 😂😂

Sampai tarikh temujanji, kami pun tanpa lengahkan masa pepagian lagi dah pergi LPPKN.
Alhamdulillah dapat tarikh masa cuti sekolah (kami PJJ)
sehari sebelum appt dah check in kat Silka May Tower Hotel.
jadi pagi tu kami terus ke bangunan LPPKN dan parking kat parking Hotel Summit (kalau x silaplahh)
Masuk lobi-daftar nama-tinggalkan lesen-dapat kad pelawat-naik lift tingkat 5@ 6 (x ingat haha)

Sampai kat atas-daftar-bagi ic suami isteri-few question

suami : buat semen analysis (SA) (sperm test) kat tingkat atas. suami bagitau, kat atas ada bilik2 untuk suami keluarkan sperm. (macam hotel katanyaa 😂)
isteri : ada kena interview dengan nurse ( tanya pasal period, kesihatan, yang biasa2 je) & pap smear (buat sendiri)

husband siap buat sperm test, kena interview pulak. lepas tu kami buat ujian penyakit kelamin.

Bila result SA dah keluar, nurse panggil kami. so, that time husband punya sperm agak low.
JAdi husband kena repeat SA lepas puasa.

Aku pula, nurse suruh buat 2 blood test utk hormon n hsg dalam 1 cycle yang sama kat luar. (ok yang ni rasanya sebab aku kat Sabah, so nurse suruh aku buat sendiri cari lab atau klinik so tak payah pergi LPPKN untuk buat test blood) Kebanyakkan pengalaman yang aku baca dorang buat blood test hormon kat LPPKN.

Total 1st appointment RM121.00 
Registration RM 40
SA                 RM 25
STD              RM28 x 2orang 


*blood test untuk hormon aku buat kat pathlab Sandakan 
* hsg buat kat KPJ Klang RM400+ 😓  (sesambil balik rindu suami kahkah)


terpaksa buat dekat kpj klang sebab tempat lain yang murah full masa tarikh yang aku patut buat hsg. Daya Xray ada kosong tapi nak elak lelaki hehee
seingat aku masa buat survey harga,
Daya Xray RM200++
KPJ Damansara x ingat tapi murah juga
KPJ Tawakal RM 270
yang lain x ingat sebab mahal  😃
kalau nak lebih tepat, korang boleh call je mana-mana hospital yang berkenan.

pengalaman buat HSG pulak. hmm
ini apa yang aku rasa ok. Sakit atau tak tu bergantung individu.
Disebabkan aku dah pernah trauma dengan TVS (transvaginalscan), jadi aku rasa HSG ni sama je azabnya nak tunggu prosedur mula. gigil lutut jangan cakap lah.
Mula-mula nurse cakap, doc perempuan tak ada ya, so aku pun pasrah, ok la.
Sekali dah masuk dalam bilik xray tu,dah siap tukar baju, nurse bagitau Dr Anisha yang akan buat. Alhamdulillah

pasal prosedur hsg, korang boleh baca sini http://www.myhealth.gov.my/histerosalpingografi-hsg/

bagi aku yang sakit@tak selesa @ senak ialah :
1: position.    sebab kena baring dihujung katil, kaki memang rapat ke punggung, macam orang nak bersalin tu kot. aku dahlah memang kaki sakit, sengsara juga nak kekal dalam posture tu. sampai aku geram aku pegang dengan tangan, nurse pun tolong tahan 😅
2: masa nak masukkan mulut itik tu.    bukan sakit, tapi senak, terkejut. tanjat gegel. hahaa
3: masa nak cabut alat2 rasa senak terkejut

lepastu bila doc nak masukkan dye tu, tak rasa pun, doc suruh mengereng, rasa ok je. paling-paling pun rasa tak selesa sebab ada benda kat vagina kau kan. memanglah tak selesa. dan masa doc masukkan dye tu kena tolak badan ke atas(dgn bantuan nurse juga)
bila doc kata "ok, saya nak cabut ya" aku pun tanya "eh, dah ke?" haha sebab orang kata rasa ngilu dye tu masuk. tapi tulah, berbeza tiap orang.

lepas buat hsg tu, nurse bantu turun dari katil. nurse  doc tanya ok ke tak nak jalan. kalau rasa nak pitam ke, duduk dulu.
pastikan bawa pad sendiri, senang. pakai pad, tukar baju semua dan tunggu result kat luar.

dah dapat result, bayar, balik.

berdasarkan pemerhatian dan pemahaman dari result, tube ok cuma masa buat hsg tu ada bubble kat ovari sebelah. Tapi tube tak sumbat, Alhamdulillah.

so, untuk next appointment LPPKN, aku share kat next post ya. 👯

TQ sudi luang masa baca. Semoga kita semua yang sedang TTC dikurniakan rezeki baby. aamiin


Sabtu, 22 Disember 2018

TTC JOURNEY - part 2 (Dr Hamid Arshat @ TDMC)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Si Cantik Si Kacak..

....sambung dari part 1. over nau ada part2 bagai. 😂

Ok, selesai appt dgn Dr Hamid, sehari aku tak keruan mengenang kan aku RU. Makan tak lalu, asyik terfikir, sampai aku terpaksa buat kerja untuk sekolah punyalah nak hilangkan dari fikir benda tu je.

so, aku pun rajin2 kan tangan google pasal RU & laparoskopi dan tanya kat group actively trying kat babycenter. aku pun tanya kawan2 jugak.
ada yang kata, bagus buat laps, ada yg berjaya conceive lepas buat laps. ada yg share pengalaman dia buat laps. so, hasil pencarian aku, aku terjumpa satu poast dr seorang Dr di fb. beliau mengalu2kan kalau ada sesiapa yg nak bertanya boleh pm je. aku pun apa lagi. aku pm beliau pasal masalah aku.
dan Dr tu bg pendapat, dia kata bg pendapat dia x perlu laparoskopi. sebab RU ni sbnrnya normal jugak, x bahaya, boleh pregnant. dia sarankan buang sisa darah haid tu je. sebab itu yg menyebabkan susah nak pregnant (Dr Hamid pun bagitau ni jugak).

so, aku decide aku taknak buat laps. taknakkkk. TVS pun rasa trauma n nak nangis, apatah lagi laps. dahlah tak pernah ada pengalaman warded, kene tebuk pulak perut, kena bius pulak satu badan. huhu takmauuuuuu. takpelah, senggugut sebulan sekali tu aku sanggup. buat masa sekarang la. haha

taaaapi, kalau betul2 ada masalah lain contoh ada cyst ke, fibroid ke yg memang prlu laps, buatlah. jangan degil pulak. sebab itu bahaya. apa2 pun, consult doktor. tanya lah dengan orang lebih pakar dalam hal ni. 😊

sekarang tinggal suami aku kena buat semen analysis (ujian air mani). kebanyakkan klinik yang buat ujian ni boleh keluarkan result dalam 3 hari bekerja. so, bak kata staff Dr Hamid, better buat kat lab. sebab kita sedia maklumkan sperma tak bertahan lama kalau kat luar, kalau result yang 2 3 hari tu, maknanya dorang hantar sperm ke lab lain utk uji. takut dah effect sperm count dan kurg tepat la result.

so, staff cadangkan buat di Glenmarie Shah Alam. so aku dah tanya, kos utk SA RM60, boleh walk in shj tapi sebelum 9.30 pagi. dan tak boleh bersama @ keluarkan air mani 3-5 hari sebelum ujian tu. dan keputusan dapat pada hari yang sama. ni berdasarkan apa maklumat yg aku dapat lah, belum pergi lagi hehe

*******************

Memandangkan keadaan ekonomi merisaukan 😂 aku decide nak jugak buat appt dgn LPPKN. yang semestinya jauh lebih murah. soooo, 1st appt di LPPKN ialah pada 25/3/2019. biarlah lambat, asal jimat hahahaa kalau ada lebih memang nak jumpa Dr Hamid lagi. in sha Allah

**post2 di blog aku adalah berdasarkan pengalaman aku, lain orang lain masalah lain cara penyelesaian. better consult your doctor. 😊

TTC JOURNEY-part 1 (Dr Hamid Arshat @ TDMC)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Si Cantik Si Kacak..

2 tahun juga tak menjengah ke sini (buang2 habuk + tahi cicak )

okay, since dah cukup 2 tahun kahwin yet still belum ada rezeki zuriat, sempena anniversary ke dua ni aku dan suami dah decide nak buat pemeriksaan dan rawatan.

aku tak berapa cerita kat orang sekeliling pasal ni sebab macam tak tahu nak hadap respon dorang nanti macamana hahaa paling2 pun cerita kat family members yang rapat n kawan2 yang pernah sama2 berjuang ttc hehee aku tulis kat sini pun lebih sebagai diari dan rujukan akan datang. maklumlah memori tak kuat sangat. nak ingat password blog ni pun payah nak fikir 😄😄

okay so, macamana boleh decide nak dptkan rawatan ni sebab tahun ni almost every time aku balik kg (we olls pjj sabah-selangor) aku tengah subur dan tak berjaya jugak conceive. so dah start rasa something wrong ke n we need to check, gituu 😅 daaaaaan ramai family members (kakak2 dan biras) tgh pregnant sekarang so macam ada sedih di hati la sikit 😊

langkah pertama, of course lah pergi cari maklumat dulu. google pengalaman orang lain yang ttc. buat rawatan kat mana, hosp mna, klinik mna, doc mna yang okay, kos dan sbgnya. tanya kawan2 yang pernah sama2 ttc (i use 'pernah' sebab alhamdulillah skrg dorg dah jadi mak buyung hehe), tanya dulu sakit tak bla bla bla hahahaa
obviously aku jenis boleh tahan sakit yang serang kat badan aku, ulser penuh mulut sampai ke tekak ke, sakit gigi, migrain siap boleh drive wpun pandangan gelap berpinar, buasir semua tu aku boleh usahakan untuk bertahan. tapi kalau sakit sebab benda lain macam mesin ke, alat2 kat klinik tu sorryla time tu la rasa nak terberak nak muntah nak pengsan 😭

oh ya, antara tempat rujukan aku sepanjang ttc ni ialah babycenter actively trying, instagram rainbowbaby_ltss, dan instagram fzha_ttc.jouney. memang saaaangat membantu.

ok, so aku dan suami listkan few tempat utk dptkan rawatan. PPUM, LPPKN dan Dr Hamid Arshat.
Husband call PPUM tak dapat, call LPPKN appointment paling awal Jan 2019. kalau boleh aku nak buat masa cuti sekolah disember. masa panjang dan xpayah minta cuti. So, aku try emel untuk dapatkan appointment dgn Dr Hamid Arshat. Utk pengetahuan, Dr Hamid skrg dah berpindah ke Taman Desa Medical Centre, KL bukan lagi di Kompleks YJN.

no telefon LPPKN : 03-26137555 (minta sambung ke Klinik Kesuburan)
emel utk appt Dr Hamid @ TDMC : dhatdmc@gmail.com (staff sangat rajin layan pertanyaan kat emel TQ very much tau)

ok, utk dapatkan appt dgn Dr Hamid, staff suruh kita isi questionnaire dan emel semula. dah jawab dah emel akhirnya dapat set appt 19 Dis 2018.

19 Dis 2018
 memandangkan awal2 dah tanya prosedur apa buat masa 1st appt dan anggaran kos, so dah bersedia sikit la. staff bagitau kat emel 1st appt dorang buat scan (TVS) dan anggaran kos scan dan consultation RM300 . Rm 100 scan, Rm 200 consultation plus ubat2 katanya tapi bila pi kat cashier klinik kena RM 397 (tanjat kite).
nervous ya amat bayangkan scan TVS tu hahaa
sesampai di TDMC, ada staff tunjuk mana arah patut dituju. Daftar ambik masa lama jugak sebab akmi sampai agak lambat sebenarnya dan orang dah ramai. Pendaftaran start 8am-10am. kami sampai around 9.30 am sebab mencari parking pun satu hal. ok, daftar isi borang, staff buat interview ringkas last period, sejarah kesihatan diri n family, ambik berat n tunggu nama dipanggil semula untuk buat TVS.
ok, TVS ni aku trauma. Serius. mungkin sebab bila aku baca + tanya orang kata 'tvs tak sakit pun, cuma rasa senak sikit je' aku pun rasa ok tak sakit la kot wpun dada dupdap tak hengat. sila google macamana rupa mesin TVS tu kalau nak tahu. hee sebenarnya memang tak sakit kot, senak tu ya tapi bagi aku sakit atas sebab2 tertentu hihi
selesai TVS, tunggu lagi dipanggil utk jumpa Dr Hamid Arshat.
ok, akhirnya dalam pukul 1 lebih macam tu baru dapat turn jumpa dr. fuh, bayangkan 9.30 am - 1 pm.. entah berapa kali kami bertukar tempat duduk hahaa
waktu jumpa Dr, aku teruja. haha yela Dr Hamid Arshat kot. Pakar sakit puan. Selama ni tengok kat fb je, kali ni jumpa depan mata dan dapat konsultasi dari beliau.
Dr Hamid bagitau hasil scan tadi Dr nampak rahim aku kebelakang. (retrovert uterus : RU). Dr kata tak bahaya tapi still luluh hati dengar. yela, aku expect Dr akan cakap rahim aku normal, takda masalah cuma belum rezeki tapi bila tahu macam tu, terus hilang semua soalan yang aku dah rancang nak tanya kat Dr. Dr kata bila macam tu darah haid boleh tertumpah ke blkg dan khuatir masuk ke Fallopian tube. aku senggugut selama ni pun mungkin sebab RU sebab rahim ke arah tulang blkg.

sumber : google image
Dr Hamid suggest aku utk buat Laparoskopi. utk bersihkan sisa2 darah yang ada kat dinding rahim dan betulkan kedudukan rahim. laps ni macam mini operation. takda belah2 perut pun. boleh google utk maklumat lebih lanjut.
sumber : google image
Dr Hamid bagitau, RU masih boleh mengandung cuma sisa darah tu yang mengurangkan peluang utk pregnant. Dr bg masa utk fikir sebab ianya bukan lah urgent. ok, akhirnya aku dpt balik kewarasan aku dan aku sempat tanya bbrapa soalan kt Dr. Sebelum keluar Dr minta suami buat Semen analysis kat mana2 lab berdekatan (yg boleh dapat result hari yg sama supaya result tu tepat) utk next appt dan Dr bagi suplemen utk kami (Obimin utk aku, proviton utk suami). Alhamdulillah, 1st appointment selesai.

panjang kan, kita sambung next post untuk cerita yang lebih menarik. gituuu


doakan aku dan suami dipermudah utk dapat rezeki zuriat. aamiin

Sabtu, 7 Mei 2016

tali emas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Si Cantik Si Kacak..

masa tahun 2014, aku rasa tu lah tahun paling mencabar. final year. gila buat action reseach. emak sakit. praktikum upside down, rumah sewa kena masuk pencuri, kereta accident, kapal terbang hilang, kapal terbang kena tembak, cinta 5 tahun putus, macam2 lagi dugaan.
dan masa tu rasa tahun itu je cabaran sehebat tu aku dapat. tahun tahun seterusnya harap-harap aman sentosa.

tapi sangkaan kita manusia selalu meleset. siapa kita untuk menentukan masa depan kan.
bla bla and bla, i got engaged with someone yang yeah baru kenal 5 bulan.

orang tanya, macamana kenal. macamana boleh bertunang dengan orang situ. bla bla bla
ada jugak yang cakap, ingatkan nak kawin orang sabah (at first memang dan pasang niat, mak pula macam main tarik tali, kejap bagi kejap tak, last-last yang selangor juga hati ni melekat)

macamana aku kenal tunang omei aku?

mungkin bermula bila aku putus sinta 2014 tu. mungkin aku nampak macam kesian, so family (esp mak) beriya nak kenenkan aku dengan orang itu dan orang ini.
masa tu aku rasa hey single is better. takpayah pening fikir nak jaga hati orang. bebas nak buat apa, pegi mana.
datang pulak satu manusia buat pasal dengan aku. aku tak tahu dia tengah betting ke, ape ke. suddenly ajak kawin what so ever. (sangat annoying dan susah nak lupakan dan maafkan)
semenjak aku putus sinta, aku lebih bersifat terbuka dengan family. apa-apa jadi memang aku bagitau dorang. so, pasal kes di atas ni, memang whole family aku pun ikut marah. (ini buat aku terharu T_T)


so, nak dijadikan cerita kakngah nak kenenkan aku dengan anak jiran dia. oh ya, cerita pasal tunang omei aku ni dah aku dengar lama. which mean aku tau la kisah emaknya yang risau anaknya ni tak kawin lagi, takda calon. hihik tapi yela, masa tu kau tengah ada sinta hati, mana nak amik port sangat kisah orang lain. haha

macamana mula-mula kenal?
dia, emak n abahnya datang rumah kakngah jumpa family aku.
waktu tu, aku cuba protes, tapi tak jadi jugak.
waktu tu, aku cuma dengar suara dia je, tak mampu wehh nak tengok muka dia. segan ya amat.

otw pegi airport baru tahu nama dia siapa. kesiannya aku.
so 25 julai first met, 27 disember bertunang. kahwin?  kita tungguuu
jom tengok sikit gambar tunang simple we ollz hihik
bakal-bakal ^^

rinduuuu

untuk hantaran belah aku, aku minta simple je. dulang rustic minta abg ipar buat, hiasan kakak-kakak tolong hehe

feeling ko


mak mertua. eh bakal mak mertua hihi

mini dais kon on. simple. buat sendiri.


hantaran dua-dua belah pihak

rinduuu


long hiatus

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Si Cantik Si Kacak..

dah makan tahun dah tak update blog. sampai nak sign in pun tak jumpa cara. =D
jenuh la kita dok recovery sana sini.

hmm. nak announce sikit.
dah dekat 16 bulan dah dapat title cikgu.

stress, burn out, tu memang semua ada.
sampai kerap migrain lah sekarang.

kejap. stop sini dulu. kita p entry baru okay hihi

Ahad, 15 Februari 2015

aku seorang novis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Si Cantik Si Kacak..

two days lepas aku tulis entry throwback +menganggur tu aku dapat berita yang status pengaggur aku akan tamat.
on 27th Jan, ntah hari tu moodnya lain. awal aku bangun atau dalam erti kata lain aku tak tido lepas subuh. haha sempat aku berborak pasal kenduri makangkat kat lahad datu dan bergurau senda dengan emak sebelum jeng jeng jeng.. fon aku naik hang kot whatsapp n mesej masuk bertalu talu.
dalam gentar dan debar, gigilgigil aku nak check. sebab majoriti classmate pegi sabah sarawak. roommate lima tahun setengah aku dapat sarawak.
dannnn check punya check, baca punya baca, aku posting ke SABAH. that's all. hhaha


tapi memang beberapa hari sebelum tu pun aku emak dan family banyak bercakap 'macamana kalau posting nanti dapat sabah?' masa tu mak cakap, 'xpela zu, mak redha je, keje je la kat mana pun dapat nanti'

hmm. perancangan Allah itu cantik dan indah, cuma kita manusia kadang-kadang tak nampak atau sukar nampak indahnya perjalanan hidup yang Allah dan aturkan.

bila aku bagitahu emak, respon emak hambar. senyum emak tak jelas. lepas bagitahu aku terus masuk rumah tanpa tunggu lama. bikin touching kalau tunggu lama lagi.

maka, berkelam kabut lah aku menguruskan segala yang tak terurus. sebab awalnya aku diminta untuk ke hotel pada 28hb dan fly without wings ke sabah pada29hb jan. nak dijadikan kisah ni lebih menarik dan awesome plus mencabar menduga. aku ada test jpj 28hb tu. tapi Alhamdulillah tarikh ke hotel ditunda satu hari untuk memberi laluan kepada guru-guru novis yang akan ditempatkan ke sarawak.
dan Alhamdulillah, walaupun aku tak sempat nak study apakebenda pasal kereta tapi urusan test jpj dipermudahkan. lulus tapi tak tahulah dengan jayanya atau sekadar cukup makan dan kesian.

dannnn bermula lah perjalanan aku.... to be continue ahakss

Ahad, 25 Januari 2015

throwback #tripkitorangpegipulau aci tak?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Si Cantik Si Kacak..

ada orang rasa lama-lama duduk rumah (menganggur) seronok,
aku rasa dah mula bosan. aku bosan dengan rutin yang sama. hahha
sama la macam kat ip dulu. bosan dengan rutin yang sama for 5years and half.

oke la. sebab bosan aku nak throwback trip kitorang pegi pulau last year.
bertahun craving nak pergi, final year baru dapat pergi. so sad.

seawal subuh dah gerak.
haa, camtu keadaan dalammbot atas laut.

jernih airnya =O

pulau pertama, pulau boheydulang.
itu la yang kami kena daki. 600meter. kuruihhh aku

kitorang grup last sampai atas. kesian seng aku penat.
takpa nanti kita dah cukup exercise kita naik lagi.



akhirnya, penat lelah berbaloi. bohey dulanggg

seterusnya pergi pulau pompom.




kekonon semua menyelam, ai tak reti menyelam la. lagi2 kat air masin. haha


ni kat pulai mantabuan pulak.

balikkk




all these 3 pulau plus set snorkeling and makan cuma 45 ringgit je seorang.
kitorang pergi ramai sebab tu dapat murah kot. plus satu bot tak bersempit2.

sekian cerita #tripkitorangpegipulau masa bergelar student ipg kampus tawau, sabah.
huahuaaa rinduu



TTC JOURNEY~1ST APPOINTMENT LPPKN KL + HSG KPJ Klang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Si Cantik Si Kacak.. Ok. Lama nak share sebenarnya pasal appointment LPPKN tapi asyik lupa. 😂😂 Sa...