Taman hati yang dulunya berseri dikelilingi bunga mewangi, kini semakin kering, semakin layu, semakin mati... tiada gunanya mentari bersinar jika duri berhutan, tiada gunanya air mengalir jika rumput mengemis.. dan apabila bah melanda, rosaklah segalanya... Namun mungkinkah pelangi berseri di sebalik gunung yang sunyi??

Selasa, 16 Julai 2013

penting



apa yang aku lebih fikirkan ialah,
apa yang mereka dapat.
cerita apa yang akan dipersembahkan
pada emak, ayah, kakak, abang
kucing di rumah juga perlu tahu
apa yang tuannya lalui di sekolah.

itu penting untuk aku fikirkan.
kerana setiap butir kata yang keluar 
akan menggambarkan aku.
cerita yang tersampai menunjukkan aku.

maka itu penting untuk aku pastikan,
usahakan, 
agar cerita yang ada
cerita gembira, cerita jenaka.
bukan luahan, aduan tentang aku.


zue. 1 April 2013
SK.Bt 22, Balung
Tawau.


ini coretan aku masa praktikum fasa 1 sem lepas.
jumpa balik masa nak selongkar buku nota.
ngehngeh

Ahad, 14 Julai 2013

tora datang lagi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Si Cantik Si Kacak..


dengan jayanya. aku tak menulis blog.
bukan sebab aku tak bosan. tapi sebab aku malas.

ye.
malas.
gejala yang selalu betul datang dekat aku. dah aku halau. shuhh shuhh
tapi. ehh datang jugak

oke. welcome new sem.

nothing special. selain aku lebih bersemangat nak mulakan semester masa awal2 sem dulu.
sekarang. bila esok harinya nak jejak kaki ke sekolah.
hambar betul perasaan. haha
semangat lari.

maaf. ayat aku nampaknya tunggang terbalik. upside down. haha
sebab aku tulis kali ni macam 'buat syarat' je.





four things come not back. the spoken word, the sped arrow, the past life, and the neglected opportunity.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Counters