Taman hati yang dulunya berseri dikelilingi bunga mewangi, kini semakin kering, semakin layu, semakin mati... tiada gunanya mentari bersinar jika duri berhutan, tiada gunanya air mengalir jika rumput mengemis.. dan apabila bah melanda, rosaklah segalanya... Namun mungkinkah pelangi berseri di sebalik gunung yang sunyi??

Ahad, 25 Januari 2015

throwback #tripkitorangpegipulau aci tak?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Si Cantik Si Kacak..

ada orang rasa lama-lama duduk rumah (menganggur) seronok,
aku rasa dah mula bosan. aku bosan dengan rutin yang sama. hahha
sama la macam kat ip dulu. bosan dengan rutin yang sama for 5years and half.

oke la. sebab bosan aku nak throwback trip kitorang pegi pulau last year.
bertahun craving nak pergi, final year baru dapat pergi. so sad.

seawal subuh dah gerak.
haa, camtu keadaan dalammbot atas laut.

jernih airnya =O

pulau pertama, pulau boheydulang.
itu la yang kami kena daki. 600meter. kuruihhh aku

kitorang grup last sampai atas. kesian seng aku penat.
takpa nanti kita dah cukup exercise kita naik lagi.



akhirnya, penat lelah berbaloi. bohey dulanggg

seterusnya pergi pulau pompom.




kekonon semua menyelam, ai tak reti menyelam la. lagi2 kat air masin. haha


ni kat pulai mantabuan pulak.

balikkk




all these 3 pulau plus set snorkeling and makan cuma 45 ringgit je seorang.
kitorang pergi ramai sebab tu dapat murah kot. plus satu bot tak bersempit2.

sekian cerita #tripkitorangpegipulau masa bergelar student ipg kampus tawau, sabah.
huahuaaa rinduu



Sabtu, 17 Januari 2015

serabut

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Si Cantik Si Kacak..

entri aku yang sebelum ni
really something

sangat menyentap aku.
patutla tetiba beberapa hari lepas dok teringat dan terfikir benda tu.
rupanya nak terjadi.

aku berat hati nak tolak menengokkan respon emak dan family.

entah masa aku takda, dorang ni dah bersembang pasal semua tu.

T_T

Khamis, 15 Januari 2015

bahagia perlu kongsi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Si Cantik Si Kacak..

Malam ini ku sendiri
tak ada yang menemani
seperti malam malam
yang sudah sudah - munajat cinta

suatu masa dulu, aku pernah bersetuju untuk satu arrange marriage yang dicadangkan oleh emak.
atas alasan lelaki itu nampaknya baik dan emak rasa terhutang budi pada emak lelaki itu.
dan atas rasa baru-putus-cinta-sedih-kecewa aku pun setuju.
hah, why not kan. hati pun tengah keciwa. dan serik untuk bercinta. gitu sekali getus hati kecil aku. haha
betapa aku pasrah dengan hidup masa depan aku.

after few months, dapat whatsapp berupa begini lebih kurang

'mak tak jadi nak jodohkan ko dengan ****** tu.'

'sebab mak kata blaaaa blaa blaaa nanti ko blaaa blaaa blaaa'

sender : hakak aku (nampak tak betapa concern nya dorang kat aku huahuaa)

atas alasan yang aku rasa munasabah, logik dan rasional, aku pun oke je. haha tak jadi, dah la. lagipun bukan aku yang sukakan lelaki itu, cuma nak dikenen-kenenkan aje.

............................................................................

and few months lepas tu, lepas aku habis belajar dan aku ditanya bila nak bertunangla, kahwin la. aku cuma cakap tolongla carikan yang begini begini. haa kali ni ada kriteria. haha dah mula demand.

dan someone told me this,

'jangan suruh orang carikan, nanti yang kahwinnya ko, yang nak hidup sama sama ko, bukan orang yang carikan tu.'

untuk aku, buat masa ini (yela manatau lepas ni jadi rebel mempertahankan cintaa hahha) aku rasa tak salah kot. lagi-lagi kalau yang memilih itu parents kita, family kita. takkan diorang nak bagi kita pasangan yang tak baik. ye tak.

dan bagi aku, aku ni tak banyak sumbangan pada keluarga nak bandingkan pengorbanan mereka semua kat aku selama 23 tahun 9 bulan ni.

mungkin kita akan rasa bahgia bila kita dapat bersama dengan orang yang kita cinta, tapi bahagia ke kalau orang yang sepatutnya memberi restu tak bahagia.

as conclusion, hati kalau belum ada cinta, boleh putikkan dan pupuk, tapi hati kalau dah ada sayang dan cinta, ingat semudah abc ke nak hilangkan.

aku tau, post aku kali ni weird dan mengelirukan.

sebab ini entri emosi. haha

akhir kata, pilihlah yang terbaik dan doa yang terbaik.

seorang ustazah masa d ipg pernah pesan, berdoalah,

Ya Allah, sekiranya dia jodoh aku, maka dekatkan dan permudahkan, jika dia bukan jodoh aku maka jauhkan dan redhakan aku untuk melepaskan. aminn

assalamualaikum dunia.


four things come not back. the spoken word, the sped arrow, the past life, and the neglected opportunity.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Counters