Ahad, 4 November 2012

hanging

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Si Cantik Si Kacak..

ditengah kekalutan dan kesibukkan warga guru pelatih menelaah buku dan nota..
aku pun tak kurang sibuknya dengan mengupdate status facebook, twitter dan blog..

hahahhaa..tak payah nak hebat sangat kalau nak mengupdate blog tu..
takde pembaca setia pun blog aku ni..

oke.
ada satu perkara yang aku nak share.
aku mempunyai masalah tingkah laku negatif.
what???!! eeeuu, teroknyeerrr

tingkah laku negatif iaitu 'kebergantungan'
hanging? erkk

aku susah sebenarnya nak berdikari.
berdiri atas kaki sendiri tu boleh la. tu pun cepat lenguh. =p

macamana aku boleh jadi macam tu?
sebab.
mak abah family semua over-protected
hahahaaa

dalam dikawal2 pun, aku berani break the rules.
haha. tapi tu zaman kemudaan duuulu la..
terlepas la jugak aku ke sunway pyramid, times square
dan ntah kemana2 lagi.

tapi walau seberani mana aku break the rules
satu rule ni yang aku tak berani nak break

mak aku pesan, 
jangan masuk panggung wayang, jangan tengok wayang
wayang kulit takpe..kot.
sebab mak taknak bad thing happen kat anak2 dia..
yes, i'm still hold on to the rule

i;m a good daughter u know..hahahaa
oh please tekan pangkah kat atas tu kalau menyampah.. =p


oke..sekian
nasihat daripada aku
ingat pesan orang tua
tanpa mereka siapalah kita
kalau bukan kita
siapa lagi yang akan berbakti pada mereka
^_^



Selasa, 23 Oktober 2012

sometimes I lost hope, please make strong

Assalamualaikum..


this is my critical time
dugaan datang dari pelbagai penjuru
aku tak tahula kenapa
atau aku yang terlalu rapuh
baru dijentik dah retak

dan aku jumpa ini
really make me strong
bait-bait ayat dalam lagu ni
meresap dalam darah..chewah
aku agak touching first time dengar
sangat menyentuh perasaan yang tengah berombak ni



I know I’m waiting
Waiting for something
Something to happen to me
But this waiting comes with
Trials and challenges
Nothing in life is free
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day I’ll be ok
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
Help me find my way

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong

I know I’m waiting
Yearning for something
Something known only to me
This waiting comes with
Trials and challenges
Life is one mystery
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day you’ll forgive me
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
I beg for your mercy

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong




Ahad, 21 Oktober 2012

old friend of mine

assalamualaikum..

bukan niat aku nak stalk facebook orang waktu-waktu macam ni..
tapi, hati aku tergerak dan menggerakkan jari lalu bergeraklah cursor dan teruslah aku menjadi stalker sementara waktu ini.


siapa aku stalk?
facebook lelaki.
ye. my old friend.

setelah aku mengendap facebook dia, 
wah, betapa terkesima nya aku.
dia ke tu? totally different!

sedih, sayu.
yela, kawan aku dah berubah.

ya Allah, kembalikan kawan aku itu ke jalan yang benar, jalan yang diredhai.
jangan Kau biarkan dia terus hanyut dengan gelombang duniawinya.
aku sayang dia. dari dulu. sampai sekarang.
aku taknak dia terus macam tu. aku nak dia yang dulu.
amin.
='(
sumber: senyomdesign






Ahad, 7 Oktober 2012

wake me up when september end

assalamualaikum..


dah lama berzaman rasanya aku tak menabur benih kat blog aku ni..
bukan apa...banyak lagi benda lain yang baik untuk dibuat..haha

eh, dah oktober pulak kan..
eh, sebulan lagi nak balik..
eh, eseimen tinggal 1..
wow...
amazing...

di awal-awal oktober ni..ada satu moment yang dah bagi kesedaran kat aku..
thanks to cik tim @ cik timun kerana berterus terang dengan awang mudil macamana rupa gaya awang mudil bila badmood..=)

tengah sesembang lepas penat berkawad..
di temani kegelapan malam..dan angin sepoi2 malam..
bintang-bintang yang ada tiada..
tiba-tiba...

cik tim : sy tau macamana kalau ko badmood..orang datang pun x dilayan..oww..macam tu rupanya kalau ko badmood..

aku : bilaaaaa...hahaha


siapa sangka, ada orang memerhati aku..hahaa..lalu membuat kesimpulan di depan aku yang memberi kesedaran kat aku..

tak guna korang cakap-cakap belakang..bukan aku dapat sedar diri pun..
buat macam cik tim..haa..masa tu kak KU pun cakap jugak..dia kata dulu aku penah badmood pastu marah kat dia..haha
lol..aku tak ingat..tapi itu dah mengingatkan aku..

so, lepas ni kena hati-hati bila badmood..

sekarang pendekatan yang aku gunakan bila badmood @ takda mood @ nak bersendirian dan waktu tu jugakla ada orang yang tak dikehendaki datang mengacau, dan untuk mengelakkan sebarang kelukaan hati, aku amalkan ini..

-bila nampak je orang itu semakin hampir dengan aku, atau menuju ke arah aku, aku akan baca bismillah, n doa minta supaya aku boleh cool je dan melayan kehendak orang itu dengan sebaiknya, doa dalam hati je-

sekian..

Sabtu, 15 September 2012

assalamualaikum..


kenapa..

tetap perkara yang sama menghantui aku?

memang betul-betul terkesan kisahnya..







Khamis, 13 September 2012

Pasti

assalamualaikum..

tak da apa yang aku nak  tulis..selain..

mati itu pasti..

ye..

dan aku takut setiap kali fikir pasal tu..

Ya Allah...ampunkan dosa hambaMu ini..='(

Jumaat, 31 Ogos 2012

kisah raya #1

assalamualaikum..

tak nak dah kite cerita pasal sakit2...
sebab nanti kalau ade orang nasihat bukan kite nak dengar...
kite ni hardcore punye degil..
mak ke, akak ke, pakwe ke nasihat, klau dah kite x mo dengar, memang x dengar la..haha

--------------------------------------------------------------------------------------------

gedik. cukup.

di atas tu bukan aku tau..tapi ni yang ade dalam diri aku ni..
namanya degil gila x sedar diri..haha

nak bercerita pasal raya?
tak la jugak..tapi boleh la..ape kata orang, sharing is caring kan...

alkisahnya..
aku balik rumah dengan membawa bermacam penyakit..penyakit yang tak berjangkit dari segi fisiologinya tapi berjangkit dan memberi kesan pada orang sekeliling dari segi psikologinya..=p

kali ni punya cuti raya rasa macam lamanya..maksud aku persiapan utk raya tu..puas..sampai dah terlebih puas kot asyik nak mencari pasal dengan orang je...
kali ni punye cuti, aku juara dalam menyakitkan hati orang(family =( )...sorry semua..
dah memang aku macam ni...ambik masa sikit nak insaf tau..hakhak

oke..tragedi malam raya...
sedang asyik ready-ready nak berbuka sambil bercerita pasal lemang buatan keluarga bakal suami imam =P,
tiba-tiba.....pap! ( bukan ni sound effectnya oke), lampu padam...tapi...tv hidup lagi..rice cooker masih berkhidmat utk memasak nasi yang last minit dimasak tu...
masa berlalu, tv mati, rice cooker pun pengsan...
redha jela..berbuka dengan lemang dan rendang..

mak cakap, semua orang tengah sibuk memasak, elektrik x cukup..
oke..fine..lepas ni sebelum raya kene buat permohonan tambah bekalan elektrik supaya tak sambut malam raya dalam kegelapan..=_="

oke..malas nak cerita panjang..3 kali elektrik tu main cak-cak dengan kitorang...
nasibla abang aku ada..ada la cara dia...haha..
tup tap tup tap..
dengan struggle melawan nyamuk, menahan sabar dengan mercun-mercun, akhirnya kitorg se-family tertidur...parents aku je tidur kat bilik...kitorang ni, tidur terbongkang kat ruang tamu..anak-anak dara tidur depan pintu..bagusnye..haha

esok pagi @ pagi syawal..
bangun-bangun je tengok kipas berpusing...tv berbunyi dan bergambar..
elektrik dah ada! daripada cerita abang, elektrik ada dalam pukul 2 lebih macam tu...oww..aku tidur mati..=D

dan bermula lah episod menggosok baju, mandi, kemas rumah dan bla bla bla....

----tammat---

begitulah kisah tragik malam raya kami...
mak kata sebelum ni pun raya memang selalu elektrik x cukup macam tu..
ouh..yeke? oke, memori aku terganggu..hahaa



Selasa, 28 Ogos 2012

Eid..

assalamualaikum..

Selamat Hari Raya Aidilfitri..
aku..selaku manusia yang kerap + tetap mengketik keyboard dan menulis kat blog ni nak memintak maaf..
kalau2 sepanjang ketik2an aku, ada yang x elok, x best, xsedap...senang kata yang merobek hati dan perasaan korang.. mungkin ada n3 aku yang dah melecurkan hati korang..
aku mintak maaf..aku manusia biasa...



raya aku tahun ini ala kadar..
kurang feeling nak meriah sangat..

dan pertama la dalam sejarah masa kini hidup aku...
berat aku turun jadi 49kg! wow
amazing kan..

sakit membuatkan aku takda rasa nak makan pun..
before raya-> sakit gigi-muka bengkak-gusi bernanah-jangkitan gusi...
after raya-> cabut gigi-ulser kat tekak-demam-migrain sampai nak pecah kepala-tempat cabut gigi pun sakit sampai sekarang

dugaan betul..
nasihat aku kepada semua orang..
selalu la periksa tahap kesihatan..walaupun sihat, check2 la jugak..
mana tau ada sakit yang bersembunyi..tunggu kita main cakcak baru dia nak tunjuk belang..

Allah Maha Adil..Maha Mengetahui..
aku tahu akan ada hikmah sebalik semua ni..=')

Ahad, 29 Julai 2012

terrrrrrr ingin sangat benda ini

assalamualaikum..
salam ramadhan..

dikala aku mencari dan mengusha dompet2 cun online, aku terjumpa lomo..
aku betul2 teringinkan benda ni..ter sangat..



plis plis plis...
sapa-sapa, belikan aku ini satu buah..=))

Sabtu, 21 Julai 2012

selamat menjalani ibadah puasa..


tahun keempat aku puasa kat sini..
hope for the best..
semoga kita beroleh kemenangan d dunia dan akhirat..

Ahad, 17 Jun 2012

semalam yang telah pergi

assalamualaikum..

setelah kelam kabut dan segala macam yang macam-macam, akhirnya aku sampai dah tawau...ipg..asrama..
fuhh..nak sangat belaja jauh-jauh..padanlah muka aku..

hampir2lah tertinggal flight..rasa macam dan 3tahun x naik flight...xtau menahu aku semua kat airport dah..apesal aku ni..

semalam buat gathering..mengimarahkan rumah abah..best..bukan senang tu..semua ada..berkumpul..makan-makan..sembang-sembang..

semalam ada benda yang mengejutkan..
bertunang? ape? BERTUNANG??

tak..aku belum bertunang..cuma telah diberi cadangan + ugutan (haha) + paksaan untuk bertunang masa kak chik kawin nanti..gila?

memangla aku selalu main-main, bergurau cakap aku nak bertunang...gaya macam dah ready sangat je nak jadi tunangan orang, tapi hakikatnye, mane aku ready lagiiiiii... cis...ade ke patut aku diperlakukan sebegitu rupa.. ketaq lutut..

pening kepala aku..tapi xpe..selagi xde yang cuba timbulkan semula isu ni..aku boleh relax..haha...

mak ada kata, kalau lambat sangat, mak terima je sapa2 yang masuk meminang..(ade ke org lain nak meminang aku ni?) haha
aku cakap kat mak..."hee, xnak!!" haha..
"tapi klau orangnya macam ustaz don, tanye aku dulu nak ke x..hahahaha"
demand doh aku..

selamat hari abah..

assalamualaikum..

salam israk mikraj..
salam hari bapa..

selamat hari bapa kepada semua bapa yang ada...
dan kepada abah..Abdullah Sani B Sidek..
selamat hari bapa..
dugaan tu datang dan pergi abah..
sabar itu penting..
=')

Rabu, 23 Mei 2012

ermm...banyak sangat benda~

assalamualaikum..

oke..exam tinggal satu paper je lagi..boleh tarik nafas lega sikit..
boleh buang-buang sikit masa membebel-bebel kat sini..

aku ada banyak benda nak cakap..tapi mana nak mula..

oke..aku nak meluah pasal exam tadi..paper tadi ialah paper anatomi & fisiologi..
gila killer..tak sempat aku nak rasa mengantuk tadi..asyik kepala otak ni memikir n mengingat balik apa yang aku baca dalam masa lebih kurang satu hari je(ye, study satu hari je..^_^" )
aku tersangat menyesal, ye full of regret..bila soalan tu sebenarnya sangat senang..kenapa aku kata sangat senang, sebab sebelum exam tu jawapan semua dah ada depan mata..hint gila jelas, terang lagi bersuluh dah dibagi...BUTA jugak aku.. 
kalau boleh, aku nak cakap macam ni kat lect aku..
encik, sy mintak maaf banyak-banyak..
otak saya sangat lampi untuk menangkap hint2 yang encik bagi tu..
kalaulah saya study betul2 kat soalan yg d bagi sebelum exam tu n study btul-betul hint yang encik bagi tu, insyaAllah sy boleh jawab dengan senyum bahagia di bibir..
wuahahaa...
jangan nak berkalau-kalau sangat...padan muka aku..lain kali..alert sikit...
oke, tutup cerita tu...aku dah pun putus dengan anatomi n fisiologi..sungguh, dia buat kecewa separuh mati..
____________________________________________________________

akibat penat sangat aku mengisar otak pagi tadi, petang tadi aku tidur dengan nyaman dan serupa orang x sedar diri yang esok ada exam lagi..
aku tersedar pun bila aku dengar suara oppa kwangsoo menyanyi-nyanyi...
ahh, walaupun aku suka dia, tapi bila dengar suara dia nyanyi time aku tido cukup membuat mimpi lari jauh..
rupa-rupanya mak kol..
ayat mak yang paling best
"ko ni tido je, x belaja ke?"
oke, sekian..
^_^


Rabu, 16 Mei 2012

happy

Assalamualaikum..





untuk semua cecikgu yang mengajar sepanjang hidup aku ni..
cecikgu Tadika Kemas Sg Tengi,
Sk Sg Tengi,
Sra Sg Tengi,
Sk Kalumpang,
Sra Kalumpang,
Smk Kalumpang,
Smk Soeharto,
lecturer2 Felda English Learning Centre,
Ipg Kampus Tawau..
dan yang paling penting...
happy teachers day kepada emak..emak guru terbaik untuk aku..

jika anda seorang GURU, maka jadikanlah RASULULLAH s.a.w contoh terbaik yang mengajarkan ilmu secara hikmah..=)

Jumaat, 20 April 2012

assalamualaikum..

kalaulah dengan mengatakan "jangan salah faham dengan saya" dapat melembutkan hati orang untuk tak misunderstand dengan kita, alangkah bahagia hidup tanpa masalah..

tapi semua tu sangat x mungkin... entah..aku x tahu nak mula dari mana...

persepsi orang memang aku x dapat tepis..itu hak mereka..manusia yang punya akal, perasaan..
aku memang sangat panas baran..dulunya aku tak sesabar sekarang..
tapi sekarang aku cuba jugak kawal diri..
sebab mak pernah cakap, n ayat  mak tu serius buat aku sentap..makan dalam..=_="

mak kata, sikit-sikit nak marah, mengamuk, macamana nanti dengan orang lain..xde sape nanti nak berkawan dengan aku nanti..
lebih kurang macam tu ayat mak..masa tu zaman sekolah..memang aku ganas.. setiap sekolah yang aku pernah timba ilmu, mesti aku akan ade gaduh..=_=!!

aku pun rasa umur dah meningkat..x payah kot nak marah-marah tak tentu hala..
selagi aku mampu tahan, tanggung..aku akan diam..
marah pun bukan aku dapat apa yang baik..aku cuma dapat benci n rasa bersalah je..

kalau dah paling x tahan pun aku nangis..paling lega kalau dapat menangis lepas solat tu..atau masa sujud akhir..kalau kat rumah aku akan cerita dekat emak..

emak, memang kaunselor terbaik..
takda lagi manusia yang aku pernah jumpa yang dapat faham aku sebaik emak..
bila aku cerita masalah..mak jarang nak back up aku..selalunya mak salahkan aku balik..
tapi in a right way la..mak x terus serang aku, salahkan aku..
dengan ayat2 mak dah cukup buat aku rasa termotivasi..
selalu aku mengadu..kat mak..tapi jawapan mak yang aku boleh agak..
"ala, ntah-ntah ko yang........."
bila mak cakap macam tu, memang la sentap jugak..knp mak x sebelahkan anak mak, tapi lepas tu, bila muhasabah diri..betul jugak..selalu aku dulu punca masalah..

kalau akak aku pulak...
bila aku mengadu masalah...dia akan cakap..
"ko ni x matang betul"
memang xde sapa yang sudi back up aku..

dengan tu aku belajar ubah perangai..
aku bukan suka bergaduh...aku lebih ikutkan emosi sebenarnya...
bila aku dah reda, aku rasa bersalah..
that's me..

so, kalau aku menjauhkan dari sesiapa tu..bukan  apa..
aku cuba untuk kurangkan risiko aku termarah orang..

sangat tak seronok hidup dalam benci..hidup dalam musuh..
hidup dalam sengketa..
bagi aku, biarlah jauh, asalkan hati aku tetap n x berubah kepada marah..

Ahad, 1 April 2012

hye April! =)

assalamualaikum..

hari ni 1 april..hari lahir abah ke 56..happy birthday abah....=))) ^_^
abah..

Selasa, 6 Mac 2012

bukan

 mencari publisiti murahan?
maaf, itu bukan aku.

aku tak suka jadi perhatian.

Sabtu, 3 Mac 2012

salah

assalamualaikum..

semua manusia buat salah..
aku sendiri tak pernah terlepas dari buat salah..
sentiasa aku buat salah..
sentiasa aku buat orang susah..

oleh itu...
sentiasa juga aku nak orang yang boleh tegur aku...
nasihat aku..dengan cara yang sepatutnya..

aku baru je hadapi satu maslaah yang asalnya memang berpunca dari aku sendiri..
tak..aku tak boleh salahkan orang...
menuding kesalahan pada orang lain menunjukkan betapa besarnya salah kita sebenarnya..
aku cuba belajar untuk tanya diri aku dulu...
aku belajar untuk muhasabah diri dulu..
aku sangat sayangkan persahabatan yang dah terbina ni..
ye..mungkin mulanya, aku pelik..aku susah nak terima..
kenapa mereka macam ni?
kenapa dia tu macam tu?
dan bla bla bla..

tapi sekarang aku rasa dah sampai masa aku tengok diri aku dulu...
kadang-kadang aku leka...lupa..
lupa nak ingatkan diri untuk hargai apa yang aku ada..

Isnin, 13 Februari 2012

mak, i love you!

assalamualaikum....

dah lama aku tak menulis kat sini..
aku rasa tak da idea dah nak menulis merapu kat sini...
plus banyak kerja lain nak buat selain menulis merapu kat sini..

banyak sangat benda yang jadi sepanjang hampir 2 bulan semester mula..
ye..setiap sem aku akan kata 'sem ni mungkin bz sikit dr sem lain'
tapi hakikatnya, sama malah makin bz setiap sem..
dan kali ni bz tu selaras dengan bz nya duit aku keluar..
dalam masa x sampai 2 bulan, aku dah habiskan hampir RM2k ... 0_o
dasyatnye...banyak duit melayang kat tiket2 flight yg dbeli untuk sepanjang sem ni..
banyak lawatan...aktiviti..semua nak duit...stress memikirkan duit..
'takda duit masalah, ada duit lagi masalah'

apa pun aku dah cuba buat budget yang baik..agaknye..haha..
aku suka akaun, tapi aku gagal tiap kali mengurus akaun sendiri..=_='..sadis betul

budget lari..KLINIK..
satu tempat yang selalu buat budget aku lari...sebab aku x pernah masukkan klinik tu dalam list aku...
nampaknya lepas ni, klinik harus jadi nombor 1 dlm list..
aku mengalami masalah rahang dislocate..tapi sikit je..tak teruk..
mungkin sebab aku terlampau eksaited dan teruja masa tengok running man...gelak besar sangat..=O

ape pun, semua oke..setiap masalah tu mesti ada penyelesaian kan...
nasib baik mak tak marah bila kata duit dah hampir2 ke penghujung...hahaa
sayang mak sangat!!!

Ahad, 22 Januari 2012

masih ada yang sayang

assalamualaikum..

misi aku nampaknya macam berjaya..
memang perit nak jayakan misi ni..
walaupun pada mulanya aku tak rasa sedih..tak menangis..
tapi, bila orang mula bertanya, 'kau oke?' 'betul ke?' 'kenapa boleh jadi camtu?'
dan bila orang2 kesayangan mula tanya n ambil berat..
'takpe, blaja dulu elokelok' 'ada hikmah' 'sabar'..
aku mula goyah..airmata meminta untuk keluar..
tak mampu lagi..aku tak kuat..
akhirnya terpaksa juga aku keluarkan manikmanik jernih..
tempat paling sesuai...toilet..takda siapa nampak..=_="
semahunya aku menangis..
biarlah mata bengkak, biar hidung tersumbat...
asalkan bengkak luka di hati dapat disurutkan..
asalkan masalahmasalah yang menyumbat hati dapat dibuang..
solat..aku menangis lagi...
mengaji..aku sebak..
aku menangis bukan sebab dia..bukan..aku redha..
tapi aku menangis sebab masih ada yang sayang aku..
walau macamana perangai aku..
mak..abah..adikberadik..
sangat sedih bila akak aku call n loudspeaker..
masingmasing tanya, 'betol ke?' 
apa patut aku jawab..aku takda jawapan..
care nya mereka pada aku..aku yang selalu bagi masalah pada mereka..
bila adik aku pula chat..'kakakku sayang, janganla bersedih'
mak pula call..'sabar, ada hikmah'
semua nak tahu, apa punca?
aku pun tak tahu, salah aku? salah dia?
apa pun..aku yakin dengan misi aku kali ni...
aku berharap aku dapat jayakan misi ni...
'KALAU ADA JODOH, MESTI TAKKAN KEMANA'
terima kasih Allah..
kerana sifat Rahman dan Rahim Mu...



Jumaat, 20 Januari 2012

misi

bismillahirrahmanirrahim...

aku ada 1 misi...
penting...
insyaAllah...
semoga Allah bantu aku untuk jayakan misi ni...
tapi kalau x berjaya, aku yakin hikmahnya..
tolong doakan misi aku ini berjaya...
insyaAllah... 

Ahad, 8 Januari 2012

2012..suatu lembaran baru

assalamualaikum..

ini post pertama aku untuk tahun 2012..
sebenarnya ade dah aku taip beberapa hari lepas tapi aku simpan dulu..haha

rasanya x terlambat lagi untuk aku set azam baru dan bercita2 untuk teruskan azam tahun lepas yang tak tercapai..
apa azam korang?

kita berazam...
kita bercita2..
semua bergantung pada Dia...
kita berusaha..
kita berdoa..
insyaAllah..azam kita akan tercapai..

TTC JOURNEY~1ST APPOINTMENT LPPKN KL + HSG KPJ Klang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Si Cantik Si Kacak.. Ok. Lama nak share sebenarnya pasal appointment LPPKN tapi asyik lupa. 😂😂 Sa...