Taman hati yang dulunya berseri dikelilingi bunga mewangi, kini semakin kering, semakin layu, semakin mati... tiada gunanya mentari bersinar jika duri berhutan, tiada gunanya air mengalir jika rumput mengemis.. dan apabila bah melanda, rosaklah segalanya... Namun mungkinkah pelangi berseri di sebalik gunung yang sunyi??

Rabu, 24 Ogos 2011

unstable

dah seminggu aku dilanda stress terlampau...
ehh..bukan seminggu...
since kejadian terlewat ke kuliah hari tu...
ye...siyes aku rasa tertekan..
xtau kenapa...

punya la aku stress sampai ada masa aku xleh dengar sesetengah orang tu keluarkan suara...
benci teramat...padahal dia x da buat masalah pun dengan aku..
mental emosi tengah x stabil sangat..
aku sedar apa aku buat...aku senang-senang je tunjuk kalau aku emo..
tapi nak buat camne..
xleh kawal..=_="

sorry semua orang disekeliling yang dah terkena bahana kestressan aku ni...
aku rasa ni x lama...
aku akan oke..
insyaAllah..

-agakagak kalau x tahan kena ngan aku...dok jauhjauh dari aku oke-


semalam yang telah lalu..

assalamualaikum..


salam 24 Ramadhan...

sedar x sedar...
cepat kot masa berlalu..
dah hari ke 24 kita berpuasa...

semalam..ade program iftar jamaie dan majlis khatam Al-Quran peringkat Ipg Tawau..
makan sodap..haha
ado kambing..
boleh dikatakan kebanyakkan kerja2 memotong n memasak dah dibuat oleh staf n pensyarah..
jadi, kitorg dtg cuma memeriahkan saje...hahaha[banyakla memeriahkan]



Sabtu, 20 Ogos 2011

terima ujian dari Allah dengan tenang dan redha...

assalamualaikum..

oke...
ini cuma entry pendek...bebelan pendek sebelum tido lepas sahur..(x baikpunya perangai..haha)

x banyak benda yang kau nak bebelkan...
cuma..
yakin dan percayalah setiap ujian dan nikmat yang Allah bagi ada hikmah yang tersembunyi...
kenapa perlu menyelahkan takdir...semua ni kan aturan Allah...
jodoh pertemuan ajal maut...Allah dah tentukan..

aku ada sorang kawan yang aku rasa x dapat terima hakikat pemergian sorang kawan kami...
ye..mungkin itu susah untuk dia terima...
sebab dorang kemalangan bersama n kawan kitorg tu meninggal depan dia..

tapi..
janganlah asyik nak salahkan diri..
macam xda pegangan pulak...
ingat..Allah dah aturkan semua ni..

Allah lebih sayangkan dia..

Isnin, 15 Ogos 2011

wordless everyday kalau macam ni


hasilnya..
bila  dia dia dia asyik2 buat manusia lain stress..

semoga ini isnin yang penuh keberkatan...

assalamualaikum..


15 Ramadhan...
hari xda aktiviti singgah sahur kat bilik kawan..haha
sahur d bilik sendiri...
masing-masing kepenatan lepas outing dan balik malam tadi..

jadi aku singgah sahur kat blog hijau ni saja..

hari ni isnin...
hari ni ada sejarah..
minggu lepas..
kejadian yang buat aku stress seminggu..
yang akhirnya aku lepaskan samasama dengan airmata yang mengalir..

hari ni...
aku harap...kejadian tu x berulang lagi..
ye..aku cuba..
aku cuba x nak datang lewat kuliah lagi...
=_="

Sabtu, 13 Ogos 2011

dia datang....



tadi dia datang...

dengan langkah yang selamba masuk dalam bilik aku...

bergaya macam bilik ni dia yang punya..

mujur aku perasaan..

aku pun dengan emonya menjerit perlahan...

"amboi...suka hati kau je masuk ea!"

"ni aku geram nih!"

dia pun lalu terkejut dan cepat2 keluar dari bilik bila nampak aku bangun dari kerusi menuju ke arah dia..

sampai kat luar, aku pun bertentang mata dengan dia..

dia pandang aku dengan pandangan mintak simpati..

aku pandang dia dengan pandangan geram..

"kau ingat comel la buat muka gtu??"

aku marah dia..

geram betol..buat2 muka seposen pulak..

"meoww.."

tu saja yang terkeluar dari mulut dia..

lepas tu dia terus pergi dengan sedih..



ahh...bukan niat di hati nak memarahi..
^_^
maafkan aku ye 360...






taraa...

assalamualaikum..

blog aku dah bertukar kaler..
sesumpah betol..hahaa

kalau korang x suka kaler ni..
pelisss laaa..
suka untuk aku..

Rabu, 10 Ogos 2011

tiada yang sempurna..

ada seseorang meluahkan isi hatinya begini...

************************
saya manusia biasa...
ada perkara yang saya boleh terima..
ada perkara yang saya tidak boleh terima..
saya tidak pernah mengharapkan akan hadir seorang lelaki yang betul betul sempurna untuk jadikan saya isterinya..
tapi cukuplah seorang lelaki yang boleh menjadi imam, pemimpin kepada keluarga yang akan kami bina..
andai dia gagal dan dia meminta saya untuk terima dia seadanya,
apa lagi jawapan yang mampu saya berikan selain...saya hanya manusia biasa...ada perkara yang boleh saya terima..dan ada perkara yang saya tidak boleh terima..
*********************************************************

so..
what say you?

maaf

A : kau ni memang x guna  la!
B : sampainya hati kau..
A : eh2, aku mintak maaf..aku x sengaja nak cakap macam tu..
B : .................................
A : maafkanla aku..nabi pun maafkan umatnya tau..

=_="

assalamualaikum..

maafkan orang lain..
siapalah kita untuk tidak memaafkan orang lain sedangkan nabi pun ampunkan umatnya..

ye..aku setuju...
tapi..jangan itu dijadikan kelebihan untuk anda sentiasa menyakitkan, melukakan hati dan perasaan orang lain..

Selasa, 9 Ogos 2011

entah..aku bosan + xde mood

assalamualaikum..

untuk tempoh beberapa jengkal hari ni..
orang orang sekeliling memang x dapat nak paham ape yang aku cakap...
ulser kat mulut telah mengganggu gugat kegembiraan aku untuk berkomunikasi..
lama dah ni..bahaya..bahaya...
nanti nanti la g klinik...
kalau rajin..^^

sebab ulser yang makin hari makin sakit ni..
aku jadi makin malas nak siapkan keja..
hilang mood aku..

so, aku nak cari mood...
aku login fb..
aku usha group Persatuan Single2 Sedunia...
bila aku masuk group tu pun aku x tau..hahaa
macam2 la dorang ni post..
x kisah la..hak dorang nak suarakan isi hati..

cuma satu benda yang aku rasa menarik untuk share...
lelaki akan pertikai apa2 sahaja mengenai perempuan..
n perempuan pun akan pertikai apa sahaja pasal lelaki..
 [almaklumla..bila da putus dgn kapel masing2 mula la ngutuk bagai nak rak..kaum dia saja yang betul...pastu nanti bila dah kapel lagi, heaven pulak dia dengan kaum lagi satu tu]
lelaki useless...perempuan suka cari bf yg kaya, hensem bergaya..n bla bla bla

oke..tu je...yang selebihnya..pandai2la kita pikir..
manusia ada masa pasang surutnya..
hatinya berbolak-balik..

ada masa dia nampak yang indah..
kejap lagi dia nampak indah berubah jadi huduh..
biasa...biasa...

Isnin, 8 Ogos 2011

1 pada orang, 3 pada kita..

assalamualaikum..

dulu...masa zaman2 muda..
aku selalu ngadu kat mak apa2 jadi yang menseteres kan aku..
ye..dengan emo sekali aku ngadu..
sampai kadang2 aku sendiri frust sebab respon mak x sehebat emosi aku masa menyampaikan isi hati aku..

tapi akhirnya, mak selalu kata..
kita cakap pasal orang sebenarnya kita lebih bercakap pasal diri kita sendiri..
maknanya, kita memburukkan orang sebenarnya kita tengah memburukkan diri kita sendiri..

cuba korang tunjukkan jari telunjuk ke depan..

satu kita tuju pada orang..
tiga balik pada kita..

ni bukan kes tuju tuju lagu tau..haha

sepanjang menempuh macam2 hal kat sini..
aku dapat buat satu kesimpulan..
bila kita menyatakan sesuatu pada orang lain, means kita jugak kena terima bila orang menyatakan benda yang sama pada kita...

x paham?

xpe..
aku x sempurna..
kau pun x sempurna..
ada kala aku x paham kau..
ada kala kau x kan dapat paham aku..
aku terima itu..

bad day~ please go far away from me tomorrow...

assalamualaikum..

pernah rasa macam nak bagitau satu dunia yang kau tengah seteressss??
pernah x kau rasa macam kau nak cerita kat sang Pencipta semua yang berlaku sampai nangis-nangis?
pernah kau rasa...erghh..bodoh dan bangangnya aku hari ni....


aku hari ni rasa sangat bodoh..
owh..andai boleh waktu diputar...
dan andai aku mampu buat apa yang sepatutnya...

arghhhh!!!!!!!!!!!!!!
aku seteresss!!!!!!!!!!!

sekian

Ahad, 7 Ogos 2011

semakin kau kejar..semakin ia lari...


dia berpesan,
jangan kau kejar cinta,
tapi kenapa?
cinta itu umpama rama-rama..
cantik untuk kau lihat sukar untuk kau dapat..
semakin kau cuba mengejar, semakin jauh rama-rama itu terbang...
namun, bila kau bersabar, rama-rama itu sendiri akan datang membuat kau tersenyum..

macamana kalau ia hilang?


ye..mungkin rama-rama itu akan terbang jauh..
tapi ingat, rama-rama terbang atas aturan Allah..
kemana dia hinggap atas kehendak Allah..
dan kalau kau lah yang akan menjadi tempat hinggapannya,
bersyukur dan jagalah dia sebaiknya..

betapa aku cuba mengelak dari menyiapkan kerja..

assalamualaikum..


assignment memang dah bertambah-tambah...
baru terhantar satu..
beratur lagi keja yang lain...
sekarang tengah sibuk siapkan kerja literasi bahasa..
buat puppet...[puppet aku x rupe puppet sangat lah kan]

untuk mengelakkan aku keboringan..
aku curik-curik secara terang-terangan berjalan2 ke blog2 orang..
aku pegi usha blog ayeem ayam [sempena anniversary blog dia]
aku usha blog mummy yg cerita pasal pengalaman dia melahirkan 1st baby dia...[ uiii takot]
aku usha blog cute pinkpink...[memang dasat comel]
aku terjah blog comel abu yang ade citer kartun sedih..[siyes sedih]
aku intai laptopez12..[xde entry baru..jadi aku pun berlalu pergi..haha]
dan yang paling x boleh bla...
aku p baca gosip2 artis n story-story baru pasal artis kat billy info..
betapa aku leka sampai aku lupa nak singgah blog penuh inspirasi yang selalu aku terjah ni..
ade jugak aku usha2 blog jiran se aras..cik eyqa..


nampak sangat kan yang aku memang sengaja xnak siapkan kerja..
pastu nanti bising kerja x siap...
hahhahahaaa...
sempat lagi aku ber DJJ tgh mlm tadi..

ape pun...puppet dah nak siap..
tinggal letak mata je..aku x pandai..
huhuhuuuu

Khamis, 4 Ogos 2011

cinta antara dua darjat?

assalamualaikum..

hari ni aku dikejutkan dengan satu statement atau luahan yang bikin aku taceng n sentap..
arghh...why this should happen to me...

aku tanya pendapat korang...
perlu ke kita tengok sangat taraf2 semua ni?

‎"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


aku tau ni tapi...




mak dia cakap dia x layak dgn aku...
sbb aku nnt ade ijazah..dia xde..
kenapa pn..
kebahagiaan bukan letak pada ijazah..


tragis x..haha
terus lapar aku dgr statement tu..

Isnin, 1 Ogos 2011

mana satu pilihan hati...[just sharing..jangan marah...]

assalamualaikum..

aku dapat dari group remaja masjid..
nama sender tu miss potato..
kalau korang ingat lagi, aku penah share satu artikel best dari miss potato ni jugak..
saudari, sorry sy share smpai ke sini cerita awak..tapi cerita awak sangat2 menyentuh hati n perasaan..

***************************************************************************

Saya bertanya kepada emak, "mak mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?"
Mak jawab, "dua-dua bukan.."
Saya tercengang. Mak mengukir senyuman.

"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." saya menarik nafas dalam-dalam.
"Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.
Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.

"Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.
"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.." mak menyusun ayat-ayatnya.
"Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu.."

Saya memintas, "Tak faham.."
Mak menyambung, "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.."
Mak menyambung lagi, "Begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."
Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini..
Mak menyambung, "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi. Persoalannya ialah.. siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika.

Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.
"Mak dulu masa muda ada secret admire. Rajin betul dia hantar surat. Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal. Mak nak belajar sungguh-sungguh. Lama budak tu tunggu mak. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu," Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..
"Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak.
Emak ketawa kecil.

"Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain. Mak, seperti kakak.." Mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.
"Dulu bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji. Sebab zaman tu hujung 70-an dan awal 80-an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya. Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.." emak melemparkan pandangan ke lantai.

"Selepas itu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak.
Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.
"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak.
Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya.

Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.
"Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni. Tetapi kita kena ingat. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai. Bercouple mungkin. Tetapi bukan berkahwin. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."

Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak.
Emak meneruskan, "Allah itu Maha Adil. Dia tak pernah menzalimi hamba-Nya. Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hamba-Nya ialah diri hamba tu sendiri. Sebabnya hamba itu degil. Dia mahukan yang bukan haknya dan yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.
Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan.
Cuba renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya," emak berhenti seketika.

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.
"Jadi di sini mak nak kamu faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia.
Kita beritahu pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak ayah adalah kerana mencintai Allah. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beritahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata."
"Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. Hanya Allah yang boleh memegangnya. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta.
Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah. Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya, rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti."
"Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kamu, terimalah dengan hati yang redha. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kamu sayang, tak jadi hal lah. Tapi kalau dapat yang kamu tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kamu ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kamu sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kamu sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kamu..

Alangkah bertuahnya kamu kalau kamu mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur," sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.
Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. "Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara," emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya...




owhhh..aku begitu tersentuh..
macamana korang?
four things come not back. the spoken word, the sped arrow, the past life, and the neglected opportunity.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Counters