Sabtu, 22 Disember 2018

TTC JOURNEY - part 2 (Dr Hamid Arshat @ TDMC)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Si Cantik Si Kacak..

....sambung dari part 1. over nau ada part2 bagai. 😂

Ok, selesai appt dgn Dr Hamid, sehari aku tak keruan mengenang kan aku RU. Makan tak lalu, asyik terfikir, sampai aku terpaksa buat kerja untuk sekolah punyalah nak hilangkan dari fikir benda tu je.

so, aku pun rajin2 kan tangan google pasal RU & laparoskopi dan tanya kat group actively trying kat babycenter. aku pun tanya kawan2 jugak.
ada yang kata, bagus buat laps, ada yg berjaya conceive lepas buat laps. ada yg share pengalaman dia buat laps. so, hasil pencarian aku, aku terjumpa satu poast dr seorang Dr di fb. beliau mengalu2kan kalau ada sesiapa yg nak bertanya boleh pm je. aku pun apa lagi. aku pm beliau pasal masalah aku.
dan Dr tu bg pendapat, dia kata bg pendapat dia x perlu laparoskopi. sebab RU ni sbnrnya normal jugak, x bahaya, boleh pregnant. dia sarankan buang sisa darah haid tu je. sebab itu yg menyebabkan susah nak pregnant (Dr Hamid pun bagitau ni jugak).

so, aku decide aku taknak buat laps. taknakkkk. TVS pun rasa trauma n nak nangis, apatah lagi laps. dahlah tak pernah ada pengalaman warded, kene tebuk pulak perut, kena bius pulak satu badan. huhu takmauuuuuu. takpelah, senggugut sebulan sekali tu aku sanggup. buat masa sekarang la. haha

taaaapi, kalau betul2 ada masalah lain contoh ada cyst ke, fibroid ke yg memang prlu laps, buatlah. jangan degil pulak. sebab itu bahaya. apa2 pun, consult doktor. tanya lah dengan orang lebih pakar dalam hal ni. 😊

sekarang tinggal suami aku kena buat semen analysis (ujian air mani). kebanyakkan klinik yang buat ujian ni boleh keluarkan result dalam 3 hari bekerja. so, bak kata staff Dr Hamid, better buat kat lab. sebab kita sedia maklumkan sperma tak bertahan lama kalau kat luar, kalau result yang 2 3 hari tu, maknanya dorang hantar sperm ke lab lain utk uji. takut dah effect sperm count dan kurg tepat la result.

so, staff cadangkan buat di Glenmarie Shah Alam. so aku dah tanya, kos utk SA RM60, boleh walk in shj tapi sebelum 9.30 pagi. dan tak boleh bersama @ keluarkan air mani 3-5 hari sebelum ujian tu. dan keputusan dapat pada hari yang sama. ni berdasarkan apa maklumat yg aku dapat lah, belum pergi lagi hehe

*******************

Memandangkan keadaan ekonomi merisaukan 😂 aku decide nak jugak buat appt dgn LPPKN. yang semestinya jauh lebih murah. soooo, 1st appt di LPPKN ialah pada 25/3/2019. biarlah lambat, asal jimat hahahaa kalau ada lebih memang nak jumpa Dr Hamid lagi. in sha Allah

**post2 di blog aku adalah berdasarkan pengalaman aku, lain orang lain masalah lain cara penyelesaian. better consult your doctor. 😊

4 ulasan:

  1. Salam sis.
    boleh tau perkembangan perjalanan TTC sis?
    sis appoinment di LPPKN mana ya? lama juga tgu 3 bln kan..
    Sy baru nak try dgn LPPKN..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam..sorry tak perasan.. sy dah lepas 2nd appointment dgn lppkn..sy buat di lppkn KL.. skrg doc sruh kami eat healthy, sy kna tambah berat n husband kna turunkn berat..

      Padam
  2. Hai sis.
    sy pun baru lepas 1st appoinment kat LPPKN KL 23/7 lepas. so far result semen suami okay, sy x dpt amik darah lg sbb belum period, so tgu bulan 8 ni. sis dpt dgn doctor mana eh? sy dapat dr komathy.

    BalasPadam
  3. salam sis.. boleh share contact number LPPKN

    BalasPadam

TTC JOURNEY~1ST APPOINTMENT LPPKN KL + HSG KPJ Klang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Si Cantik Si Kacak.. Ok. Lama nak share sebenarnya pasal appointment LPPKN tapi asyik lupa. 😂😂 Sa...