Taman hati yang dulunya berseri dikelilingi bunga mewangi, kini semakin kering, semakin layu, semakin mati... tiada gunanya mentari bersinar jika duri berhutan, tiada gunanya air mengalir jika rumput mengemis.. dan apabila bah melanda, rosaklah segalanya... Namun mungkinkah pelangi berseri di sebalik gunung yang sunyi??

Sabtu, 18 Mei 2013

apelah pun

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Si Cantik Si Kacak..

sekali lagi aku mengada macam exam dah selesai semuanya.

siryes. laama betul jarak sampai rasa exam takda dah.

oke. sejak dua tiga menjak ni
aku selalu terjumpa benda manis. best.

mengusha newlywed. yang kebanyakkan ada cerita manis.
mengusha junior aku yang otw naik everest. jeles.
mengusha baju raya. eh. ni tak manis. haha

dan sebagai langkah berjaga-jaga.
ye berjaga-jaga agar tak terlampau sakit hati jeles. haha
aku tunggu sepuluh kali baru aku akan mengusha.

ye. sepuluh kali orang cerita kat aku. baru aku g tengok.
sepuluh kali muncul depan aku, baru aku klik.

didik hati supaya sabar dulu. lol

sama macam buat revision. sepuluh kali stress sebab tengok orang study baru aku study. haha
ye. itu aku.


Ahad, 5 Mei 2013

abcde....election

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Si Cantik Si Kacak..

aku tidak mengundi hari ini. harap maklum. haha
sebab tak berdaftar dan tak juga didaftarkan oleh orang-orang yang merasa ada penting.

hari ni. mood dia lain.
dari semalam. ye. semalam.
aku tak boleh tidur.
memikirkan apa ntah.

dan tak pernah seumur hidup aku bercerita bersembang dengan akak aku until midnight.
berwechat pasal negara. haha
sangat sangatlah bukan aku.

tapi ye.
aku dah besar.
nak dibandingkan dengan 5 tahun dulu.
waktu aku baru nampak apa tu election day.

sekarang. aku boleh fikir.

ahh. lupakan semua tu.

silap aku mungkin. tak berjuang hari ni memilih pemimpin.
tapi aku kirimkan doa.
untuk negara tercinta.
walau siapa pun yang pegang tampuk pemerintahan,
semoga Malaysia sentiasa aman damai.
hidup dalam fikrah sebenar.



sekian sahaja. haha. hari ni aku akan melayan kelembutan jari jemari yiruma bermain piano. untuk menyokong perasaan hati yang melankolik.



four things come not back. the spoken word, the sped arrow, the past life, and the neglected opportunity.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Counters