Taman hati yang dulunya berseri dikelilingi bunga mewangi, kini semakin kering, semakin layu, semakin mati... tiada gunanya mentari bersinar jika duri berhutan, tiada gunanya air mengalir jika rumput mengemis.. dan apabila bah melanda, rosaklah segalanya... Namun mungkinkah pelangi berseri di sebalik gunung yang sunyi??

Ahad, 12 Oktober 2014

ATTITUDE VS EMOTION

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Si Cantik Si Kacak..


attitude : sikap
emotion : emosi
attitude : fizikal
emotion : mental

dalam pada runsing masalah salah faham yang dah kerap kali jadi ni
aku terfikir tentang beza cara melayan dikap dan emosi.
alkisahnya sebab dapat whatsapp lepas aku buat sesuatu yang berlanjutan daripada emosi aku yang celaru sekarang ni

yang aku nak sampaikan ialah,
orang lain boleh kawal, boleh pengaruh attitude kita
tapi bukan emosi kita.

orang lain boleh menegur bila kita bersikap takbaik
tapi orang lain tak boleh nak adjust emosi kita

kenapa aku cakap macam tu.

hanya kau tahu emosi kau sedang macamana.
hanya kau tahu apa lanjutan emosi kau kalau kau terus beremosi macam tu

dan untuk aku yang tahu perihal emosi aku yang tak stabil ni
aku bertindak
tindakan aku memang kadang-kadang macam tak patut
tapi itu lebih baik
sebab aku tahu
kalau aku terus biar
emosi yang lebih teruk akan keluar

dan yang paling selalu aku buat adalah
pegi dari orang yang buat aku tambah emosi
pegi dari tempat yang akan tambah hangat emosi aku
atau kalau takboleh pegi, tutupmulut, tutupmata dan tutuptelinga.

aku tak harap orang sekeliling untuk memahami aku.
im not begging you for that
aku cuma harap orang tak payah ambil kisah bila aku cipta tembok atau aku masuk dalam gua aku
aku cuma nak jarak dan waktu
untuk berfikir apa yang lebih waras dan wajar
and because i love all people around me, aku taknak sakiti korang dalam keadaan aku sedar.

sekian.

Ahad, 21 September 2014

kita cuba lah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Si Cantik Si Kacak..

after longgg hiatus now aku intai sekejap sini
tadi masa buat rutin sebelum tidur (cuci muka berus gigi n bla bla) aku terfikir benda ni lah

so, mari aku ringkaskan seringkas karangan pendek zaman sekolah-sekolah.

korang mesti pernah lalui waktu yang korang rasa macam jari jemari terutamanya yang manis tu rasa macam gatal nak bercincin. lepas tu terasa rasa kat tekak nak makan nasi minyak kenduri sendiri. teringin nak jumpa makcik pakcik kawan sedara mara semua untuk bagi kad jemputan kahwin SENDIRI. hahha

jangan kata tak pernah. konfem kau tak normal.

aku pernah dan mungkin sedang tapi tengah cuba elak.
faham tak?

aku pernah dan selalu post benda2 yang macam meminta simpati dan empati untuk orang fefeeling suka kat aku,
post something yang berkaitan jodoh la, kahwin la dan bla bla.
secara jujur, aku tak rasa malu ke apa sampailahhhhh bila aku jumpa kawankawan sekolah dulu yang masing nak kahwin, ada yang bertunang, ada yang dah kahwin.

aku dok ingat ingat, dok bayang2 facebook dorang. eh, takdelah pulak dorang post dorang nak kahwin ke, post benda2 like 'terhegeh2' minta disuka, and so on.
facebook dorang suci murni daripada post2 berunsur 'taksabarnakkahwin'

dan aku pun mereflek diri, aku dok post2 gitu, apa ingat jodoh tu boleh datang segedebuk depan mata? apa la pandangan orang kat aku? pandangan kawan2 kat aku? family aku baca? macamana Allah nak bagi jodoh kalau gitu cara mintaknya?

lepas tu, aku pun cerita kat kawan aku tentang betapa aku sedar yang aku tak patut post2 macam tu. aku juga patut suci murnikan facebook daripada anasir2 'taksabarnakkahwin' tu.

dan guess what. aku rasa lebih tenang aman damai dan sentosa.
mungkin macam tulah perasaan bila org berhijrah dr tak menutup aurat kepada menutup aurat.
bukan lah aku terus rasa baik. takk. cuma aku sedang baiki diri. tak payah 'terhegeh2' macam tu.

umur baru berapa. belajar pun tak habis lagi. duit pun hujung sem mintak family bagi.

aku menulis ni bukan niat nak tunjuk ooo aku berubahhh~
tak pun. cuma nanti bila satu hari aku baca balik tulisan aku ni, aku ingat dan beringat.
almaklumlah, nak berubah bukan sekarang cakap sesaat lagi boleh berubah. ambik masa.

sekarang pun tak la aku berjaya sepenuhnya. cuma tengah cuba. nak post apa2, nak tulis apa2, nak share apa2, aku fikir dulu.

aku adalah orang yang kadang2 sangat memikirkan pandangan manusia. sebab aku sejenis manusia yang terlalu taknak meningkatkan motivasi bila dikelilingi manusia lain. aku mudah down. pandai terasa sendiri. bila dah terasa sendiri jadi stress.lepas tu mula lah lain macam. maka sebab tu kalau boleh aku malas nak post apa2 yang boleh timbulkan isu, sebab bila aku down, aku tak dapat agak reaksi apa aku tunjukkan.

oke. sekian karangan pendek zaman sekolah sekolah.
apa yang aku sampaikan kat sini ialah meminta tu tak salah tapi cara kena betul. nak mintak jodoh, berdoa n berusaha, bukan dengan cara meng'expose diri kat laman sosial macam dah takk sabar sangat nak kahwin. ingat zue, ingat!


four things come not back. the spoken word, the sped arrow, the past life, and the neglected opportunity.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Counters