Taman hati yang dulunya berseri dikelilingi bunga mewangi, kini semakin kering, semakin layu, semakin mati... tiada gunanya mentari bersinar jika duri berhutan, tiada gunanya air mengalir jika rumput mengemis.. dan apabila bah melanda, rosaklah segalanya... Namun mungkinkah pelangi berseri di sebalik gunung yang sunyi??

Ahad, 12 Oktober 2014

ATTITUDE VS EMOTION

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Si Cantik Si Kacak..


attitude : sikap
emotion : emosi
attitude : fizikal
emotion : mental

dalam pada runsing masalah salah faham yang dah kerap kali jadi ni
aku terfikir tentang beza cara melayan dikap dan emosi.
alkisahnya sebab dapat whatsapp lepas aku buat sesuatu yang berlanjutan daripada emosi aku yang celaru sekarang ni

yang aku nak sampaikan ialah,
orang lain boleh kawal, boleh pengaruh attitude kita
tapi bukan emosi kita.

orang lain boleh menegur bila kita bersikap takbaik
tapi orang lain tak boleh nak adjust emosi kita

kenapa aku cakap macam tu.

hanya kau tahu emosi kau sedang macamana.
hanya kau tahu apa lanjutan emosi kau kalau kau terus beremosi macam tu

dan untuk aku yang tahu perihal emosi aku yang tak stabil ni
aku bertindak
tindakan aku memang kadang-kadang macam tak patut
tapi itu lebih baik
sebab aku tahu
kalau aku terus biar
emosi yang lebih teruk akan keluar

dan yang paling selalu aku buat adalah
pegi dari orang yang buat aku tambah emosi
pegi dari tempat yang akan tambah hangat emosi aku
atau kalau takboleh pegi, tutupmulut, tutupmata dan tutuptelinga.

aku tak harap orang sekeliling untuk memahami aku.
im not begging you for that
aku cuma harap orang tak payah ambil kisah bila aku cipta tembok atau aku masuk dalam gua aku
aku cuma nak jarak dan waktu
untuk berfikir apa yang lebih waras dan wajar
and because i love all people around me, aku taknak sakiti korang dalam keadaan aku sedar.

sekian.
four things come not back. the spoken word, the sped arrow, the past life, and the neglected opportunity.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Counters