Rabu, 17 Julai 2019

TTC JOURNEY~1ST APPOINTMENT LPPKN KL + HSG KPJ Klang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Si Cantik Si Kacak..

Ok.
Lama nak share sebenarnya pasal appointment LPPKN tapi asyik lupa. 😂😂

Sampai tarikh temujanji, kami pun tanpa lengahkan masa pepagian lagi dah pergi LPPKN.
Alhamdulillah dapat tarikh masa cuti sekolah (kami PJJ)
sehari sebelum appt dah check in kat Silka May Tower Hotel.
jadi pagi tu kami terus ke bangunan LPPKN dan parking kat parking Hotel Summit (kalau x silaplahh)
Masuk lobi-daftar nama-tinggalkan lesen-dapat kad pelawat-naik lift tingkat 5@ 6 (x ingat haha)

Sampai kat atas-daftar-bagi ic suami isteri-few question

suami : buat semen analysis (SA) (sperm test) kat tingkat atas. suami bagitau, kat atas ada bilik2 untuk suami keluarkan sperm. (macam hotel katanyaa 😂)
isteri : ada kena interview dengan nurse ( tanya pasal period, kesihatan, yang biasa2 je) & pap smear (buat sendiri)

husband siap buat sperm test, kena interview pulak. lepas tu kami buat ujian penyakit kelamin.

Bila result SA dah keluar, nurse panggil kami. so, that time husband punya sperm agak low.
JAdi husband kena repeat SA lepas puasa.

Aku pula, nurse suruh buat 2 blood test utk hormon n hsg dalam 1 cycle yang sama kat luar. (ok yang ni rasanya sebab aku kat Sabah, so nurse suruh aku buat sendiri cari lab atau klinik so tak payah pergi LPPKN untuk buat test blood) Kebanyakkan pengalaman yang aku baca dorang buat blood test hormon kat LPPKN.

Total 1st appointment RM121.00 
Registration RM 40
SA                 RM 25
STD              RM28 x 2orang 


*blood test untuk hormon aku buat kat pathlab Sandakan 
* hsg buat kat KPJ Klang RM400+ 😓  (sesambil balik rindu suami kahkah)


terpaksa buat dekat kpj klang sebab tempat lain yang murah full masa tarikh yang aku patut buat hsg. Daya Xray ada kosong tapi nak elak lelaki hehee
seingat aku masa buat survey harga,
Daya Xray RM200++
KPJ Damansara x ingat tapi murah juga
KPJ Tawakal RM 270
yang lain x ingat sebab mahal  😃
kalau nak lebih tepat, korang boleh call je mana-mana hospital yang berkenan.

pengalaman buat HSG pulak. hmm
ini apa yang aku rasa ok. Sakit atau tak tu bergantung individu.
Disebabkan aku dah pernah trauma dengan TVS (transvaginalscan), jadi aku rasa HSG ni sama je azabnya nak tunggu prosedur mula. gigil lutut jangan cakap lah.
Mula-mula nurse cakap, doc perempuan tak ada ya, so aku pun pasrah, ok la.
Sekali dah masuk dalam bilik xray tu,dah siap tukar baju, nurse bagitau Dr Anisha yang akan buat. Alhamdulillah

pasal prosedur hsg, korang boleh baca sini http://www.myhealth.gov.my/histerosalpingografi-hsg/

bagi aku yang sakit@tak selesa @ senak ialah :
1: position.    sebab kena baring dihujung katil, kaki memang rapat ke punggung, macam orang nak bersalin tu kot. aku dahlah memang kaki sakit, sengsara juga nak kekal dalam posture tu. sampai aku geram aku pegang dengan tangan, nurse pun tolong tahan 😅
2: masa nak masukkan mulut itik tu.    bukan sakit, tapi senak, terkejut. tanjat gegel. hahaa
3: masa nak cabut alat2 rasa senak terkejut

lepastu bila doc nak masukkan dye tu, tak rasa pun, doc suruh mengereng, rasa ok je. paling-paling pun rasa tak selesa sebab ada benda kat vagina kau kan. memanglah tak selesa. dan masa doc masukkan dye tu kena tolak badan ke atas(dgn bantuan nurse juga)
bila doc kata "ok, saya nak cabut ya" aku pun tanya "eh, dah ke?" haha sebab orang kata rasa ngilu dye tu masuk. tapi tulah, berbeza tiap orang.

lepas buat hsg tu, nurse bantu turun dari katil. nurse  doc tanya ok ke tak nak jalan. kalau rasa nak pitam ke, duduk dulu.
pastikan bawa pad sendiri, senang. pakai pad, tukar baju semua dan tunggu result kat luar.

dah dapat result, bayar, balik.

berdasarkan pemerhatian dan pemahaman dari result, tube ok cuma masa buat hsg tu ada bubble kat ovari sebelah. Tapi tube tak sumbat, Alhamdulillah.

so, untuk next appointment LPPKN, aku share kat next post ya. 👯

TQ sudi luang masa baca. Semoga kita semua yang sedang TTC dikurniakan rezeki baby. aamiin


1 ulasan:

TTC JOURNEY~1ST APPOINTMENT LPPKN KL + HSG KPJ Klang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Si Cantik Si Kacak.. Ok. Lama nak share sebenarnya pasal appointment LPPKN tapi asyik lupa. 😂😂 Sa...