Taman hati yang dulunya berseri dikelilingi bunga mewangi, kini semakin kering, semakin layu, semakin mati... tiada gunanya mentari bersinar jika duri berhutan, tiada gunanya air mengalir jika rumput mengemis.. dan apabila bah melanda, rosaklah segalanya... Namun mungkinkah pelangi berseri di sebalik gunung yang sunyi??

Ahad, 30 Oktober 2011

bola..

assalamualaikum..

oke..berikut adalah perbualan antara KY(kak yong@kakak besar) dan CC(aku laa)

KY : cc, ko suke bola?
cc : bola? bola ape? bola-bola api? mercun bola?
ky : ketepekk! (kakyong ketuk kepala aku) Bola sepak laa.. xkan bebola daging pulak..=_="
cc : owhohh... tak.
ky : la, kenapa?
cc : jap..tarik nafas. aku bukan tak suka langsung bola, aku suka tapi bila team malaysia lawan negara lain je..   time tu je semangat aku macam megi yang tengah panas..tapi bila lawan antara negeri dalam malaysia ni aku malas nak semangat sebab buang masa. bia la walaupun negeri aku yang tengah main, bia la dorang dengan kasut bolanya. buat apa aku nak over sangat.kata 1malaysia, aman damai, rakyatnya bersatu padu.. kalaula aku ni pelancong dari negara asing pastu kebetulan pulak datang Malaysia masa tengah musim2 negeri2 berlawan bola, kompem2 aku syak 2 team yang tengah main tu bukan dari satu negara. haha, nak tau kenapa?
ky : hmm..ape?
cc : pemain tu aku x kisahla..kalau aku pun main game pape semangat aku menggila. tapi yang over penyokong tu.. baik kat depan tb ataupun dalam stadium tu haa.. time tu..dah tak kenal sedara, kawan, mahupun bf/gf.. negeriku tetap harus menang.. sampai belasah2, cat muka mcm2 corak.. kalau sebelum ni kaulah sahabat dunia akhirat, bila time team negeri masing2 main, war!!!! kabur sekejap silaturahim... belum lagi bab menjerit...anak tekak tu kalau boleh lari la, dah lama dia lari menyorok kat dalam gua bila musim bola..... (aku berhenti sebab penat..anak tekak aku pun mintak rehat kejap...mintak air..haha)
ky : betul la..tapi mesti la kene semangat... negeri kau main, xkan kau nak dok wat muka selenge tanpa sebarang reaksi teruja...apadaa
cc : oke2... x kisahlah nak semangat ke apa ke... tapi janganla sampai bila dah habis game, ada la tu belakang, tepi, kiri, kanan stadium adegan pukul memukul, perli memerli, caci mencaci,... tu belum tengok persediaan penyokong sebelum game...kat fb tu kalau boleh setiap minit bagitau, 'yeshhh, negeri aku ______ mesti menang..40-0, cayalahh!'
ky : cayalahh! kedebukk! (sekali lagi aku kene hempuk)
cc : apesal pulak ni!!
ky : hari tu aku tengok kau ade tengok bola kat rumah menjerit sampai nak meroyan..ape cer?
cc : itu Malaysia main la ngok! kan aku dah cakap, kalau Malaysia yg tengah lari2 kejar bola xpe..bawa nama Malaysia..
ky : tapi kau perasan ta...
cc : tak.
ky : dushh! sabar! kau perasan tak bola ni boleh eratkan hubungan silaturrahim..
cc : bila?
ky : yela, kau tengok, dua jiran yang selalu bergaduh sebab daun kering jiran sebelah tu jatuh dalam halaman rumah dia boleh tengok bola sama2 jerit2 sama bila team dorang main..haa..
cc : memangla..yang kite ni..xpenahnye sembang tetiba buang tebiat bersembang lama2 mcm ni..pasal bola tu jugak..haishh
ky :................................ dah la, buang masa aku sembang ngan kau!
cc : aikk, aku pulak..dia yang nak sembang..hahahhah..woii kak yong, lepas ni jangan lupa ajak aku sembang pasal bebola ikan pulak!!!

dan kak yong pun pegi tinggalkan aku sorang-sorang.

haaa... aku bukan nak mengutuk apatah lagi mengata... aku cuma x suka. bila BOLA tu menjadi punca gaduh.. tak kisahlah nak jerit kuat mana pun... itu usaha korang sebagai penyokong nak bagi semangat kat team korang. tapi, kalau korang rasa semangat kekitaan korang tu dah kuat sangat, simpan dalam hati je..jangan sampai nak belasah2 atau pegi menghina orang lain yang kurang bernasib baik dlm game tu..
dan jangan riak..sebelum, semasa dan selepas game... ala kadar je cukup.. macam acik dan  ali ni..

sebelum..
acik : ali, kau rasa team kau boleh menang ke?
ali : kalau ada, adala..kalau kalah, xpe..adat la tu..
acik : aku rasa team aku boleh menang..tengok la dorang punye keeper, blablabblabla..semua hebat2..perghh..kompem menang ni..ko jangan sedih kalah nnt..hahahahahahhahaHAHAHAHA

jangan obses sangat sampai kecikkan hati rakanrakan...hak kita untuk menyokong siapa sahaja pilihan kita tapi kita xda hak nak menghina pilihan orang lain..=)

oke kawankawan, readers, visitors, kakak besar and abang besar sekalian... ini sekadar pendapat dan pandangan...

-abang ramli, jangan marah. hehehee (semenjakmenjak pemain malaysia main utk MU dan banggakan ayahnya..hehe)

Jumaat, 28 Oktober 2011

kisahnya bila aku asyik try and error

assalamualaikum..

kenapa aku jadi sott semacam ni malam...
aku ada jawapannya..mungkin...
sebab banyak benda aku try malam ni tapi GAGAL kurang berjaya..=_="

aku try buat doodle...banyak gila tutorial aku cari..aku kaji..aku teliti..
dah dapat aku pun tryla ikut tuto tu...sepenuh tenaga dan jiwa aku try...
akhirnya...hampehhhh...huhuuu
lepas tu..
aku try melukis...aku rindu zaman-zaman sekolah...belaja melukis dari kawan-kawan..dari cikgu..
kenapa dulu aku boleh melukis[ala kadar jela pun] tapi sekarang tak jadi langsung..huhuu..sadiss...
lepas tu...
aku try menulis...
banyak idea tapi bila dah start menulis 1 2 perenggan...aku lost...
huhuuu..ape nak jadi dengan aku ni...

itulah sebabnya aku semacam hilang arah sikit...
buat kerja yang tak menjadi..
dan sebenarnya aku bukan try and error..
tapi aku try an 'error'... memang xkan la dapat...
dah la....baik aku lupakan...gilosss

hey, keluarlah!

assalamualaikum..

aku tak tahu...
tak dapat tahu...
apa ni...apa ni...

aku tak tau nak describe macamana keadaan fikiran aku sekarang. aku macam rindu sesuatu.
mak? aku dah kol tadi...x hilang jugak perasaan ni..
serba tak kena aku,.,haishh
mungkin biasanya waktu-waktu camni ada orang yang redha layan karenah aku..hari xda sebab kerja..haha
kegilaan aku tak dapat dikeluarkan...arghhhh
keluarlahh tolonggg!!!!!!!!!

-sebenarnya aku tak tahu apa yang aku nak sebenarnya- =_="

sedikit cadangan

assalamualaikum..


alhamdulillah...
aku rasa aku dah bebas dari dihantui penyakit cirit birit... rabu petang mula kena.. perghh.. sakit tak terkata..
sampai bila dah 2 3 kali keluar masuk toilet... aku hampir2 pitam... kabur dah semua benda depan aku...
tapi aku sempat lagi cakap dalam hati, jangan pengsan dulu...tunggu sampai bilik..hahhahaa
aku capai2 jugak la penghadang koridor tu untuk sampai kat bilik... masa tu aku dah rasa sunyi je..aku x dengar apa2 dah..x nampak apa2.. masuk je bilik aku terus campakkan diri aku kat atas katil.. adela beberapa minit aku ter lost sekejap..  Ya Allah...dah la aku sorang..rumet outing..ramai jugak kawan2 se aras aku yang outing masa tu..

tapi mungkin dah memang kalau aku cirit birit memang sampai nak pengsan2 gtu...
kat rumah pun macam tu...dah la bilik aku paling jauh dari toilet..

dari malam rabu tu aku cuma makan biskut je..tu pun aku ke toilet lagi...aku pun jadi serik nak makan apa2 dah.. pagi semalam sampai petang, aku x makan... n aku x terasa lapar... petang pukul 4 lebih camtu baru makan dengan rumet kat kafe..

Alhamdulillah...sekarang aku oke..=)
baru lepas menikmati semangkuk bihun segera mamee n secawan oligo...
tapi aku xhabiskan bihun tu...banyak sangat kot...
aku nak cadangkan kat pengusaha maggi, mamee dan yang sewaktu dengannya, kurangkanla kuantiti benda ni..hahahahaa..aku rasa sebungkus ni boleh makan 2 orang..=p

Khamis, 27 Oktober 2011

terasa rugi

assalamualaikum..


pernah tak korang rasa dalam satu2 keadaan tu, korang tau sesuatu, tapi disebabkan keadaan korang, korang rasa tak layak untuk menyatakannya?

ohh, ayat aku simpul berbelit. aku pun tak faham..

oke2, macam ni... andaikan....

si polan ni pekerja bengkel je.. oke..bayangkan seorang pomen oke.. kejenya baiki motor dan kereta..
sesetengah orang yang fikirannya kurang berkembang akan pandang rendah kat golongan ini..(padahal kalo xda pomen tu sape nak repair kete motor korang yang rosak tu? hargai sikit oke)
tapi, istimewanya dia sebab dia ada pengetahuan serba sedikit tentang ilmu sains...ada potensi untuk ke arah yang lebih professional...cumanya dia ni lebih terarah kepada kerjaya dia as a pomen tu..
dia ni suka membaca, n family dia pun ada yang doktor atau cikgu sains..(haha,suka hati aku je)
oke2..teruskan..
disebabkan sikap dia yang suka membaca n selalu bergaul dengan family dia tu psal ilmu2 sains ni..
sedikit sebanyak ada jugak ilmu berguna dalam otak dia..

suatu hari, tengah dia duduk sembang dengan kawan-kawan dia..(kawan2 dia x semestinya keje pomen gak..ada yang keje lain..hebat sikit kot kejenya)
timbul satu persoalan pasal ilmu2 sains yang dilontarkan sorang kawan dia..dan persoalan tu si polan ni tau apa jawapannya..
tapi mesti dia berfikir banyak kali...
kalau dia cakap, ada ke orang nak dengar..sedangkan dia cuma pomen...nak bercakap pasal sains..mesti orang nanti perlekeh dia..
atau...dia takkan cakap..tapi sangat rugi ilmu yang dia ada..


oke...harap korang dapat faham dari cerita aku yang tah hape2 tu..haha

rugi tak..pernah korang alami ni?

atau dalam situasi lain..
macam bila bab2 agama dibincangkan..
perwatakkan tak seberapa tiba2 nak berhujah pasal agama..
aku pernah jugak..yela, kadang2 secara tak langsung dari kita sembang2 dengan orang sekeliling, tgk kat tv ke, baca2 ke, terjumpa ilmu yang bermanfaat...
tapi bila nak share, nak bagi pendapat, 'ehh, xyahla.. aku bukan pandai sangat pun'
mungkin kalau bab2 yang terlalu mendalam memang tak berani la nak cakap..
tapi kalau yang asas2 tu...time2 sekolah dulu pun ustaz ustazah ada ajarkan..
itu pun tak de keberanian nak utarakan...

habis tu nak simpan je ilmu tu?

jangan simpan...bercakaplah dengan orang yang fikirannya berkembang sihat...
sebab mesti dorang boleh terima apa yang kita cuba sampaikan...

'bak kata hukama’, “Jangan engkau melihat kepada siapa yang berkata tetapi lihatlah kepada apa yang diperkatakan.”


-tapi aku pun kadang2 tengok orang dulu baru terima apa yang disampaikan..=_="

upside down

unstable
undefined
unstable
undefined
unstable
undefined
unstable
undefined
unstable

gilo ke hape?

Rabu, 19 Oktober 2011

not home sick...just sick and wanna back home..='(

assalamualaikum..


sakit itu kafarah..
semoga dugaan ni dapat memotivasikan aku.
sakit yang tak tahu d mana.

just be prepare if anything happen

aku harap sekarang aku kat rumah.


Selasa, 11 Oktober 2011

tajuk ape?

assalamualaikum..


sekarang..aku rasa kerap jadi fenomena halo...yang lingkaran kat keliling bulan tu...
1st time aku tengok masa malam raya haji tahun lepas...masa tu  bermalam raya, bertakbir kat surau kat bandar Tawau..
kesedihan sebab xda transport nak balik asrama..(kisah tragis aku n rumet) hehe


sekarang ni selalu jugak ada...cuma x berpeluang nak tengok...


dan malam ni..mungkin aku bertuah..aku terbaca kawan aku punye status kat fb...


"jom tengok fenomena halo di tengah2 asrama....cantik ♥ ♥ ♥"


aku pun tertarik sangat...
keluarlah aku dari bilik...


aku suka tengok awan..langit...
tapi sejujurnya..aku takut bila lama2 tengok langit...
timbul rasa takut, sedih....
terasa hinanya diri ni...
banyak dosa...kalaula Allah tarik nyawa aku waktu ni...
entah apa nasib aku nanti...


dan tadi...
aku cuma keluar sekejap je kat luar bilik...depan pintu...intai ke atas...
aku nampah separuh je halo tu...
dan terus cepat2 masuk bilik...
dada aku berdebar2...


Ya Allah...
sekarang walaupun keinginan nak tengok tu ada lagi...
tapi aku xda kekuatan dah...
takut....


Ya Allah...
berilah aku taufik dan hidayahMu...
dan jangan Kau palingkan hatiku setelah itu...

Isnin, 10 Oktober 2011

baca novel? jangan!

assalamualaikum..

sedang aku enak berbaring di sofa sambil 'menelaah' novel...tiba-tiba aku dikejutkan dengan satu teguran yang tak kurang hebat nyaring suara dan sentapnya...

"ha, baca novel! lepas tu nanti sikit-sikit nak merajuk, x boleh orang nak cakap sikit."

upss...

teguran tu daripada mak..hehe... mak memang pantang tengok aku senang lenang baca novel... mesti nak kacau daun... hilang konsentrasi aku kejap...

"....buat muka senyum....."

hahahahaaa.... aku tak tau nak jawab ape sebab apa yang mak tegur tu memang betul..hahaa

mak cakap, aku ni kalau lepas baca novel nanti feeling sorang-sorang...
emo x pasal-pasal...

semua tu terjadi bila aku dok berangan mat jenin yang kunonnye aku ni la heroin dalam novel tu...
ohhh, sungguh tragis la kalau novel tu sangat gempaq jalan ceritanya..
kemain lagi aku perasan sorang-sorang...

haa!
korang jangan nak kata korang x feeling cam aku bila baca novel..haha
korang pun suka perasan yang korang watak utama dalam novel tu kan?
kan? kan? kan? lagi kalau hero dalam novel tu digambarkan se hensem seth tan...hahahaa

berdasarkan pengalaman aku...menangis masa baca novel tu normal..haha..kerap kali aku praktikkan...
tapi...satu-satunya novel yang berjaya buat aku meraung dengan volume tahap lima sampai kena meraung bawah bantal ialah novel ayat-ayat cinta...
serius....aku meraung macam hampir histeria..atau lebih tepat lagi, meroyan...
dan satu-satunya novel motivasi yang berjaya buat hati aku rasa insaf...di atas sejadah cinta..
dua-dua tu karya penulis Habiburrahman El Shirazy...
dan ada satu lagi novel remaja..aku x ingat tajuknya...betul2 cerita pasal remaja bandar zaman sekarang...takutnya...

sekarang aku tengah layan novel Bila Nysrah Kata Tak Mahu karya Aidil Khalid..
novel ni buat aku rasa nak demam waktu mula-mula baca... seram...takut...insaf...

tapi harus diingatnya wahai sahabat-sahabat sekalian...
kadang-kadang kita sanggup berhabis cari masa nak khatam novel..buat rekod nak habiskan satu novel dalam setengah jam tanpa skip mana-mana perenggan atau mukasurat..
tapi tak pun bersungguh-sungguh nak khatamkan alQuran...
aku la tu.... =_="

Sabtu, 8 Oktober 2011

nothing goes right, nothing goes wrong..

assalamualaikum..


Alhamdulillah..
aku dah berada jauh dari detik kucar kacir hidup.. memang..waktu tu..hidup aku huru hara...
upside down.. sekarang aku rasa tenang.. lepas semua aku rasa dah lepas..

oke..untuk kitorg berdua.. adil kot dah ..
masing-masing dah keluarkan apa yang rasa dalam hati... yang puas hati..yang x puas hati..
memang sakit untuk terima luahan yang jujur...
tapi itu cara terbaik untuk kembali pada keadaan asal..
back to normal..kalau kitorang asyik simpan dalam je...
sebab nak jaga hati, memang x kemana la..

tapi memang..
masa tu...dia layan aku macam sampah..heartless gila..
satu pun cakap aku dia tak terima...memang aku rasa hati aku hancur macam debu..
bila kawan aku cakap dia buat macam tu sebab risau..
huhh...tambah la angin aku...risau pekejadah nya..menyakitkan hati aku ada..
tapi tu masa tengah marah la..haha

dan aku rasa..
if la aku dan dia putus...
aku x harapkan orang lain untuk jadi pengganti dia..
aku harap dia datang balik kat aku...
hahahahhaaa
nonsense..


Khamis, 6 Oktober 2011

jom tidur

assalamualaikum..

aku penat..
penat untuk bersedih lagi...
setiap malam airmata x pernah lupa untuk singgah di tubir mata..

kalau airmata tu airmata keinsafan bagus jugak..
ni sebab lelaki...x guna la zue..

sudahlah...
yang penting..segala yang terbuku dah dilepaskan tadi..
macam bom atom ledakan emosi aku tadi..
siapa suruh mintak aku jelaskan..
aku bukan lagi kasi jelas, aku kasi terang dengan spotlight lagi..haaa

sekarang tido..
bia esok bangun mata segar..
hati senang..
badan cergas..
otak cergas..yeahh

fool

You hurt me more than I deserve,
how can you be so cruel?
I love you more than you deserve,
why am I such a fool?


BODOH.. =_=""!!

..MY HEART WAS BROKEN.
PLEASE DON'T FIX IT..


untuk beberapa hari ni..
entah berapa kali aku bersedih n menangis untuk perkara BODOH ni..
dan aku ternyata memang BODOH menangis untuk itu..
aku BODOH sebab terlalu yakin yang aku xkan kecewa macam ni..

berhenti dari jadi BODOH la zue!
berhenti menangis untuk hal BODOH tu!











tu la.
mak dah pesan.
xyah nak bercinta sangat masa belajar ni.
padan muka.
bodoh.

Rabu, 5 Oktober 2011

maaf

maaf
xkan pernah dapat menyembuhkan luka
maaf
cuma dapat mengurangkan rasa sakit luka itu
tapi dengan ikhlas memaafkan
mampu menjadi ubat untuk menyembuhkan luka tersebut..
tapi aku..
belum dapat bagi ubat tu pada luka aku..
jadi, biarkan aku terus terluka..

....'saya kan terer ubat luka d hati sendiri. no worry la'...



macam2 nya jadi hari ni..
tayar kereta pancit...
kene tukar tayar...
nantikan update aku nanti pasal story tayar pancit-tukar tayar-abang2 hensem
hehehehe

aku nak merawat luka dihati dulu
siapkan keje..pastu tido..

Selasa, 4 Oktober 2011

enough is enough

assalamualaikum..

x perlu cakap banyak.
sebab.
my words will hurt you.
better keep silent.

and you
tolong.

aku sayang sahabat aku kadang2 melebihi sayang aku pada family.
ye. mak pun cakap macam tu.
so, please hargai sikit.
sayang aku pada sahabat tu.
aku diam atas dasar sahabat.
atas rasa sayang pada sahabat.
aku sanggup jadi lembu bodoh yang hanya ikut kata.
sebab aku malas bertekak lebih2 dengan sahabat.



sumber:google
att : aku yang hijau tu..=) haha

aku tau aku bukan sahabat sejati yang dicari.
tapi aku ada hati.



-oke, ini hasil kritikan jurnal aku-
-sekian-
-^^-

Isnin, 3 Oktober 2011

my heroes...can't wait to see u...really miss u..

assalamualaikum..

terus-terang...
aku x selesa dengan keadaan diri aku sekarang..
physical n emotional unstable..
sakit segala macam da badan aku ni..
otak pulak seteress terlampau..

ya Allah..
berat betul situasi ni..

tadi, selongkar gambar2 lama..
nampak gambar hero2 aku..
yang 4 orang tu...
rindunye teramat..
haiqal, wafi, hilmi, adib...

teringat keletah dorang..
yang comel, yang kadang2 annoying..hahaa
kacau aku tido, kacau aku makan, kacau aku tengah main game, kacau tengah online...
tengah mandi pun kena kacau...



four things come not back. the spoken word, the sped arrow, the past life, and the neglected opportunity.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Counters