Taman hati yang dulunya berseri dikelilingi bunga mewangi, kini semakin kering, semakin layu, semakin mati... tiada gunanya mentari bersinar jika duri berhutan, tiada gunanya air mengalir jika rumput mengemis.. dan apabila bah melanda, rosaklah segalanya... Namun mungkinkah pelangi berseri di sebalik gunung yang sunyi??

Isnin, 10 Oktober 2011

baca novel? jangan!

assalamualaikum..

sedang aku enak berbaring di sofa sambil 'menelaah' novel...tiba-tiba aku dikejutkan dengan satu teguran yang tak kurang hebat nyaring suara dan sentapnya...

"ha, baca novel! lepas tu nanti sikit-sikit nak merajuk, x boleh orang nak cakap sikit."

upss...

teguran tu daripada mak..hehe... mak memang pantang tengok aku senang lenang baca novel... mesti nak kacau daun... hilang konsentrasi aku kejap...

"....buat muka senyum....."

hahahahaaa.... aku tak tau nak jawab ape sebab apa yang mak tegur tu memang betul..hahaa

mak cakap, aku ni kalau lepas baca novel nanti feeling sorang-sorang...
emo x pasal-pasal...

semua tu terjadi bila aku dok berangan mat jenin yang kunonnye aku ni la heroin dalam novel tu...
ohhh, sungguh tragis la kalau novel tu sangat gempaq jalan ceritanya..
kemain lagi aku perasan sorang-sorang...

haa!
korang jangan nak kata korang x feeling cam aku bila baca novel..haha
korang pun suka perasan yang korang watak utama dalam novel tu kan?
kan? kan? kan? lagi kalau hero dalam novel tu digambarkan se hensem seth tan...hahahaa

berdasarkan pengalaman aku...menangis masa baca novel tu normal..haha..kerap kali aku praktikkan...
tapi...satu-satunya novel yang berjaya buat aku meraung dengan volume tahap lima sampai kena meraung bawah bantal ialah novel ayat-ayat cinta...
serius....aku meraung macam hampir histeria..atau lebih tepat lagi, meroyan...
dan satu-satunya novel motivasi yang berjaya buat hati aku rasa insaf...di atas sejadah cinta..
dua-dua tu karya penulis Habiburrahman El Shirazy...
dan ada satu lagi novel remaja..aku x ingat tajuknya...betul2 cerita pasal remaja bandar zaman sekarang...takutnya...

sekarang aku tengah layan novel Bila Nysrah Kata Tak Mahu karya Aidil Khalid..
novel ni buat aku rasa nak demam waktu mula-mula baca... seram...takut...insaf...

tapi harus diingatnya wahai sahabat-sahabat sekalian...
kadang-kadang kita sanggup berhabis cari masa nak khatam novel..buat rekod nak habiskan satu novel dalam setengah jam tanpa skip mana-mana perenggan atau mukasurat..
tapi tak pun bersungguh-sungguh nak khatamkan alQuran...
aku la tu.... =_="

0 comments:

Catat Ulasan

four things come not back. the spoken word, the sped arrow, the past life, and the neglected opportunity.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Counters