Khamis, 27 Oktober 2011

terasa rugi

assalamualaikum..


pernah tak korang rasa dalam satu2 keadaan tu, korang tau sesuatu, tapi disebabkan keadaan korang, korang rasa tak layak untuk menyatakannya?

ohh, ayat aku simpul berbelit. aku pun tak faham..

oke2, macam ni... andaikan....

si polan ni pekerja bengkel je.. oke..bayangkan seorang pomen oke.. kejenya baiki motor dan kereta..
sesetengah orang yang fikirannya kurang berkembang akan pandang rendah kat golongan ini..(padahal kalo xda pomen tu sape nak repair kete motor korang yang rosak tu? hargai sikit oke)
tapi, istimewanya dia sebab dia ada pengetahuan serba sedikit tentang ilmu sains...ada potensi untuk ke arah yang lebih professional...cumanya dia ni lebih terarah kepada kerjaya dia as a pomen tu..
dia ni suka membaca, n family dia pun ada yang doktor atau cikgu sains..(haha,suka hati aku je)
oke2..teruskan..
disebabkan sikap dia yang suka membaca n selalu bergaul dengan family dia tu psal ilmu2 sains ni..
sedikit sebanyak ada jugak ilmu berguna dalam otak dia..

suatu hari, tengah dia duduk sembang dengan kawan-kawan dia..(kawan2 dia x semestinya keje pomen gak..ada yang keje lain..hebat sikit kot kejenya)
timbul satu persoalan pasal ilmu2 sains yang dilontarkan sorang kawan dia..dan persoalan tu si polan ni tau apa jawapannya..
tapi mesti dia berfikir banyak kali...
kalau dia cakap, ada ke orang nak dengar..sedangkan dia cuma pomen...nak bercakap pasal sains..mesti orang nanti perlekeh dia..
atau...dia takkan cakap..tapi sangat rugi ilmu yang dia ada..


oke...harap korang dapat faham dari cerita aku yang tah hape2 tu..haha

rugi tak..pernah korang alami ni?

atau dalam situasi lain..
macam bila bab2 agama dibincangkan..
perwatakkan tak seberapa tiba2 nak berhujah pasal agama..
aku pernah jugak..yela, kadang2 secara tak langsung dari kita sembang2 dengan orang sekeliling, tgk kat tv ke, baca2 ke, terjumpa ilmu yang bermanfaat...
tapi bila nak share, nak bagi pendapat, 'ehh, xyahla.. aku bukan pandai sangat pun'
mungkin kalau bab2 yang terlalu mendalam memang tak berani la nak cakap..
tapi kalau yang asas2 tu...time2 sekolah dulu pun ustaz ustazah ada ajarkan..
itu pun tak de keberanian nak utarakan...

habis tu nak simpan je ilmu tu?

jangan simpan...bercakaplah dengan orang yang fikirannya berkembang sihat...
sebab mesti dorang boleh terima apa yang kita cuba sampaikan...

'bak kata hukama’, “Jangan engkau melihat kepada siapa yang berkata tetapi lihatlah kepada apa yang diperkatakan.”


-tapi aku pun kadang2 tengok orang dulu baru terima apa yang disampaikan..=_="

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TTC JOURNEY~1ST APPOINTMENT LPPKN KL + HSG KPJ Klang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Si Cantik Si Kacak.. Ok. Lama nak share sebenarnya pasal appointment LPPKN tapi asyik lupa. 😂😂 Sa...