Sabtu, 22 Disember 2018

TTC JOURNEY-part 1 (Dr Hamid Arshat @ TDMC)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Si Cantik Si Kacak..

2 tahun juga tak menjengah ke sini (buang2 habuk + tahi cicak )

okay, since dah cukup 2 tahun kahwin yet still belum ada rezeki zuriat, sempena anniversary ke dua ni aku dan suami dah decide nak buat pemeriksaan dan rawatan.

aku tak berapa cerita kat orang sekeliling pasal ni sebab macam tak tahu nak hadap respon dorang nanti macamana hahaa paling2 pun cerita kat family members yang rapat n kawan2 yang pernah sama2 berjuang ttc hehee aku tulis kat sini pun lebih sebagai diari dan rujukan akan datang. maklumlah memori tak kuat sangat. nak ingat password blog ni pun payah nak fikir 😄😄

okay so, macamana boleh decide nak dptkan rawatan ni sebab tahun ni almost every time aku balik kg (we olls pjj sabah-selangor) aku tengah subur dan tak berjaya jugak conceive. so dah start rasa something wrong ke n we need to check, gituu 😅 daaaaaan ramai family members (kakak2 dan biras) tgh pregnant sekarang so macam ada sedih di hati la sikit 😊

langkah pertama, of course lah pergi cari maklumat dulu. google pengalaman orang lain yang ttc. buat rawatan kat mana, hosp mna, klinik mna, doc mna yang okay, kos dan sbgnya. tanya kawan2 yang pernah sama2 ttc (i use 'pernah' sebab alhamdulillah skrg dorg dah jadi mak buyung hehe), tanya dulu sakit tak bla bla bla hahahaa
obviously aku jenis boleh tahan sakit yang serang kat badan aku, ulser penuh mulut sampai ke tekak ke, sakit gigi, migrain siap boleh drive wpun pandangan gelap berpinar, buasir semua tu aku boleh usahakan untuk bertahan. tapi kalau sakit sebab benda lain macam mesin ke, alat2 kat klinik tu sorryla time tu la rasa nak terberak nak muntah nak pengsan 😭

oh ya, antara tempat rujukan aku sepanjang ttc ni ialah babycenter actively trying, instagram rainbowbaby_ltss, dan instagram fzha_ttc.jouney. memang saaaangat membantu.

ok, so aku dan suami listkan few tempat utk dptkan rawatan. PPUM, LPPKN dan Dr Hamid Arshat.
Husband call PPUM tak dapat, call LPPKN appointment paling awal Jan 2019. kalau boleh aku nak buat masa cuti sekolah disember. masa panjang dan xpayah minta cuti. So, aku try emel untuk dapatkan appointment dgn Dr Hamid Arshat. Utk pengetahuan, Dr Hamid skrg dah berpindah ke Taman Desa Medical Centre, KL bukan lagi di Kompleks YJN.

no telefon LPPKN : 03-26137555 (minta sambung ke Klinik Kesuburan)
emel utk appt Dr Hamid @ TDMC : dhatdmc@gmail.com (staff sangat rajin layan pertanyaan kat emel TQ very much tau)

ok, utk dapatkan appt dgn Dr Hamid, staff suruh kita isi questionnaire dan emel semula. dah jawab dah emel akhirnya dapat set appt 19 Dis 2018.

19 Dis 2018
 memandangkan awal2 dah tanya prosedur apa buat masa 1st appt dan anggaran kos, so dah bersedia sikit la. staff bagitau kat emel 1st appt dorang buat scan (TVS) dan anggaran kos scan dan consultation RM300 . Rm 100 scan, Rm 200 consultation plus ubat2 katanya tapi bila pi kat cashier klinik kena RM 397 (tanjat kite).
nervous ya amat bayangkan scan TVS tu hahaa
sesampai di TDMC, ada staff tunjuk mana arah patut dituju. Daftar ambik masa lama jugak sebab akmi sampai agak lambat sebenarnya dan orang dah ramai. Pendaftaran start 8am-10am. kami sampai around 9.30 am sebab mencari parking pun satu hal. ok, daftar isi borang, staff buat interview ringkas last period, sejarah kesihatan diri n family, ambik berat n tunggu nama dipanggil semula untuk buat TVS.
ok, TVS ni aku trauma. Serius. mungkin sebab bila aku baca + tanya orang kata 'tvs tak sakit pun, cuma rasa senak sikit je' aku pun rasa ok tak sakit la kot wpun dada dupdap tak hengat. sila google macamana rupa mesin TVS tu kalau nak tahu. hee sebenarnya memang tak sakit kot, senak tu ya tapi bagi aku sakit atas sebab2 tertentu hihi
selesai TVS, tunggu lagi dipanggil utk jumpa Dr Hamid Arshat.
ok, akhirnya dalam pukul 1 lebih macam tu baru dapat turn jumpa dr. fuh, bayangkan 9.30 am - 1 pm.. entah berapa kali kami bertukar tempat duduk hahaa
waktu jumpa Dr, aku teruja. haha yela Dr Hamid Arshat kot. Pakar sakit puan. Selama ni tengok kat fb je, kali ni jumpa depan mata dan dapat konsultasi dari beliau.
Dr Hamid bagitau hasil scan tadi Dr nampak rahim aku kebelakang. (retrovert uterus : RU). Dr kata tak bahaya tapi still luluh hati dengar. yela, aku expect Dr akan cakap rahim aku normal, takda masalah cuma belum rezeki tapi bila tahu macam tu, terus hilang semua soalan yang aku dah rancang nak tanya kat Dr. Dr kata bila macam tu darah haid boleh tertumpah ke blkg dan khuatir masuk ke Fallopian tube. aku senggugut selama ni pun mungkin sebab RU sebab rahim ke arah tulang blkg.

sumber : google image
Dr Hamid suggest aku utk buat Laparoskopi. utk bersihkan sisa2 darah yang ada kat dinding rahim dan betulkan kedudukan rahim. laps ni macam mini operation. takda belah2 perut pun. boleh google utk maklumat lebih lanjut.
sumber : google image
Dr Hamid bagitau, RU masih boleh mengandung cuma sisa darah tu yang mengurangkan peluang utk pregnant. Dr bg masa utk fikir sebab ianya bukan lah urgent. ok, akhirnya aku dpt balik kewarasan aku dan aku sempat tanya bbrapa soalan kt Dr. Sebelum keluar Dr minta suami buat Semen analysis kat mana2 lab berdekatan (yg boleh dapat result hari yg sama supaya result tu tepat) utk next appt dan Dr bagi suplemen utk kami (Obimin utk aku, proviton utk suami). Alhamdulillah, 1st appointment selesai.

panjang kan, kita sambung next post untuk cerita yang lebih menarik. gituuu


doakan aku dan suami dipermudah utk dapat rezeki zuriat. aamiin

1 ulasan:

  1. sis nak tanya biasa staff dr hamid tuh akan reply emel berapa lama eh?

    BalasPadam

TTC JOURNEY~1ST APPOINTMENT LPPKN KL + HSG KPJ Klang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Si Cantik Si Kacak.. Ok. Lama nak share sebenarnya pasal appointment LPPKN tapi asyik lupa. 😂😂 Sa...