Taman hati yang dulunya berseri dikelilingi bunga mewangi, kini semakin kering, semakin layu, semakin mati... tiada gunanya mentari bersinar jika duri berhutan, tiada gunanya air mengalir jika rumput mengemis.. dan apabila bah melanda, rosaklah segalanya... Namun mungkinkah pelangi berseri di sebalik gunung yang sunyi??

Selasa, 5 November 2013

random.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Si Cantik Si Kacak..

howdy readers. (ada tak?) haha

mood untuk buat revision sekali lagi terganggu.
batuk. selsema. suhu naik.
so, dengan kuasa jari jemari yang ada
aku wandering secara virtual ke merata tempat
paling lama ofcourse dekat instagram

oke. tutup cerita pengembaraan aku.

aku cuma nak ambil  satu topik menarik.

the way of 'tegur', 'nasihat' others.

as for me, insan kerdil dan rakyat marhaen yang baru hidup 22 tahun XX bulan ni,

banyak cara menegur dan menasihat yang aku dah tengok
dah rasa
plus dah pernah buat. haha

well, hidup atas dunia ni. beramai-ramai.
means, banyak hati. banyak jiwa kena jaga.
kalau kita asyik minta orang jaga hati kita
turut kehendak kita
at the end kita sendiri merana
sebab mana boleh semua nak kena ikut cara kita.
unless orang orang sekeliling kita plus diri kita sendiri sedar dan dapat faham semua orang

oke. pointnya ialah 'faham'

ada orang malu bila kena tegur in public (fikir apa kata orang, apa orang anggap and so on, paranoid, lepas tu confuse nak respon acaner, nak buat muka ape)
ada orang boleh watlek watkul je walaupun kena tegur in public, (orang ini mungkin hati kering atau seorang yang optimis, amik teguran sebagai motivasi, giteww)

ada orang prefer untuk ditegur secara senyap2. jumpa face-to-face yang tak memungkinkan teguran didengar orang lain. (tutup aib orang, insyaAllah Allah tutup aib kita jugak :) )
ada orang suka bila ditegur secara santai, sambil gelakgelak, tengah kupi kupi, sambil tengok running man. (sebab masa tu mood tengah baik,jadi teguran n nasihat pun masuk macam sutera)
ada jugak suka kalau ditegur via sms, chat, whatsapp, viber and so on rather than tegur depan depan. 
( sebab ada masa untuk fikir, fikir, dan fikir )

kesimpulannya, (dah boleh masuk kesimpulan?)
faham dan fikir cara terbaik untuk menegur dan menasihati orang lain.

hati manusia ni kan boleh berbolak balik.
kalau cara menasihati itu baik, ikhlas, niat betul, insyaAllah.
berubah lah dia kepada kebaikan.
tapi jangan pula lepas tu kita bongkak.
'dia berubah sebab dengar nasihat aku la tu'


oke. sebelum sampai penutup.
aku menulis. based pointnya adalah untuk nasihat dan ingatkan diri aku.
semuaaaaa contoh di atas adalah pengalaman aku.
jadi aku rasa, kita as a human, boleh fikir sendiri.
which way better.
kalau kita tak gemar orang tegur in public, dalam erti kata lain, memalukan kita,
so, kita cuba jangan buat macam tu.
tapi kalau dah terrrrrrrbuat, (maklumlah, mulut kadang terlepas cakap) pandai-pandai lah hidupkan balik suasana yang tadinya dah termalukan orang.

memang ada orang, dia lebih tekad nak berubah bila dia dimalukan atau yang seumpama dengannya.
tapi, sampai bila.
sampai bila nak teruskan tradisi 'biarkan dia rasa, kalau tak, takdenya nak berubah tu'
ingat, matlamat tak menghalalkan cara.

dan ada juga, yang selesa, biasa, perkasa kalau ditegur didepan orang lain. malu memang malu tapi in term of 'aku kene berubah', terpaksa akur.
jadi lepas tu, dia rasa kalau dia buat macam tu dekat orang lain pun, orang lain akan fikir macamana dia fikir.
dapat x? nampak tak permainannya kat situ.

kalau aku. banyak benda sebenarnya. banyak sangat.
yang aku tak boleh terima. cara orang nasihat. cara orang bekerja. cara macam-macamlah.
mula-mula dulu, memang sakit. sakit hati.
tapi lama-lama, fikir.
selagi aku tak cuba faham dan terima, selagi tu aku sakit hati sendiri.

dan aku. insyaAllah. boleh terima semua cara menegur di atas.
cuma, amik masa nak telan. haha
macam makan ubat la. mula mula telan mesti xsuka sebab pahit, xsedap,
tapi bila dah nampak khasiatnya, baru boleh fikir positif. haha
jadi, di awal-awal proses teguran dan nasihat tu sampai kat aku,
orang akan nampak betapa hati batu dan keras kepalanya aku.
tapi, nanti dah lama-lama sikit, aku dah tidur, dah pegi mandi.
pandailah aku terasa sendiri. lepas tu malu sampai pejam-pejam mata ketuk-ketuk kepala.
malu sebab bagi respon awal yang macam tak sepatutnya, haha
well. ini memang aku. lambaaaaaat nak nampak baiknya benda-benda yang jadi kat diri sendiri.
pesimis sangat. -_-



akhir kata, 
jangan fikir sesuatu yang 'ok' untuk kita, akan 'ok' juga pada orang lain.
Fikir, Faham dan Filih  Pilih cara yang terbaik.



ingat, ini tujuannya lebih untuk ingatkan diri aku.
jadi, kalau ada yang tersinggah baca dan rasa tak betul, tak setuju.
ok je. aku faham. mesti anda ada reason yang tersendiri. =)

bubye.
assalamualaikum.



four things come not back. the spoken word, the sped arrow, the past life, and the neglected opportunity.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Counters