Selasa, 5 November 2013

random.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Si Cantik Si Kacak..

howdy readers. (ada tak?) haha

mood untuk buat revision sekali lagi terganggu.
batuk. selsema. suhu naik.
so, dengan kuasa jari jemari yang ada
aku wandering secara virtual ke merata tempat
paling lama ofcourse dekat instagram

oke. tutup cerita pengembaraan aku.

aku cuma nak ambil  satu topik menarik.

the way of 'tegur', 'nasihat' others.

as for me, insan kerdil dan rakyat marhaen yang baru hidup 22 tahun XX bulan ni,

banyak cara menegur dan menasihat yang aku dah tengok
dah rasa
plus dah pernah buat. haha

well, hidup atas dunia ni. beramai-ramai.
means, banyak hati. banyak jiwa kena jaga.
kalau kita asyik minta orang jaga hati kita
turut kehendak kita
at the end kita sendiri merana
sebab mana boleh semua nak kena ikut cara kita.
unless orang orang sekeliling kita plus diri kita sendiri sedar dan dapat faham semua orang

oke. pointnya ialah 'faham'

ada orang malu bila kena tegur in public (fikir apa kata orang, apa orang anggap and so on, paranoid, lepas tu confuse nak respon acaner, nak buat muka ape)
ada orang boleh watlek watkul je walaupun kena tegur in public, (orang ini mungkin hati kering atau seorang yang optimis, amik teguran sebagai motivasi, giteww)

ada orang prefer untuk ditegur secara senyap2. jumpa face-to-face yang tak memungkinkan teguran didengar orang lain. (tutup aib orang, insyaAllah Allah tutup aib kita jugak :) )
ada orang suka bila ditegur secara santai, sambil gelakgelak, tengah kupi kupi, sambil tengok running man. (sebab masa tu mood tengah baik,jadi teguran n nasihat pun masuk macam sutera)
ada jugak suka kalau ditegur via sms, chat, whatsapp, viber and so on rather than tegur depan depan. 
( sebab ada masa untuk fikir, fikir, dan fikir )

kesimpulannya, (dah boleh masuk kesimpulan?)
faham dan fikir cara terbaik untuk menegur dan menasihati orang lain.

hati manusia ni kan boleh berbolak balik.
kalau cara menasihati itu baik, ikhlas, niat betul, insyaAllah.
berubah lah dia kepada kebaikan.
tapi jangan pula lepas tu kita bongkak.
'dia berubah sebab dengar nasihat aku la tu'


oke. sebelum sampai penutup.
aku menulis. based pointnya adalah untuk nasihat dan ingatkan diri aku.
semuaaaaa contoh di atas adalah pengalaman aku.
jadi aku rasa, kita as a human, boleh fikir sendiri.
which way better.
kalau kita tak gemar orang tegur in public, dalam erti kata lain, memalukan kita,
so, kita cuba jangan buat macam tu.
tapi kalau dah terrrrrrrbuat, (maklumlah, mulut kadang terlepas cakap) pandai-pandai lah hidupkan balik suasana yang tadinya dah termalukan orang.

memang ada orang, dia lebih tekad nak berubah bila dia dimalukan atau yang seumpama dengannya.
tapi, sampai bila.
sampai bila nak teruskan tradisi 'biarkan dia rasa, kalau tak, takdenya nak berubah tu'
ingat, matlamat tak menghalalkan cara.

dan ada juga, yang selesa, biasa, perkasa kalau ditegur didepan orang lain. malu memang malu tapi in term of 'aku kene berubah', terpaksa akur.
jadi lepas tu, dia rasa kalau dia buat macam tu dekat orang lain pun, orang lain akan fikir macamana dia fikir.
dapat x? nampak tak permainannya kat situ.

kalau aku. banyak benda sebenarnya. banyak sangat.
yang aku tak boleh terima. cara orang nasihat. cara orang bekerja. cara macam-macamlah.
mula-mula dulu, memang sakit. sakit hati.
tapi lama-lama, fikir.
selagi aku tak cuba faham dan terima, selagi tu aku sakit hati sendiri.

dan aku. insyaAllah. boleh terima semua cara menegur di atas.
cuma, amik masa nak telan. haha
macam makan ubat la. mula mula telan mesti xsuka sebab pahit, xsedap,
tapi bila dah nampak khasiatnya, baru boleh fikir positif. haha
jadi, di awal-awal proses teguran dan nasihat tu sampai kat aku,
orang akan nampak betapa hati batu dan keras kepalanya aku.
tapi, nanti dah lama-lama sikit, aku dah tidur, dah pegi mandi.
pandailah aku terasa sendiri. lepas tu malu sampai pejam-pejam mata ketuk-ketuk kepala.
malu sebab bagi respon awal yang macam tak sepatutnya, haha
well. ini memang aku. lambaaaaaat nak nampak baiknya benda-benda yang jadi kat diri sendiri.
pesimis sangat. -_-



akhir kata, 
jangan fikir sesuatu yang 'ok' untuk kita, akan 'ok' juga pada orang lain.
Fikir, Faham dan Filih  Pilih cara yang terbaik.



ingat, ini tujuannya lebih untuk ingatkan diri aku.
jadi, kalau ada yang tersinggah baca dan rasa tak betul, tak setuju.
ok je. aku faham. mesti anda ada reason yang tersendiri. =)

bubye.
assalamualaikum.



Rabu, 16 Oktober 2013

Aidiladha Versi Perantauan 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Si Cantik Si Kacak..


tahun ni lagi sekali sambut Aidiladha kat sini.
so far. feeling dia boleh tahan lagi la. sebab memikirkan nextmonth akan balik jugak.

rasa nak jugak ngeshare detik-detik hari raya Aidiladha tahun nih.
meriah. yes. sangat meriah. mengingatkan aku memori balik kampung dengan 3 4 bijik kete.

puas la. makan free. bayar minyak dengan kereta je. haha

jemputla~

kg Inderasabah.

Singgah kejap dekat klinik omak den. kau hado. haha

Lecturer. (lect yang sama birthday. llalalaa haha)

rumah mak angkat aku dan rumet.

rumah k.long kawasan area tawau. haha

Mahap zahir dan batin ye.

ini rombongan meminang.

posing posing
lecturer. 

oke. aku tak share gambar makanan.
sebab nanti kebuloq tengok. 
makanan kitorang semua superb. rasa bersalah kat perut.

maka.
sekian dulu.

Salam Aidiladha
Maafkan salah silap.


Khamis, 10 Oktober 2013

lemme tell this first

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Si Cantik Si Kacak..

dah laaaaaaaaama tak update.
hari ini tibatiba dapat keseronokan nak update sikit.
sikit jelah ye.
banyak-banyak nanti orang menyampah.
kang keluar pulak entry khas untuk menceritakan ke'annoying'an terhadap aku.
haha

oke.

ip aku ada buat satu projek mega.
wah. mega.

'Longest Nonstop Macro teaching session in Malaysia'
Malaysia Book Of Records.
gitu.

means.
mengajar tanpa henti selama 182 jam = 9 hari 8 malam.
4-11 Oktober 2013.

sesi aku mula jam 8am - 3pm, 10 Okt.
turn mengajar ke 148 iaitu jam 11-12 tengahari.
tapi dah terpacak kat tempat kejadian pukul 7.
dan balik awal sebab kelas aku dah habis. haha
kelas sebelah je tak habis lagi. winkwink

so, izinkan.
izinkan aku memberi laluan kepada gambar-gambar kenangan aku supaya dapat menumpang kasih kat blog aku ni.

dok dengan tukang kitik kitik gambar, maka muka aku saja la. haha

muka oke lagi. sebab awal pagi lagi.

muka dah tak boleh nakdibantu. lipbalm pun tak dapek nak nolong ea


ala ala

lembaran kerja botingkek tingkek

ala ala lagi


teguh dengan bakti. bilang si kawan

dengan lecturer



oke. ni gambar peveret. kenapa. sebab tangan tu. tengok tangan tu. ala ala model 'konon' haha

boleh dikatakan semua. ye semua peserta mesti post gambar ni. haha

im super duper nervous tapi sekarang super duper lega.

maka.
tu jela.
nanti mungkin boleh update pulak majlis penutup. haha

sebenarnya. aku malas nak update sebab nanti aku tulis yang bukan-bukan.
almaklumlah. mood pandai on off.
nanti tak pueh hati sikit dah nak menulis sini.
haha


adios amigos.
jumpa next entry.




Selasa, 16 Julai 2013

penting



apa yang aku lebih fikirkan ialah,
apa yang mereka dapat.
cerita apa yang akan dipersembahkan
pada emak, ayah, kakak, abang
kucing di rumah juga perlu tahu
apa yang tuannya lalui di sekolah.

itu penting untuk aku fikirkan.
kerana setiap butir kata yang keluar 
akan menggambarkan aku.
cerita yang tersampai menunjukkan aku.

maka itu penting untuk aku pastikan,
usahakan, 
agar cerita yang ada
cerita gembira, cerita jenaka.
bukan luahan, aduan tentang aku.


zue. 1 April 2013
SK.Bt 22, Balung
Tawau.


ini coretan aku masa praktikum fasa 1 sem lepas.
jumpa balik masa nak selongkar buku nota.
ngehngeh

Ahad, 14 Julai 2013

tora datang lagi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Si Cantik Si Kacak..


dengan jayanya. aku tak menulis blog.
bukan sebab aku tak bosan. tapi sebab aku malas.

ye.
malas.
gejala yang selalu betul datang dekat aku. dah aku halau. shuhh shuhh
tapi. ehh datang jugak

oke. welcome new sem.

nothing special. selain aku lebih bersemangat nak mulakan semester masa awal2 sem dulu.
sekarang. bila esok harinya nak jejak kaki ke sekolah.
hambar betul perasaan. haha
semangat lari.

maaf. ayat aku nampaknya tunggang terbalik. upside down. haha
sebab aku tulis kali ni macam 'buat syarat' je.





Sabtu, 18 Mei 2013

apelah pun

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Si Cantik Si Kacak..

sekali lagi aku mengada macam exam dah selesai semuanya.

siryes. laama betul jarak sampai rasa exam takda dah.

oke. sejak dua tiga menjak ni
aku selalu terjumpa benda manis. best.

mengusha newlywed. yang kebanyakkan ada cerita manis.
mengusha junior aku yang otw naik everest. jeles.
mengusha baju raya. eh. ni tak manis. haha

dan sebagai langkah berjaga-jaga.
ye berjaga-jaga agar tak terlampau sakit hati jeles. haha
aku tunggu sepuluh kali baru aku akan mengusha.

ye. sepuluh kali orang cerita kat aku. baru aku g tengok.
sepuluh kali muncul depan aku, baru aku klik.

didik hati supaya sabar dulu. lol

sama macam buat revision. sepuluh kali stress sebab tengok orang study baru aku study. haha
ye. itu aku.


Ahad, 5 Mei 2013

abcde....election

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Si Cantik Si Kacak..

aku tidak mengundi hari ini. harap maklum. haha
sebab tak berdaftar dan tak juga didaftarkan oleh orang-orang yang merasa ada penting.

hari ni. mood dia lain.
dari semalam. ye. semalam.
aku tak boleh tidur.
memikirkan apa ntah.

dan tak pernah seumur hidup aku bercerita bersembang dengan akak aku until midnight.
berwechat pasal negara. haha
sangat sangatlah bukan aku.

tapi ye.
aku dah besar.
nak dibandingkan dengan 5 tahun dulu.
waktu aku baru nampak apa tu election day.

sekarang. aku boleh fikir.

ahh. lupakan semua tu.

silap aku mungkin. tak berjuang hari ni memilih pemimpin.
tapi aku kirimkan doa.
untuk negara tercinta.
walau siapa pun yang pegang tampuk pemerintahan,
semoga Malaysia sentiasa aman damai.
hidup dalam fikrah sebenar.



sekian sahaja. haha. hari ni aku akan melayan kelembutan jari jemari yiruma bermain piano. untuk menyokong perasaan hati yang melankolik.



Sabtu, 6 April 2013

we'll miss u.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Si Cantik Si Kacak..

semalam. hari jumaat yang barakah.

aku hilang seorang kawan.

ye. kawan. 

yang tak dijangka yang tak disangka
sakit

aku jugak sakit untuk terima kenyataan.

Ya Allah.
aku lihat bagaimana manusia itu tak mampu untuk jangka saat akhirnya di dunia.
aku takut.

sahabat.
semoga engkau tenang.
diringankan azab.
aminn


Isnin, 1 April 2013

my 1st day.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Si Cantik Si Kacak..

hari ini hari pertama pergi sekolah sebagai guru praktikum
yeah. ada baki 19 hari lagi.

tak banyak nak cerita, 

sebab.

aku tengah cuba.

husnuzon dengan keadaan yang berlaku. haha

awesome nya hari ni.
aku kena ganti kelas 7 waktu. 6 kelas.
tepuk tangan.





Rabu, 20 Mac 2013

rindu setengah mati

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Si Cantik Si Kacak..

aku mencuri.
mencuri sikit masa yang ada untuk buat entry tragis ni.

aku rindu setengah mati.
pada keluarga.
pada rumah.
pada bilik.
pada bau masakan kat rumah.
bunyi riuh rendah kat rumah.


*kesat air hidung

jangan aku mati kerana merindu.
nah, tragis.






Ahad, 10 Mac 2013

indah ciptaan Mu.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Si Cantik Si Kacak..



aku dah mula bosan gila duduk dalam ip saja tak keluar.
ye.b.o.s.a.n.

entah berapa kali aku bukak tutup blogger ni.

dari semalam lagi aku nak ceritakan ini.

selalu aku terdetik dalam hati. bosannye duduk sini. aku nak balik.
rindu family. kawan-kawan. etc

dan selalu jugak terjadi bila aku dah balik.
otw dari airport ke rumah.
tengok kelapa sawit kiri kanan jalan yang berlatar belakangkan langit indah terbentang luas dan sunset.

owh, aku rindu tawau. aku rindu kawan-kawan kat tawau. rindu masa kat tawau.
dan aku akan bagitau siapa saja yang ada dalam kereta masa tu.

sebab.
setiap kali tengok view-view cantik kat sini mesti dengan kawan-kawan.
jadi, bila tengok view macam tu kat semenanjung terus rasa rindu kawan-kawan.
siryes.

aku rasa bersyukur dan bertuah sangat.
kebanyakkan tempat aku pegi.
aku dapat tengok bermacam view indah ciptaan Allah.

masa duduk kalumpang dulu, seronok dengan tasik, keadaan muka buminya yang sangat unik. bergunung ganang, berbukit bukau.

rumah aku sekarang. hmm. belum lagi jumpa view cantik. haha

and sabah.
sangat superb. langit terbentang luas.
kat sini ko boleh tengok awan bermacam bentuk. puas.
langit biru yang damai. tenang.
pelangi selepas hujan. selalu nampak yang berkembar dan terbias.
hutan yang hijau. segar.
laut yang luas. takut. erk

aku tak pernah terimpikan untuk datang sini.
tak pernah masuk dalam list tempat yang aku teringin nak pergi.

tapi ada sorang dalam family yang asyik-asyik sebut sabah.
katanya nanti dia nak kerja kat sabah. jadi cikgu. berulang ke semenanjung. haha
itu adik aku. entah macamana sabah tu boleh jadi tempat istimewa untuk dia.

dan akhirnya. aku yang terbang ke sini. tanpa keluarga. T_T
tapi dengan kawan. kawan sama interview yang juga rumet aku sampai sekarang.
aku jugak ada keluarga angkat kat sini.

perjalanan hidup aku ni.
membuka mata aku.
cantik perancangan Allah untuk aku.
indah. seorang aku yang tak pernah berpisah dengan keluarga akhirnya kena duduk sini.
berdikari.

mungkin ini n3 terpanjang aku.
sebab aku bosan.
harap maklum. ^^V


antara kawan-kawan yang awesome.
*banyak yang tiada dalam gamba. hehe




Isnin, 4 Mac 2013

please understand, dear.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Si Cantik Si Kacak..


sejak kisah pencerobohan ni mula tersiar dalam tv dan mula dipandang serius,
sejak tu juga la aku jadi pendebat.
dengan si A.

cukup penat memahamkan dia (ayat aku kelass gitu)
dia terlalu takut + risau, sampaikan tiap apa yang aku bagitau dia tak percaya.
siap perli. siap padan kan aku lagi.
ok. fine.

dan sekarang, bila apa yang aku bagitau tu sebenarnya betul (sebab dah keluar berita)
baru sibuk nak risau.

sorryla. aku jenis membalas.
kalau aku tak dapat balas direct, aku guna psiko.

nak risaukan aku sekarang. dah terlambat.
aku tak harap risau tu lagi.

dan sekarang, lagi.
panas sendiri sebab tak paham situasi.
please la.

aku terangkan dengan ayat yang cukup skema.
sangat gramatis.


hah
begini la ini kehidupan.

Sabtu, 2 Mac 2013

ini yang pertama

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Si Cantik Si Kacak..


aku.
sudah tak ada hati untuk buat apa-apa.
nak berkongsi rasa dengan siapa.

kawankawan kat sini.
sama sama tengah resah.
tak perlu meluah rasa.
debar itu sudah sama dirasa.

nak meluah pada keluarga.
belum rasa perlu untuk beri beban pada mereka.

*****

oke. serius. aku tak bagitau siapa-siapa family aku kat semenanjung.
tapi, once mak kol semalam. 
benar, aku nangis.
nangis sebab berita itu bukan dari aku.
satu satu mereka di semenanjung bertanyakan khabar.

hiba. 
aku disini masih selamat. Alhamdulillah.
khabar apa di luar sana. aku tak pasti.
khabar angin merata.
pemberita bebas dan tak bertauliah pun makin bertambah.

setiap saat bermacam versi cerita ada.

yang pasti.
aku harap kejadian ini segera pulih.
letih jiwa menahan rasa resah.
begini rasa.
rasa pertama kali. berhadapan situasi semacam ini.
T_T


Ya Allah. pulihkan keadaan ini.
berikan keamanan.


Isnin, 18 Februari 2013

words. spell.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Si Cantik Si Kacak..

setelah bercuti dari bidang penulisan blog.
akhirnya here i come.
membersihkan kekotoran + sawang kat sini. fuhh fuhh!

apa yang terjadi lepas lepas tu aku xnak la cerita sangat. ( sebab tak ingat what exactly happen past few days) hahaha

tadi line macam menyampah sikit. tak boleh buat panggilan keluar.

tapi lepas hati aku dah menggelegak oke jugak line. haha

dapat kol emak. mengadu ( of course)

ye. aku mengadu. aku tahu. mak takkan boleh datang untuk ubat aku. rawat aku.
tapi kata-kata yang mak keluarkan dah macam spell tau. haha

aku rasa kurang rasa sakit. lebih tenang. kurang rasa sakit kat tempat-tempat yang sakit tu.
cuma sedang tak tenang kat bahagian mata. nak nanges!

terima kasih Allah bagi aku emak yang super best!

---hidung cedera kerana resdung---
---mulut cedera kerana ulser---

sakit itu nikmat.



Sabtu, 9 Februari 2013

menerewang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Si Cantik Si Kacak..

sabtu.
9 feb 2013

bosan.
aku dah selamat menghantukan tisu menjadi beberapa kuntumbunga.


besar punya ni. 

sebab terlalu bosan, aku secara tak sengaja teringat seseorang di masa lalu aku.
someone i knew gitu.
dan aku panjangkan jari aku ke papan kekunci dan taip nama ini. bichara
itu band dia.
dan aku jumpa blog yang bercerita perkembangan dia. dan url myspace nya.

siryesly u olls, aku rindu dia.
dia baik. siryes. dia tak penah suruh aku buat bukan-bukan. dia macam abang yang nakkan yang terbaik untuk adiknya.
little bit mengongkong + cemburu buta.
dan kadang-kadang sikap dia buat aku annoying.
sampai aku kata dia psiko.

i'm sorry bro.
tapi, sebaik dia pun. dia curang belakang aku.
dengan kawan baik aku sendiri.
kurang asam.

oke lah. ape pun aku doakan kau berjaya. band kau berjaya naik.
nanti kalau aku berjaya untuk pandai main gitar ke kibod ke, aku nak lawan kau. =p




Sabtu, 26 Januari 2013

di sana

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Si Cantik Si Kacak..


hari ni aku akan membebel pasal diri aku.
to make people know who i am.

aku sangat tak pandai bawak diri di tengah-tengah kemeriahan orang ramai.
yep. memalukan. communication skill : zero

sebab tu aku tak berapa gemar membawa diri ke tempat yang penuh dengan orang kat sekeliling.
tak sanggup aku berlama-lama mencari muka untuk berkomunikasi dengan orang.
terseksa jiwa raga untuk aku cari keyakinan diri.
aku rasa orang kat sekeliling terlalu hebat.

aku pernah cakap macam ni dekat emak masa kitorg jalan pegi teluk batik.
'lagi rela pegi hutan dari dok tengah2 ramai ni. macam ape je'

haha. mungkin aku pelik.
aku kagum tengok orang yang boleh berdiri dan bercakap walau di tengah lautan manusia.
yang mampu bersembang kencang dengan sapa saja walau itu tempat baru.

sedangkan aku cuma mampu bercakap sepatah dua lepas tu rasa muka mengembang bersedia untuk meletup.
bomm!!

serius. aku lagi rela ke hutan dari menapak menjadi insan kerdil di sisi manusia hebat.
dah la tu. korang tak rasa ke. aman damai tenteramnya bila menjengah hutan ni.
indah ciptaan Allah.
macam-macam rasa ada.
insaf. muhasabah. menghargai nikmat.
memang aku rasa kerdil. tapi rasa kerdil aku di hadapan pencipta.
itu lagi bagus.

dari aku merasa hebat. hebat di depan orang. pung pang pung pang depan orang ramai.
sampai lupa hakikat siapa lebih hebat.

walau apa pun tafsiran aku. sinisnya kata aku.

aku tetap kagum.
dengan mereka yang punya keyakinan.
berhadapan dengan orang.
berbanding aku. hanya mampu berdiri megah di hadapan pokok dan haiwan.
hanya dapat berbual ria dengan ombak.


tapi ini aku.



Sabtu, 19 Januari 2013

tak tahu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Si Cantik Si Kacak..

 lama gila tak ber belog.
ada cerita menarik tapi tak menarik untuk dikongsikan.
ada cerita tak menarik tapi menarik untuk dikongsikan.
oke. pening.


SELAMAT TAHUN BARU 2013

belum terlambat kan untuk itu. haha

cerita 2012. kita biarlah jadi kenangan, pengajaran, pedoman.
cerita 2013. yang dinanti. sebab tak tahu apa bakal jadi.
tahun lepas, ada yang dirancang tak jadi.
tahun ni masih boleh merancang lagi.


pengalaman semalam menarik. tapi taknak kongsi. haha

memang entry ni ditulis untuk merepek.
sila maafkan.

homesick.
sick.

akhirnya, dapat telefon emak.
macam biasa. kalau tak mintak duit. mesti mengadu sakit. -_-
apa macamla. kesian mak ada anak macam aku.

pesan emak melibatkan benda-benda ini.
1. koyok.
2. nescafe
3. air gas (berkarbonat)
4. epal

kekadang rasa sakit macam dah biasa.
kekadang datang rasa luarbiasanya.
tapi dengan bajet kool dan hebat.
rasa luarbiasa tu akan hilang searus dengan ke'kool'an yang ditunjukkan.


okelah.
akhir kalam. an apple a day, keep u healthy everyday. in sya Allah..

TTC JOURNEY~1ST APPOINTMENT LPPKN KL + HSG KPJ Klang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Si Cantik Si Kacak.. Ok. Lama nak share sebenarnya pasal appointment LPPKN tapi asyik lupa. 😂😂 Sa...