Taman hati yang dulunya berseri dikelilingi bunga mewangi, kini semakin kering, semakin layu, semakin mati... tiada gunanya mentari bersinar jika duri berhutan, tiada gunanya air mengalir jika rumput mengemis.. dan apabila bah melanda, rosaklah segalanya... Namun mungkinkah pelangi berseri di sebalik gunung yang sunyi??

Sabtu, 2 Mac 2013

ini yang pertama

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Si Cantik Si Kacak..


aku.
sudah tak ada hati untuk buat apa-apa.
nak berkongsi rasa dengan siapa.

kawankawan kat sini.
sama sama tengah resah.
tak perlu meluah rasa.
debar itu sudah sama dirasa.

nak meluah pada keluarga.
belum rasa perlu untuk beri beban pada mereka.

*****

oke. serius. aku tak bagitau siapa-siapa family aku kat semenanjung.
tapi, once mak kol semalam. 
benar, aku nangis.
nangis sebab berita itu bukan dari aku.
satu satu mereka di semenanjung bertanyakan khabar.

hiba. 
aku disini masih selamat. Alhamdulillah.
khabar apa di luar sana. aku tak pasti.
khabar angin merata.
pemberita bebas dan tak bertauliah pun makin bertambah.

setiap saat bermacam versi cerita ada.

yang pasti.
aku harap kejadian ini segera pulih.
letih jiwa menahan rasa resah.
begini rasa.
rasa pertama kali. berhadapan situasi semacam ini.
T_T


Ya Allah. pulihkan keadaan ini.
berikan keamanan.


0 comments:

Catat Ulasan

four things come not back. the spoken word, the sped arrow, the past life, and the neglected opportunity.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Counters