Taman hati yang dulunya berseri dikelilingi bunga mewangi, kini semakin kering, semakin layu, semakin mati... tiada gunanya mentari bersinar jika duri berhutan, tiada gunanya air mengalir jika rumput mengemis.. dan apabila bah melanda, rosaklah segalanya... Namun mungkinkah pelangi berseri di sebalik gunung yang sunyi??

Rabu, 20 Mac 2013

rindu setengah mati

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Si Cantik Si Kacak..

aku mencuri.
mencuri sikit masa yang ada untuk buat entry tragis ni.

aku rindu setengah mati.
pada keluarga.
pada rumah.
pada bilik.
pada bau masakan kat rumah.
bunyi riuh rendah kat rumah.


*kesat air hidung

jangan aku mati kerana merindu.
nah, tragis.






Ahad, 10 Mac 2013

indah ciptaan Mu.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Si Cantik Si Kacak..



aku dah mula bosan gila duduk dalam ip saja tak keluar.
ye.b.o.s.a.n.

entah berapa kali aku bukak tutup blogger ni.

dari semalam lagi aku nak ceritakan ini.

selalu aku terdetik dalam hati. bosannye duduk sini. aku nak balik.
rindu family. kawan-kawan. etc

dan selalu jugak terjadi bila aku dah balik.
otw dari airport ke rumah.
tengok kelapa sawit kiri kanan jalan yang berlatar belakangkan langit indah terbentang luas dan sunset.

owh, aku rindu tawau. aku rindu kawan-kawan kat tawau. rindu masa kat tawau.
dan aku akan bagitau siapa saja yang ada dalam kereta masa tu.

sebab.
setiap kali tengok view-view cantik kat sini mesti dengan kawan-kawan.
jadi, bila tengok view macam tu kat semenanjung terus rasa rindu kawan-kawan.
siryes.

aku rasa bersyukur dan bertuah sangat.
kebanyakkan tempat aku pegi.
aku dapat tengok bermacam view indah ciptaan Allah.

masa duduk kalumpang dulu, seronok dengan tasik, keadaan muka buminya yang sangat unik. bergunung ganang, berbukit bukau.

rumah aku sekarang. hmm. belum lagi jumpa view cantik. haha

and sabah.
sangat superb. langit terbentang luas.
kat sini ko boleh tengok awan bermacam bentuk. puas.
langit biru yang damai. tenang.
pelangi selepas hujan. selalu nampak yang berkembar dan terbias.
hutan yang hijau. segar.
laut yang luas. takut. erk

aku tak pernah terimpikan untuk datang sini.
tak pernah masuk dalam list tempat yang aku teringin nak pergi.

tapi ada sorang dalam family yang asyik-asyik sebut sabah.
katanya nanti dia nak kerja kat sabah. jadi cikgu. berulang ke semenanjung. haha
itu adik aku. entah macamana sabah tu boleh jadi tempat istimewa untuk dia.

dan akhirnya. aku yang terbang ke sini. tanpa keluarga. T_T
tapi dengan kawan. kawan sama interview yang juga rumet aku sampai sekarang.
aku jugak ada keluarga angkat kat sini.

perjalanan hidup aku ni.
membuka mata aku.
cantik perancangan Allah untuk aku.
indah. seorang aku yang tak pernah berpisah dengan keluarga akhirnya kena duduk sini.
berdikari.

mungkin ini n3 terpanjang aku.
sebab aku bosan.
harap maklum. ^^V


antara kawan-kawan yang awesome.
*banyak yang tiada dalam gamba. hehe




Isnin, 4 Mac 2013

please understand, dear.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Si Cantik Si Kacak..


sejak kisah pencerobohan ni mula tersiar dalam tv dan mula dipandang serius,
sejak tu juga la aku jadi pendebat.
dengan si A.

cukup penat memahamkan dia (ayat aku kelass gitu)
dia terlalu takut + risau, sampaikan tiap apa yang aku bagitau dia tak percaya.
siap perli. siap padan kan aku lagi.
ok. fine.

dan sekarang, bila apa yang aku bagitau tu sebenarnya betul (sebab dah keluar berita)
baru sibuk nak risau.

sorryla. aku jenis membalas.
kalau aku tak dapat balas direct, aku guna psiko.

nak risaukan aku sekarang. dah terlambat.
aku tak harap risau tu lagi.

dan sekarang, lagi.
panas sendiri sebab tak paham situasi.
please la.

aku terangkan dengan ayat yang cukup skema.
sangat gramatis.


hah
begini la ini kehidupan.

Sabtu, 2 Mac 2013

ini yang pertama

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Si Cantik Si Kacak..


aku.
sudah tak ada hati untuk buat apa-apa.
nak berkongsi rasa dengan siapa.

kawankawan kat sini.
sama sama tengah resah.
tak perlu meluah rasa.
debar itu sudah sama dirasa.

nak meluah pada keluarga.
belum rasa perlu untuk beri beban pada mereka.

*****

oke. serius. aku tak bagitau siapa-siapa family aku kat semenanjung.
tapi, once mak kol semalam. 
benar, aku nangis.
nangis sebab berita itu bukan dari aku.
satu satu mereka di semenanjung bertanyakan khabar.

hiba. 
aku disini masih selamat. Alhamdulillah.
khabar apa di luar sana. aku tak pasti.
khabar angin merata.
pemberita bebas dan tak bertauliah pun makin bertambah.

setiap saat bermacam versi cerita ada.

yang pasti.
aku harap kejadian ini segera pulih.
letih jiwa menahan rasa resah.
begini rasa.
rasa pertama kali. berhadapan situasi semacam ini.
T_T


Ya Allah. pulihkan keadaan ini.
berikan keamanan.


four things come not back. the spoken word, the sped arrow, the past life, and the neglected opportunity.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Counters