Taman hati yang dulunya berseri dikelilingi bunga mewangi, kini semakin kering, semakin layu, semakin mati... tiada gunanya mentari bersinar jika duri berhutan, tiada gunanya air mengalir jika rumput mengemis.. dan apabila bah melanda, rosaklah segalanya... Namun mungkinkah pelangi berseri di sebalik gunung yang sunyi??

Ahad, 30 Oktober 2011

bola..

assalamualaikum..

oke..berikut adalah perbualan antara KY(kak yong@kakak besar) dan CC(aku laa)

KY : cc, ko suke bola?
cc : bola? bola ape? bola-bola api? mercun bola?
ky : ketepekk! (kakyong ketuk kepala aku) Bola sepak laa.. xkan bebola daging pulak..=_="
cc : owhohh... tak.
ky : la, kenapa?
cc : jap..tarik nafas. aku bukan tak suka langsung bola, aku suka tapi bila team malaysia lawan negara lain je..   time tu je semangat aku macam megi yang tengah panas..tapi bila lawan antara negeri dalam malaysia ni aku malas nak semangat sebab buang masa. bia la walaupun negeri aku yang tengah main, bia la dorang dengan kasut bolanya. buat apa aku nak over sangat.kata 1malaysia, aman damai, rakyatnya bersatu padu.. kalaula aku ni pelancong dari negara asing pastu kebetulan pulak datang Malaysia masa tengah musim2 negeri2 berlawan bola, kompem2 aku syak 2 team yang tengah main tu bukan dari satu negara. haha, nak tau kenapa?
ky : hmm..ape?
cc : pemain tu aku x kisahla..kalau aku pun main game pape semangat aku menggila. tapi yang over penyokong tu.. baik kat depan tb ataupun dalam stadium tu haa.. time tu..dah tak kenal sedara, kawan, mahupun bf/gf.. negeriku tetap harus menang.. sampai belasah2, cat muka mcm2 corak.. kalau sebelum ni kaulah sahabat dunia akhirat, bila time team negeri masing2 main, war!!!! kabur sekejap silaturahim... belum lagi bab menjerit...anak tekak tu kalau boleh lari la, dah lama dia lari menyorok kat dalam gua bila musim bola..... (aku berhenti sebab penat..anak tekak aku pun mintak rehat kejap...mintak air..haha)
ky : betul la..tapi mesti la kene semangat... negeri kau main, xkan kau nak dok wat muka selenge tanpa sebarang reaksi teruja...apadaa
cc : oke2... x kisahlah nak semangat ke apa ke... tapi janganla sampai bila dah habis game, ada la tu belakang, tepi, kiri, kanan stadium adegan pukul memukul, perli memerli, caci mencaci,... tu belum tengok persediaan penyokong sebelum game...kat fb tu kalau boleh setiap minit bagitau, 'yeshhh, negeri aku ______ mesti menang..40-0, cayalahh!'
ky : cayalahh! kedebukk! (sekali lagi aku kene hempuk)
cc : apesal pulak ni!!
ky : hari tu aku tengok kau ade tengok bola kat rumah menjerit sampai nak meroyan..ape cer?
cc : itu Malaysia main la ngok! kan aku dah cakap, kalau Malaysia yg tengah lari2 kejar bola xpe..bawa nama Malaysia..
ky : tapi kau perasan ta...
cc : tak.
ky : dushh! sabar! kau perasan tak bola ni boleh eratkan hubungan silaturrahim..
cc : bila?
ky : yela, kau tengok, dua jiran yang selalu bergaduh sebab daun kering jiran sebelah tu jatuh dalam halaman rumah dia boleh tengok bola sama2 jerit2 sama bila team dorang main..haa..
cc : memangla..yang kite ni..xpenahnye sembang tetiba buang tebiat bersembang lama2 mcm ni..pasal bola tu jugak..haishh
ky :................................ dah la, buang masa aku sembang ngan kau!
cc : aikk, aku pulak..dia yang nak sembang..hahahhah..woii kak yong, lepas ni jangan lupa ajak aku sembang pasal bebola ikan pulak!!!

dan kak yong pun pegi tinggalkan aku sorang-sorang.

haaa... aku bukan nak mengutuk apatah lagi mengata... aku cuma x suka. bila BOLA tu menjadi punca gaduh.. tak kisahlah nak jerit kuat mana pun... itu usaha korang sebagai penyokong nak bagi semangat kat team korang. tapi, kalau korang rasa semangat kekitaan korang tu dah kuat sangat, simpan dalam hati je..jangan sampai nak belasah2 atau pegi menghina orang lain yang kurang bernasib baik dlm game tu..
dan jangan riak..sebelum, semasa dan selepas game... ala kadar je cukup.. macam acik dan  ali ni..

sebelum..
acik : ali, kau rasa team kau boleh menang ke?
ali : kalau ada, adala..kalau kalah, xpe..adat la tu..
acik : aku rasa team aku boleh menang..tengok la dorang punye keeper, blablabblabla..semua hebat2..perghh..kompem menang ni..ko jangan sedih kalah nnt..hahahahahahhahaHAHAHAHA

jangan obses sangat sampai kecikkan hati rakanrakan...hak kita untuk menyokong siapa sahaja pilihan kita tapi kita xda hak nak menghina pilihan orang lain..=)

oke kawankawan, readers, visitors, kakak besar and abang besar sekalian... ini sekadar pendapat dan pandangan...

-abang ramli, jangan marah. hehehee (semenjakmenjak pemain malaysia main utk MU dan banggakan ayahnya..hehe)

1 ulasan:

  1. kawan sampai mati...
    zue...da kena tag..meh la singgah (:

    http://lifeyqa.blogspot.com/2011/11/bila-ditanya-saya-akan-jawab.html

    BalasPadam

four things come not back. the spoken word, the sped arrow, the past life, and the neglected opportunity.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Counters