Taman hati yang dulunya berseri dikelilingi bunga mewangi, kini semakin kering, semakin layu, semakin mati... tiada gunanya mentari bersinar jika duri berhutan, tiada gunanya air mengalir jika rumput mengemis.. dan apabila bah melanda, rosaklah segalanya... Namun mungkinkah pelangi berseri di sebalik gunung yang sunyi??

Ahad, 15 Februari 2015

aku seorang novis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Si Cantik Si Kacak..

two days lepas aku tulis entry throwback +menganggur tu aku dapat berita yang status pengaggur aku akan tamat.
on 27th Jan, ntah hari tu moodnya lain. awal aku bangun atau dalam erti kata lain aku tak tido lepas subuh. haha sempat aku berborak pasal kenduri makangkat kat lahad datu dan bergurau senda dengan emak sebelum jeng jeng jeng.. fon aku naik hang kot whatsapp n mesej masuk bertalu talu.
dalam gentar dan debar, gigilgigil aku nak check. sebab majoriti classmate pegi sabah sarawak. roommate lima tahun setengah aku dapat sarawak.
dannnn check punya check, baca punya baca, aku posting ke SABAH. that's all. hhaha


tapi memang beberapa hari sebelum tu pun aku emak dan family banyak bercakap 'macamana kalau posting nanti dapat sabah?' masa tu mak cakap, 'xpela zu, mak redha je, keje je la kat mana pun dapat nanti'

hmm. perancangan Allah itu cantik dan indah, cuma kita manusia kadang-kadang tak nampak atau sukar nampak indahnya perjalanan hidup yang Allah dan aturkan.

bila aku bagitahu emak, respon emak hambar. senyum emak tak jelas. lepas bagitahu aku terus masuk rumah tanpa tunggu lama. bikin touching kalau tunggu lama lagi.

maka, berkelam kabut lah aku menguruskan segala yang tak terurus. sebab awalnya aku diminta untuk ke hotel pada 28hb dan fly without wings ke sabah pada29hb jan. nak dijadikan kisah ni lebih menarik dan awesome plus mencabar menduga. aku ada test jpj 28hb tu. tapi Alhamdulillah tarikh ke hotel ditunda satu hari untuk memberi laluan kepada guru-guru novis yang akan ditempatkan ke sarawak.
dan Alhamdulillah, walaupun aku tak sempat nak study apakebenda pasal kereta tapi urusan test jpj dipermudahkan. lulus tapi tak tahulah dengan jayanya atau sekadar cukup makan dan kesian.

dannnn bermula lah perjalanan aku.... to be continue ahakss

1 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam

four things come not back. the spoken word, the sped arrow, the past life, and the neglected opportunity.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Counters