Ahad, 10 Mac 2013

indah ciptaan Mu.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Si Cantik Si Kacak..



aku dah mula bosan gila duduk dalam ip saja tak keluar.
ye.b.o.s.a.n.

entah berapa kali aku bukak tutup blogger ni.

dari semalam lagi aku nak ceritakan ini.

selalu aku terdetik dalam hati. bosannye duduk sini. aku nak balik.
rindu family. kawan-kawan. etc

dan selalu jugak terjadi bila aku dah balik.
otw dari airport ke rumah.
tengok kelapa sawit kiri kanan jalan yang berlatar belakangkan langit indah terbentang luas dan sunset.

owh, aku rindu tawau. aku rindu kawan-kawan kat tawau. rindu masa kat tawau.
dan aku akan bagitau siapa saja yang ada dalam kereta masa tu.

sebab.
setiap kali tengok view-view cantik kat sini mesti dengan kawan-kawan.
jadi, bila tengok view macam tu kat semenanjung terus rasa rindu kawan-kawan.
siryes.

aku rasa bersyukur dan bertuah sangat.
kebanyakkan tempat aku pegi.
aku dapat tengok bermacam view indah ciptaan Allah.

masa duduk kalumpang dulu, seronok dengan tasik, keadaan muka buminya yang sangat unik. bergunung ganang, berbukit bukau.

rumah aku sekarang. hmm. belum lagi jumpa view cantik. haha

and sabah.
sangat superb. langit terbentang luas.
kat sini ko boleh tengok awan bermacam bentuk. puas.
langit biru yang damai. tenang.
pelangi selepas hujan. selalu nampak yang berkembar dan terbias.
hutan yang hijau. segar.
laut yang luas. takut. erk

aku tak pernah terimpikan untuk datang sini.
tak pernah masuk dalam list tempat yang aku teringin nak pergi.

tapi ada sorang dalam family yang asyik-asyik sebut sabah.
katanya nanti dia nak kerja kat sabah. jadi cikgu. berulang ke semenanjung. haha
itu adik aku. entah macamana sabah tu boleh jadi tempat istimewa untuk dia.

dan akhirnya. aku yang terbang ke sini. tanpa keluarga. T_T
tapi dengan kawan. kawan sama interview yang juga rumet aku sampai sekarang.
aku jugak ada keluarga angkat kat sini.

perjalanan hidup aku ni.
membuka mata aku.
cantik perancangan Allah untuk aku.
indah. seorang aku yang tak pernah berpisah dengan keluarga akhirnya kena duduk sini.
berdikari.

mungkin ini n3 terpanjang aku.
sebab aku bosan.
harap maklum. ^^V


antara kawan-kawan yang awesome.
*banyak yang tiada dalam gamba. hehe




2 ulasan:

  1. hengkau takyah ckp pon daku dah tahu daa. raut wajahmu mampu menceritakan semuanya. eseimen!!!
    haha.sabar yer.kte tgu t cuti sem.balik sama-sama >.< ahaha

    BalasPadam

TTC JOURNEY~1ST APPOINTMENT LPPKN KL + HSG KPJ Klang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Si Cantik Si Kacak.. Ok. Lama nak share sebenarnya pasal appointment LPPKN tapi asyik lupa. 😂😂 Sa...