Jumaat, 25 Februari 2011

ye..aku sedar...

assalamualaikum...(sila baca dengan nada yang ceria...seceria burung berkicau d pagi hari...ini bukan luahan perasaan..ini luahan seorang Zulaiha)

semoga aku dapat jalankan tugas dengan baik untuk kejohanan olahraga ini...

*******************************************************************************************
kaki aku sakit...even aku xmasuk acara pun..
mayb tadi terlalu xcited tgk org lain lari 3000m n 5000m...
kaki aku plak yg sakit...
pastu tambah pulak dgn gathering yg best gilerr pkul 10 malam td...
perghh...berdenyut2 kaki aku....
sedappp btol...
******************************************************

ye..aku sedar yg kini kesabaran aku sudah zero (0)..
dan aku amat berharap agar aku x keluarkan bahasa2 taboo...
walaupun hakikatnya aku telah dengan tidak sengaja..
without thinking mengeluarkan kata2 taboo tadi...
i'm so sorry...

aku manusia biasa..aku tau ko pun manusia biasa...
satu permintaan aku...
bleh x jangan kejar kesempurnaan...
sebab yang hanya akan muncul cuma kekurangan n kelemahan...
jadi qanaah laa...
bersederhana sudah...
terima manusia seadanya...
do u know this quote..
what goes around comes around...
aku x nak tulis banyak pasal tu cuma aku nak kata...
pandang ke belakang n depan...
jangan terlalu selesa dengan tahap statik anda sekarang..
kenapa org lain boleh ..tapi...

mak..kalau mak ade sini...
mak la yg terpaksa dgr semua luahan ni...
mak la yg slalu bg nasihat...
mak la yg slalu kasi relaks...
walaupun kadang2 mak wt derk je bila luahan ni dikeluarkan...
tapi tu dah cukup membuatkan hati ni puas...lega...

ikam..ikam tahuklah ikam tu ramai yg kadak sukak...
amun handak basasarik hajak...

huhh..jiwa kacau betul...
Ya Allah..semoga esok masa berlalu dgn pantas...
dan semua berjalan dgn lancar...
semoga aku dapat melewati detik2 tegang itu dengan tenang...
dan aku harap....hidup aku akan kembali normal lepas tu...
full of happiness..good things..aminn...

plizz forgive me...
mcamana korang x dapat control emosi korg mcm tu jgak aku....
tlg jgn mindset yg korang saja dberi anugerah utk beremosi...
orang lain jugak ade hak itu....
walau siapa pun anda..kita sama..
ye..kita sama....


ni blog aku...so...izinkan aku utk meluah segala yg terbuku d sanubari...ye..selepas segalanya aku luah kat sini...
hati aku...hati aku mula dapat pupuk kesabaran semula...

Isnin, 21 Februari 2011

orang kata...

assalamualaikum wbt..

aku nak share satu cerita..ntah dari mana aku dapat aku x bape ingat...dari akak aku kot..

****************************************************************************************

ORANG kata, jangan benci sangat pada seseorang, kelak kita akan menyintainya separuh mati.. Walau tidak termaktub dalam kitab, namun kata-kata inilah yang diperturunkan dari generasi ke generasi.

Pepatah Inggeris pula ada menyebut, it takes a second to know someone, a minute to like someone, an hour to love someone but it takes the rest of your life to forget your love ones. Tiada kajian saintifik membuktikan kesahihannya kerana proses kehidupan manusialah yang menjadi saksi kebenaran pepatah tersebut.

Kata orang, cinta pertama sukar dilupakan walau datang cinta lain kemudiannya. Aku menyangkal. Perjalanan hidupku membuktikan sebaliknya. Tidak semua orang bertuah memiliki cinta pertama sebagai cinta sejati. Bagiku, cinta pertama untuk dikenang. Cinta yang datang kemudiannya mungkin cinta sejati..

Kita tidak tahu bila kita akan bertemu cinta sejati kita. Mungkin pada cinta
pertama, kedua, ketiga atau akhirnya kita menyedari bahawa cinta sejati kita hanyalah pada Ilahi. Namun aku bersyukur kerana cinta sejatiku pada Penciptalah yang mempertemukanku dengan insan yang salah dahulu sebelum menemui cinta sejatiku.

Usiaku genap 22 tahun tiga hari lepas. Aku punya kisah cinta yang padan dengan pepatah tersebut. Ya, kerana bencilah aku menahan rasa cinta separuh mati kini. Walaupun baru kutinggalkan hampir empat bulan lalu, aku yakin dan percaya, cinta itulah yang akan terus kukenang selamanya.


Dia, banyak mengajarku bidang ilmu yang kucintai, arkitektur. Dia dengan sinis, sering menegurku tanggungjawab dan peranan seorang insan. Dia, kutinggalkan bersama kenangan. Pastilah kerana cintaku ini pernah bergelar pensyarahku, juga mantan suamiku.

“Saya cabar awak.”

“Saya cabar awak kahwin dengan saya sebaik saja awak habis belajar, which means in this three months time. It’s just a challenge. If you aren’t dare to, i bet you to tell me all the reasons why you hate me so much. Well, what would you say?”

Cabarannya langsung tidak mengujakan namun ayat terakhirnya benar-benar mencabarku. Aku terima cabarannya asalkan dia juga menyahut cabaranku - kecuali ketika upacara membatalkan wuduk di majlis akad nikah, aku mencabarnya agar tidak langsung menyentuhku. Saat dia menyentuhku, talak jatuh ke atasku.

Dengan wajah selamba dan senyuman sinis, dia menyahut cabaranku. Termeterailah perjanjian kami malam itu bersaksikan rakan-rakanku. Gila.

Lawatan akademik yang paling menyayat hati. Rakan-rakan menghakimi perbuatanku. Pelbagai pertanyaan mereka lontarkan. Pulang dari Bali dan kembali meneruskan pengajian, saban hari mereka memujukku melepaskan cabaran. Asal saja Encik Zhafran mengajar, suasana janggal. Kerap dia menghasutku dengan sinis supaya melepaskan cabarannya.

Lemas, kadangkala berasa hampir tewas namun janji tetap
janji. Aku mahu lebih tabah, lebih kuat. Cukuplah kisah lama.

Hakikatnya aku tidak tahu salahku hingga begitu sekali dia membenciku.

Aku hanya insan biasa dengan rutin hidup normal, suka mengelamun dan tiada keistimewaan lain.

Seingatku, hari pertama semester ketiga, dia hadir memperkenalkan diri sebagai Encik Zhafran, mengajar reka bentuk seni bina. Panggilan formal dan santai, Sir Zhafran. Satu tabiatnya, setiap kali dia bertanya ya atau tidak, kami perlu menjawab, “Yes sir!” atau “No Sir!” dengan tegas. Aneh..

Entah mengapa, setiap kali dia menyebut namaku, Aisyah, aku rasa menyampah.


Walaupun begitu, aku tetap menghormatinya. Dia prihatin dengan kerjaku, tidak pernah sekalipun dia mungkir singgah di mejaku ketika sesi tutorial. Komennya yang tegas dan membina menyenangkanku. Realitinya, dia juga penyumbang kepada kejayaanku beroleh A dalam subjek tersebut. Untuk itu, aku amat berterima kasih.

Entah mana silapnya, sikap ramah dan prihatinnya terhadapku cuma bertahan satu semester sahaja. Menginjak ke semester keempat, ada saja sikap dan perbuatanku yang tidak kena di matanya. Sesi tutorial, dia tidak lagi singgah di mejaku. Sesi pembentangan, dia jarang menumpukan perhatian namun banyak pula komen dan sindirannya. Kadangkala, terasa seperti diaibkan.

Rakan-rakan menyuruhku bersabar. Mereka juga hairan dengan perubahan tingkahnya terhadapku. Aku muhasabah diri, mencari khilaf yang mungkin menggurisnya. Namun aku buntu. Perasaanku yang sedih dengan perlakuannya bertukar benci lalu aku juga bersikap dingin terhadapnya.

Benar, kebencian bernanah andai kita tidak merawatnya. Setahun dibiar, akhirnya ‘nanah’ itu pecah lalu terluahlah segala kebencian. Malam persembahan kebudayaan Malaysia - Bali menjadi saksi kebencian kami yang akhirnya bertukar tragedi.

Dalam amarah, kami saling mencabar disaksikan rakan-rakan. Aku akan pastikan kemenangan milikku.

Menghormati syariat dan adat, dia melakukan semua yang sepatutnya - menghantar rombongan dan merancang majlis. Ibu tergamam tatkala cincin emas dihulurkan Datin Afifah. Bila ditanya, tenang saja kami menjawab, dah jodoh. Kami memang pandai berlakon, mesra dan ramah di khalayak ramai.

Rabu, peperiksaan akhir tamat. Sabtu, hari ‘bahagiaku’ menjelang. Majlis akad nikah bersekali resepsi disambut meriah. Tidak henti-henti aku menguntum senyum ‘bahagia’. Pastilah, sebentar nanti aku akan memenangi cabaran ini. Hatiku ketawa puas.

Selepas Zuhur, bersaksikan seluruh ahli keluarga, pensyarah dan rakan-rakan, kami diijabkabul. Saat bertentang mata dengannya dan menguntum senyum, aku sayu.


Walaupun sekadar permainan, akhirnya aku bergelar isteri. Bodohkah aku?

Cabaran bertukar tangan. Kehidupan kami unik. Tiada bulan madu. Di kondonya, kami tinggal berlainan bilik. Dingin dan terasing. Tiada interaksi yang kerap, bertegur sekadar bertanya perkara yang patut, mengejutkan Subuh atau saling menyindir. Makan biasanya asing, dia di dapur dan aku di hadapan televisyen. Aku menjalani kehidupan yang bahagia sepanjang menyiapkan tesis akhir pengajian bersama ’suamiku’. Dia juga berpegang pada janji. Aku rasa selamat walau tidak mengunci pintu bilik di malam hari.

Keadaannya yang demam teruk satu pagi sebulan selepas pernikahan kami
menyedarkanku. Dalam demam dan batuk, dia berkeras tidak mengizinkanku menyentuhnya, bimbang nanti jatuh talak. Gila aku dibuatnya. Kutegaskan sekali lagi syarat cabaran, hanya dia yang tidak boleh menyentuhku, bukan aku. Selama tiga hari menjaganya, aku menyediakan makanan, menyuapkan ubat, menuam dahinya, mengelap badannya malah menemankannya hingga tidur. Kami cuma diam, kadangkala aku perasan genangan air matanya. Sepanjang itu dia berusaha tidak menyentuhku.
Betapa dia berpegang pada janji. Aku bungkam. Mengapa?

Selepas dia pulih, kehidupan kami kembali normal. Runsing dengan sikapnya dan tertekan menyiapkan tesis, fikiran dan kesihatanku terganggu. Walaupun demam, aku nekad menyudahkannya. Gagal. Panas badan menghentikanku. Tinggal beberapa muka lagi ketika aku tertidur di depan komputer pukul empat pagi. Jam satu petang terjaga, aku panik. Komputerku ditutup. Pandanganku menangkap tiga buah buku berkulit keras siap dijilid dengan namaku di atasnya. Kusemak hingga helaian terakhir. Itu tesisku! Semua fakta dan hujah yang kulakarkan disampaikan dengan terperinci, padat dan lengkap dengan gambarajah.. Sebahagiannya bukan
kerjaku, pasti kerja dia.

Maaf saya siapkan, takut awak tak sempat hantar sebelum pukul 5. Jangan risau, saya bukan pensyarah penilai. Makanan dah disediakan, makanlah. Kalau tak larat drive, call me, i’ll fetch you. I’m half day today. So then, take care. Again,
sorry.

-Zhafran-

Nota kecil tersebut membuatkanku terjelepok ke lantai. Aku menangis, meraung kecil. Geram dan menyampah, sebal. Cukuplah!

Tiga bulan sebumbung dengannya, aku tidak sanggup berpura-pura lagi. Aku perlu segera keluar dari rumahnya dan hilang daripada pandangannya. Aku tak mampu terus bersamanya. Aku nekad menerima tawaran belajar ke Glasgow .

Tanpa perasaan, kunyatakan hasrat dan minta dia melepaskanku dengan alasan aku ingin mencari cinta pertamaku. Lama dia diam, kemudian mengangguk dan berlalu. Ibu bapaku hanya kuberitahu tentang hasrat menyambung pengajian.

Lapangan terbang menyaksikan pertemuan dan perpisahan. Di sini juga ada ketawa dan air mata. Dan malam itu, aku ditemani keluarga dan Zhafran. Dia banyak mendiamkan diri, sekali-sekali melayan adik-adikku dan tersenyum memandangku.

Saat perpisahan, aku menyalami seluruh ahli keluargaku. Sampai giliran Zhafran, keluargaku menjauh. Hanya aku dan dia. Tiba-tiba, dia menyentuhku, menarik tanganku bersalam dengannya. Hatiku luruh. Perlahan-lahan kutunduk mencium tangannya. Air mataku bergenang. Bangkit semula, dia mencium dahiku lama. Dengan perlahan, dia berbisik, “Saya lepaskan awak. Carilah cinta awak. Saya doakan awak bahagia.”

Lambaian terakhirku pada mereka disertai deraian air mata yang deras mengalir. Aku sebak, amat. Hingga mereka hilang daripada pandangan, aku hanya nampak Zhafran dan senyuman ikhlasnya. Aku menangis dan menangis. Aku mengerti segala yang berlaku, aku yang memintanya. Namun hatiku benar-benar pedih.

Tamatlah cabaran, perjanjian dan hubungan kami. Tapi aku pasti, sesuatu telah lama lahir dalam hatiku. Sebelum berlepas, nombor Zhafran kudail. Lama baru kudengar suaranya. Hatiku pedih.

“Kita kalah. Tapi saya kalah teruk bila awak tak tanya alasan membenci awak."

Sir, i hate you. I have to since i realized that i’ve fallen into you the
second you call out my name years ago and i can’t believed it.

“Saya bukan gadis suci. Memang saya masih dara tapi Ashraf dah terlalu banyak menyentuh saya. Saya kesal dan saya bertaubat. Tapi saya rasa jijik, benci diri sendiri. Saya tak layak untuk sesiapa. Untuk itu, saya tak sanggup menyintai awak. Lepas kahwin, saya semakin membenci diri kerana saya sedar awak sayangkan saya. Tapi saya tak layak untuk awak!” Aku teresak.

“I’m sorry i love you sir. But i’m so sorry i can’t love you. Take care.”

************ ********* *****

Cintaku berakhir di situ. Di bumi Inggeris ini, aku belajar mengubati hati,
menyibukkan diri dengan tugasan dan kuliah. Aku jumpa Ashraf, dia sudah berubah, juga minta kukembali padanya. Maaf, hatiku bukan lagi untuknya. Sesekali ingatanku melayang mengenang Zhafran. Kadangkala termimpikannya dan apabila sedar, aku menangis.

Sejak di KLIA, kami sudah tidak berhubung. Mungkin dia juga sepertiku, ingin melupakan satu sama lain dan memulakan hidup baru. Melupakan? Semakin kuberusaha, semakin kusedari betapa kumerinduinya.

Petang Khamis itu, aku bersiap ke masjid untuk bacaan Yassin. Musim luruh yang nyaman menenangkan hatiku tatkala menyusuri jalan. Pemandangan hijau dan lautan langit biru mengasyikkanku. Bam! Berpinar kepalaku terlanggar tiang lampu di tepi kawasan masjid. Dahi kugosok, cuba mengesan sebarang perubahan.

“Langsung tak berubah, suka mengelamun.”

Aku tersentak lalu berpaling ke arah suara itu. Wajah yang kurindui itu kini di hadapanku, sedikit cengkung.

“Ikut saya.” Zhafran terus menarik lenganku dan mengheretku ke pintu masjid. Agak ramai orang di dewan utama. Dia berpusing memandangku. Matanya menjilat wajahku lama. Aku diam, berdebar.

“Saya tahu awak ada banyak soalan tapi kita boleh cerita nanti. Sekarang ni,
saya nak kita masuk dalam dan nikah semula.”

Jantungku seolah terhenti. Kutatapnya dalam. Tanpa sedar aku menapak selangkah ke belakang. Dia menghela nafas. “Aisyah, awak tahu tak saya dah lama sayangkan awak?”

“Setiap kali saya panggil nama awak, hati saya berdebar. Saya rasa bersalah,
saya tak patut jatuh cinta pada pelajar sendiri. Sebab itulah saya dingin
terhadap awak untuk mengurangkan rasa bersalah saya. Tapi tak sangka perbuatan saya menyusahkan hingga awak membenci saya. Malam tu di Bali , sebenarnya saya melamar awak takut-takut. Tapi lain pula jadinya.”

Aku tergamam dengan penjelasannya.

“Semua orang buat kesilapan Aisyah, saya pun. Tapi yang penting ialah cara kita menanganinya, siapa kita pada hari ini dan apa kita nak jadi nanti. Kisah silam awak langsung tak mencacatkan perasaan saya terhadap awak.” Dia berhenti.

“Sebulan saya di sini mencari awak, mengikuti rutin harian awak, memandang awak dari jauh. Saya tunggu awak habis edah. Saya tak nak rujuk, nanti kena sambung cabaran dulu. Saya nak nikah semula dengan awak, saya nak awak jadi isteri saya semula.”

Matanya bergenang. “Saya bukan malaikat. Tak ada satu ketika pun saya tak rasa nak sentuh awak. Bila awak tidur, saya masuk bilik tengok awak. Saya teringin usap awak, teman awak tidur. Saya geram tengok awak ketawa depan TV. Dulu masa awak jaga saya, saya rasa susah sangat. Saya sedih kenapa kita jadi macam tu.”

Terdengar esakan. “Aisyah, i need you, i love you so much. I can’t be apart from you anymore. Will you take your stupid ex-hubby as your real husband again?”

Terlalu pantas dan mengejutkan. Sebak dan terharu. Lidahku kelu, air mataku sedari tadi tidak berhenti. Lama kuterdiam, cuba mencerna kata-katanya.

“Aisyah, yes or no?”

Lamunanku tersentak. “Yes sir! I do!”

Opss! Dia senyum. Aku tunduk malu.

Orang kata, jika kita cintakan seseorang, bebaskan dia. Jika dia kembali,
maknanya dia memang tercipta untuk kita. Aku melepaskan Zhafran namun dia kembali semula padaku. Dia menyedarkanku bahawa kita tidak boleh pilih dengan siapa kita hendak jatuh cinta. Dia membuatkan aku yakin pada diriku.. Banyak perubahan berlaku padaku sepanjang mengenalinya. Dia membuatkan aku percaya, sesiapa jua berhak untuk bahagia kerana bahagia diusahakan oleh kita sendiri.

Luahkan hasrat dan impian kita dengan ikhlas dan berusaha memperolehinya. . Tiada doa yang tidak didengar, tiada usaha yang disia-siakan. Percaya pada diri dan hati kita. Cintailah diri dan cintailah segala yang kita ada, jangan persiakannya. Oleh itu, Zhafran, terima kasih untuk segalanya.

“Aisyah sayang, where are you dear? Come here honey, i need your help.”

“Yes sir!!”

sekian.

Isnin, 14 Februari 2011

korang..

assalamualaikum...

korang...

telah membuat aku hilang mood untuk...

mengupdate blog..

hidup untuk beberapa hari ni..or mayb forever...

bergembira...

menikmati hidup segembira sebelum ni...

semua sebab korang...

maaf...

kali ini memang aku nak blame korang...

kerana..tanpa korang...mungkin..siapalah aku...=)

Rabu, 9 Februari 2011


YANG BERJAYA DAN YANG GAGAL

YANG BERJAYA SELALUNYA ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA JAWAPAN

YANG GAGAL SELALUNYA ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA MASALAH

YANG BERJAYA SELALUNYA MEMPUNYAI PERANCANGAN

YANG GAGAL SELALUNYA MEMPUNYAI ALASAN

YANG BERJAYA SELALUNYA BERKATA BIARKAN SAYA BUAT UNTUK ANDA

YANG GAGAL SELALUNYA BERKATA INI BUKAN KERJA SAYA

YANG BERJAYA NAMPAK RUMPUT HIJAU DISAMPING LONGGOKAN PASIR YANG MENGHALANG

YANG GAGAL NAMPAK LONGGOKAN PASIR YANG MENGHALANG DISAMPING RUMPUT HIJAU

YANG BERJAYA SELALUNYA BERKATA AGAK SUSAH TAPI BOLEH DIBUAT

YANG GAGAL BERKATA BOLEH DIBUAT TAPI SANGAT SUSAH

JADILAH DIRI ANDA SEBAGAI SEORANG YANG BERJAYA.


assalamualaikum..

dah baca ayat2 dari atas tu?

so, aku rasa..kita boleh la tepuk2 dada..tanya diri..

jangan tepuk kuat2..sesak nafas plak kang..^_^V

Selasa, 8 Februari 2011

i won't make u hurt






assalamualaikum w.b.t...
x jawab dose...kalau jawap....sayanggg..hehehe

akhirnye berakhir juga hari yang mentensionkan aku...
dan hari ni...aku rasa gembira teramat...

semalam, 7 feb,
Ya Allah...dugaan betul..
rasa x tertanggung oleh aku yang lemah ni..
kesian kengkawan yang terpaksa jadi bahan untuk melempiaskan kestressan...
dan hari ini..Alhamdulillah...semua berjalan dgn lancar...dan kuiz..^_^..menggembirakan...

dan aku telah berjanji..untuk cuba..n cuba..untuk x biarkan tension itu menguasai diri...=)





Ahad, 6 Februari 2011

tengok ni..tengok ni..








<---tengok cepat!!








dah tengok???gud~~
xde apela sangat pun yang aku nak sampaikan..cuma...
cunnye gambar nieyhh!!hahahaha..koya~~

..this pic telah aku ambik secara illegally dr pesbuk noor syahidah..
thnx n sorry noor syahidah..^_^V

Sabtu, 5 Februari 2011

hahahahahhaahahaahari ini...

assalamualaikum.....

hahahahahhahahaa...
gelak x sudah aku...
kenapa?ade la....sorry la rumet...unbelievable la pembongkaran itu...

x sangka si dia itu sungguh rajin menyelongkar...dah mcm melodi lak...

okeyh2...hari ni..mcm2 mende la..
outing...makan2...gelak byk ari ni..banyak ilmu aku keluar..haihh


k...tengok gambar atas ni....
ini..opss..itu...family angkat aku...
ehh, mne aki?? oww...aki la snap gmbar ni...xpe..nnt aku wt n3 khas tuk dia...hehe

prubahan drastik aku hari ni....
korang x nmpak kan aku pakai cmne tu?
haaa...meh aku habaq sket...
aku pakai skirt..huahuahuaa...
n shawl tu xpnah aku try gaya gtu...aku pun sbnrnye rase berat hati je nk jalan ngn gaya gtu tp yakin itu harus ada ye..
dan dgn keyakinan itu, kami [aku n rumet] d nmpak mcm ala2 minah arab..kot..hahahaha..ngarut..

xterkata la hari ni..

aku nak senaraikan PERKARA YANG BAGUS KETIKA OUTING HARI INI..hehe

1- zul belanje kitorang ceklat...kat olebelle...d eastern plaza..kalo korang nak usha..bleh bukak fb n type olebelle...[aku promote...aku bole dpt komisen da ni kan??haha]
2- balik awal...x caye...sblm maghrib iaitu dalam jam 5.30 gtu kami telah pun berada depan dahlia...hebat bukan...biasenye outing kalo x balik malam mmg x sah..
3- jumpe family angkat..lame da x jumpe weyh..haha

dan pelbagai lagi kisah suka2 yang kami wujudkan tadi..hahaha

tettt...jam menunjukkan pukul 11.20 malam..
akhirnye berakhir juga...berakhir ape? sesi ta'aruf...d alam maya..
bersama? tetttt....hahahahaaaa

ok.. sekalian rakan2ku... aku sudahi n3 kali ini dgn....
assalamualaikum....

Jumaat, 4 Februari 2011

heal the wound

assalamualaikum...

aku telah berkata kepada diri aku...

heal the wound...


dan..aku berjaya..haha

tipu je...aku x penah kate mcm tu kt diri aku..
hahahaaa..aku cume terpikir yg hidup mesti dteruskan...
biarkan yang pergi..biarkan yg telah terjadi..chewwahh...

agak gewdikkss ayat tu..

ok...n3 kali ini aku akan cuba utk gunekan bahasa yang mudah dfahami ye...
aku akan cube utk tidak mggunakan bahasa2 rempit @ comel..hahaha

tajuk n3 kali..ye...aku telah guna bhse omputih ye dsitu...
bukan ape..saje nk try..haha
try ape...
cuba try test ingatan pada vocab2..

hahhh..banyak merepek je tu...

hari ni...jenazah dkebumikan...
bagusnye ade fb...
maklumat boleh dsampaikan dgn pantas la jgak...

bak kate anwar hadi, zaman sekarang ni..kalo korang xde fb,
nampak macam korang x wujud...ye??

aku pn xtau...mak aku xde fb...tp mak aku ade tau..

ok..berbalik kepada tjuk n3 kali ini...
aku rasa..awal tahun adalah waktu2 kesedihan n kesakitan utk aku...
ye..dugaan paling banyak waktu ni...
since years before...

mase form 5..aku demam berbulan2...sampai kene makan vit everyday..
mase tu jugak keadaan suspen bile tulang aku yg kurang normal keadaannye ni
terpakse di check berkali2...alhamdulillah..ok je pun..

after spm, aku telah dberikan perintah berkurung tahap sederhana bile aku
kene dok rumah...x bleh keje...tapi nak g jalan2 boleh...
ipoh, sunway, suria, timesquare..jejakkan jugak..
tu pasal aku kata tahap sederhana...<--sedih ke..haha
pastu masuk felc..demam..agak teruk..panas x hengat..
bile panas da kurang baru req nk g klinik..haha..gilerr..
kawan2 je yg take care mse tu..huhuu..taceng..

last year...aku sedihh bile perkahwinan abang aku tetap djalankan tanpa aku..
sedih..sedih..my only brother tu..
pastu...aku telah ter allergic...
ter ye..sbb aku xtau pulak cmne boleh alergik...
18 tahun aku hidup, x penah jadi cmtu...tapi tahun yg ke 19 aku kene..

tahun ini...2011...
demam semula...n kehilangan seorang insan yg sgt byk memberi sumbangan pd aku...
ye...semua yg hidup pasti akan mati...
begitu juga aku nantinye...
oppss..nantinya..hehe~~

dan dua tahun berturut2 2010 n 2011..chewwah..mcm menang award plak...
aku telah dberikan perintah berkurung tahap paling top..
da la tinggalnye aku sekarang ni nun jaoh..oversea kot...
bila balik...huhuu...zulaiha, u cannot go out..
neither with friends nor boyfriend...strictly...
kalau nak keluar only with family members...huahahaha
sayalah tuan puteri yang tinggal bahagia di dalam istana...


sekian sahaja daripada aku...

chechaq shoutout:- aku baru tau yg heal the wound ni tajuk lagu..hahhahha...ketinggalan btol..ingatkan heal the world je ado..

Khamis, 3 Februari 2011

he left me and the other...='(


assalamualaikum....

semalam..2 feb 2011...around 730pm
my lecturer mase kat FELC (felda english language centre) dulu meninggal..
until now, aku still terkejut n susa nk caye...
memang...beberapa ari lepas member2 felc inform gtau dia dmasukkan ke hospital..
sbb sesak nafas...
n aku sangat x sangka...he left me forever...

rasanya macam baru je beberapa bulan lepas kitorg chitchat kt pesbuk..
huhuhuuu...

kepergian yang terasa berat janganlah engkau tangisi karena setiap ajal pasti menghampiri kemanapun setiap insan pergi…

tapi aku sedihh...
segala ilmu yg dah dcurahkan kt aku xkan aku sia2kan...

aku still ingat lagi mase kelas dia..
dia nak bercerita pasal tempat dia tinggal masa tu..
kat jalan jelatek...

BI dia mmg fluence sbb dia omputih kan...
tapi aku stil jgak dpt paham skit2 ape yg dia cakap...
kadang2 kitorg gelak sbb dengar laen macam bila dia sebut some word dlm bhsa melayu...
mcm jalan jelatek tu...

sedikit tribute n kenangan kami bersama Mr bob @ mohd daniel wilson abdullah....

kelakar...suka melawak...itu dia...

ramah saje dengan semua student tanpa membeza2kan...

we will miss u...always remember you...keep thinking of you...pray for you...rest in peace...Al-fatihah...

***************************************************************************************************************

n untuk semua lecturer2 felc....sayang kamu!! take care....

sir raymond- i still remember how he advise me...dia cakap dia slalu tgk aku jalan pandang bawah...mcm xda keyakinan...dia cakap, peduli ape orang nak kata, yg penting kita yakin dgn diri kita...n aku ingat lagi mcmne dia bagi aku kepercayaan utk conduct choir gantikn tempat bel yg terpakse keluar awal g PLKN..i love u mr raymond...

madam wan + madam maznah - thnx sbb ajar n bagi sy keyakinan mase sy g interview maktab ni dulu...
a lot of thnx sbb anta sy g interview...kasi sy smngt...sgt understanding...i love both of u very much...

sir wee- thnx for everything...thnx for become so understanding n kind at the end of the course...u are the 1st lect i met when i come to register at felc..i love u sir...

sir subra - thnx for take care of us...

n sorry to all lecturer...mungkin sy degil, nakal, penah x siapkn homework....so sorry...



Rabu, 2 Februari 2011

i just keep waiting....


trying to forget someone you love is like trying to remember someone you never met....

uhhh...till now..
i still waiting for u to understand me...
enough if u can feel what i feel...
i don't ask you to help when i'm in trouble...
nor i didn't ask you to budge when we fight..
only one i want..plz understand me..
understand before you love me...
n before u make me fell in love with you..

it's hurt to realize that i'm nothing to you...
i mean nothing for you...

there are things that we don't want to happen but have to accept,
things we don't want to know but have to learn,
and PEOPLE WE CAN'T LIVE WITHOUT BUT HAVE TO LET GO..

last time,when i can't reach u for a week,
i cried because i know i don't want to lost u...
but now, no more tears, n i'm sure..
if i have to let u go...then I WILL..

mayb we are not meant to be...
u are not my destiny...



TTC JOURNEY~1ST APPOINTMENT LPPKN KL + HSG KPJ Klang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Si Cantik Si Kacak.. Ok. Lama nak share sebenarnya pasal appointment LPPKN tapi asyik lupa. 😂😂 Sa...