Taman hati yang dulunya berseri dikelilingi bunga mewangi, kini semakin kering, semakin layu, semakin mati... tiada gunanya mentari bersinar jika duri berhutan, tiada gunanya air mengalir jika rumput mengemis.. dan apabila bah melanda, rosaklah segalanya... Namun mungkinkah pelangi berseri di sebalik gunung yang sunyi??

Khamis, 7 Julai 2011

motivasi? bergantung pada diri jugak..

assalamualaikum..

pagi tadi hidung aku merah..macam BADUT..hehe
badan pun gatal2...aku ngadu sikit pada pakcik azlan..
dia membebel...tanya aku alergik apa...
hmmm....aku pun xtau...x mnentu...sukar djangka...
dia pun kata camni..
"tu la..lain kali kenal diri tu"
uhh...diri aku ni memang susah dfahami...
"pegi la motivasi kenali diri" hahahahaaaa...
kelaka la pakcik ni..ade ke orang alergik kene g motivasi..
semata2 sebab nak tau diri ni alergik ape..
ape yang boleh n ape yg x boleh..
mungkin boleh..tapi bergantung pada diri aku jugak kan..

sama jugak macam diri kita dari dalaman..
orang boleh ceramah, motivasi, nasihat kita untuk kita lakukan perubahan tapi semuanya bergantung pada diri kita jugak..

malaysia sekarang tengah hot dengan isu bersih nya...
aku pulak tengah hot dengan konflik yang melanda...

aku xnak gaduh2 ngan kengkawan..
sebab bukan senang nak ada kawan..
ye..dan tiap kali aku marah kawan2 aku x la sampai tahap membenci..
tali persahabatan tu buat aku simpan sikit rasa belas n sayang walaupun aku marah..

mana ada manusia yang sempurna..
setiap manusia ada kekurangan n kelebihan n sebab itu kita dapat saling melengkapi..
aku akui kesilapan aku..aku kurang sabar....emo je..
aku tau semua tu...
tapi x salah kan kalau kita saling ingat2kan...

aku tertarik dgn ayat ni

Dalam kehidupan seharian, kita selalu bertembung dengan perbezaan. Perbezaan seringkali menjadi pencetus masalah sehingga berlanjutan menjadi konflik, apabila kita bertembung dengannya cara yang tidak betul.
Walaupun secara hakikatnya manusia itu sama, tetapi tidak pernah ada manusia yang benar-benar sama dalam segala perkara. Kemiripan wajah, persamaan hobi, atau pertautan rasa yang kuat pun tidak menjadikan kita sama dengan mereka, aku adalah dia dan kamu adalah saya. Kita berbeza dan memiliki perbezaan kerana perbezaan adalah sesuatu yang akan membuatkan hidup kita lebih bererti..(http://akuislam.com/blog/renungan/kamu-dan-saya-adalah-berbeza/)
artikel tu sangat2 bermakna untuk aku baca dsaat kritikal ni..

dan satu hal yang aku rasa sangat menarik...
mak penah pesan,
...jangan menyakiti kalau xnak dsakiti.....
terima kasih mak atas nasihat yg sangat berharga tu...
mungkin jugak ini balasan..karma..
korang harus ingat, karma x mengejar aku sorang...tapi kita semua...
kalau hari ni kau bersikap kejam,
x mustahil suatu hari nanti orang lain akan berlaku kejam terhadap kau jugak..
atau generasi kau yang akan datang..

hati aku x sekeras yang korang tengok bila aku marah..
mungkin aku selalu nampak macam lalang...sekarang aku marah gila2, jap g aku dah x marah..
tapi kerana aku macam lalang lah aku mampu untuk melembutkan hati bila ada yang cuba pulihkan keadaan..
x guna bermasam muka lama2...
kita akan bersama untuk berapa tahun lagi yang kita sendiri xtau berapa lama..
mungkin kita akan dpostingkan d tempat yang sama..
kita xkan tau percaturan Allah...
Dia telah merancang yang terbaik utk kita..

ohh..ini bukan sesi adu2an...
tapi satu luahan perasaan...
xkira apa persepsi korang lepas ni..
aku adalah aku..
aku masih mencuba menjadi manusia yang dsenangi semua orang...walau hakikatnya tiada yang mampu untuk buat macam tu..

sekian...thnxx baca entry panjang lebar dari aku...
doakan hati yang keras menjadi lembut...

1 ulasan:

  1. hanya diri sendiri mampu mengubah diri sendiri, suke entri ini..

    jom tengok ni...
    "FOLLOWER" tak ramai tapi trafik "MELETOP"

    BalasPadam

four things come not back. the spoken word, the sped arrow, the past life, and the neglected opportunity.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Counters